Keje Part Time Ku

Monday, November 29, 2010

"keje part time ku".. seperti tajuk di atas.. diambil dari seorang rakan gila2 ku, June (p/s: June, aku dh tunaikan janji aku).. menjadi pengapit kali ni sgt banyak cabaran yg aku kene lalui.. ntah macam mana la aku boleh mengeluarkan perkataan "YA, saya setuju" untuk jadi pengapit pon tak tau.. padahal aku tau, Raub tu jauh, aku pon tak tau mana la agaknya tersorok  Taman Gali Tengah.. dah la sekarang ni bulan kehujanan. tapi takpe, janji tetap janji!  Okeh, ni antaran cabaran yang aku hadapi:

- lokasi rumah yang tidak ku ketahui.. kt Raub.. aku tak pernah sampai pon
  sana... siap sesat lagi.. haha


nasibaik aku tak exit sini..


- kene drive sendiri ke sana.. nasibaik la adik aku, Ipah sudi temankan..
juga juru gambar aku..  

- kene pergi awal sehari.. aku sebenarnya tak berapa suka tido umah orang ni..
  segan.. hehe
- keletihan. sebab bulan Nov ni la bulan yang paling banyak kali aku kene
  travel.. ke JB, Seremban, Bahau, Raub.. Bahau la yang paling banyak..
  tempat keje la katekan.. 

Apa-apa pon aku selamat sampai ke semua destinasi aku termasuk Raub walaupun banyak kali tersesat di KG. GALI.. haha.. sesampai je kt umah pengantin, aku terus kene jadi pengapit untuk akad nikah.. First time aku tau akad nikah ada pengapit.. "peneman" kate K.Ila (pengantin)..


ha, ni la rupanya aku jd peneman.. hehe

pastu habes satu bab.. malam tu kami tolong-tolong la apa yang patut.. potong-potong, basuh-basuh, lap-lap and then, tdo.. sangat best dapat tido atas katil pengantin.. Pengantin pon tdo bawah.. hebat kan jadi pengapit? haha..

tempat tdo ku.. hehe

Dah puas berhibernasi, kitorang pon bersiap-siap, sambil tengok pengantin disolek.. lama betul.. sakit pinggang jugakla.. okeh, sampai la ke acara yang ditunggu-tunggu, "berarak, bersanding dan makan beradab".

bergambar bersama pengantin dulu.. =)

 aku plak yang berdebar tunggu pengantin laki sampai.. hihi

 surprise!

 salam dulu...

 tiba masa atas pelamin lak.

 sempat lagi tersengeh.. hehe

 makan beradap.. jadi pelayan jap.

cik ipah, tak pasal-pasal kene jd goody's bag girl.. hehe

dah habis acara, kami pon nak balek la... letih beno rasanya..  bubye sume... SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ILA.. Semoga kekal dan bahagia hingga ke hujung nyawa... =)
Thanks sebab dah bagi kitorang tido atas katil pengantin.. hihi.. 

Kuantan posisi kami! 

Kelebihan Surah Yaasin

Thursday, November 25, 2010



Ramai yang masih tak tau atau lupa bahawa Surah Yaasin memberi pelbagai kelebihan atau fadhilat yang tersendiri kepada yang membacanya.. lebih-lebih lagi kepada yang rajin membacanya.. okeh! ni la antara kelebihan Surah Yaasin.. Semoga kita semua dapat menambah ilmu dan amal ya!

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5.  Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8.  Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9.  Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10.  Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
  15. Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya dia meninggal dunia , dia akan mati sebagai mati syahid.
  16. barang siapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula.
  17. Jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.
so, sama-sama la kita membacanya.. Selamat Bramal! =)


Cuti-cuti Malaysia!!

Saturday, November 20, 2010

Salam..

ni kisah aku dan keluarga beraya sambil bercuti.. takde la cuti mana pon.. tapi dah kira bercuti la kiranya.. hehe... sebab dah lama kami sekeluarga tak berjalan sama-sama... best sangat! hehe.. tahun ni dapat jugak.. kitorang pegi JB, rumah bapa saudara dan nenek kat sana... so, ondaway ke sana ada la tempat-tempat yang kami singgah... ni la antara tempat yang kami singgah dan lalui.. 

ni Bandar Pekan.. 

ni bangunan UMNO kat Pekan.. tetiba tersnap.. sebab dia punya bangunan n kawasan cantik..

ondaway ke JB kitorang singgah makan n berposing jap selepas kenyang.. hehe

okeh! dah masuk sempadan Johor... 

dah nak sampai JB dah.. tak sabar rasanya.. =)

ni berposing jap lepas berenti isi minyak..

alang-alang sesat, pegi ronda-ronda la.. =p

ni berenti kat Danga Bay.. berlatarbelakangkan Singapore.. bila nak sampai sana neh... 

hepi..=)

my sis n bro

Singapore


kapal ni tgh berehat-rehat.

melihat pemandangan yang cantik..=)






Masjid kat Bandar Al Muktafi.. Cantik..=) 

Motor idaman..=p


Breakfirst air tangan Mak Long yang best! thanks Mak Long!

syok betul sembang ye.. hehe

khusyuk mendengar...=)

kat kedai tok mak..=)

hmm.. air sukida.. (dulu takde pon)

gado-gado manja..=p

sebok je nak main jugak die..=p

adek pon! pandai ke... 

dah test drive nampaknye..



aku menjadi penonton setia..=p



dah lepas main n jalan-jalan kami meneruskan perjalanan pulang ke Terengganu... bila la lagi nak jalan-jalan macam ni lagi ye... pasni nak plan g Langkawi or mana-mana yang best lak satu famili.. mesti lagi syok... hehe..



Terima Kasih Kompas Cinta~~

Wednesday, November 17, 2010


Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan kuasa dan izinnya aku menemui buku yang banyak memberi makna dan kesedaran dalam kehidupan dan emosi aku... banyak benda yang aku tak tau sebelum ni dah terungkai... huhu.. kepada sesiapa pun boleh cuba baca buku ni.. sangat bermanfaat dan mengajar kita erti jodoh.. =) Terima Kasih juga kepada penulis buku ni, A. Ubaidillah Alias. semangat dan usaha anda sangat dihargai.. Good Luck! 

Puding Kek Gulung (truffle) laris!

Assalamualaikum...

kali ni cerita pasal minggu-minggu akhir aku di sekolah bersama rakan-rakan n students yang best sumenye... =)...  Bila dah minggu akhir, lepas xm plak tu, dah tak bz sangat dah... student pon ramai yang dah buat cuti sendiri.. so untuk mengisi masa yang ada, kitorang sume dah plan main masak-masak.. hehe.. Ni la yang paling aku suka.. Puding gulung (truffle).. ni aku siap bagi resipi nye skali lagi.. sila-sila sape yang suka masak tu ye.. 

bahan-bahan

1 tin buah koktel
1 sudu besar esen vanila
gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung castard (dilarut dalam 1 cawan air)
2 biji telur
1/4 agar-agar
2 sudu buttercup
5 cawan air
kek gulung
buah-buahan hiasan

cara-cara

- susun kek gulung yg sudah dipotong memenuhi lapisan bawah bekas
- curahkan sirap koktel ke atas kek
- masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut
- pukul butter, gula n telur hingga kembang
- masukkan gula, susu cair, tepung kastad yang sudah dilarut dan butter yang
  sudah kembang ke dalam larutan agar-agar. kacau hingga pekat.
- pastikan campuran dikacau selalu sehingga pekat.
- tuang ke atas kek gulung yang disusun tadi dan biarkan sejuk.
- hiaskan bahagian puding dengan buah-buahan
- masak agar-agar, air dan gula sehingga larut dan tuang ke atas kek yang
  telah beku.
- siap!! hehe


ok... ni plak rupa puding setelah dipotong.. cantikkan.. dan yang paling penting, sedap.. hehe

ni plak rupa tukang masak dan tukang makan... haha

ni antara cikgu-cikgu yang berdedikasi.. =)

haa... ni plak aku bersama kembar aku... satu sekolah dah heboh pasal ni.. hehe

ni kak shida ngan cik ila.. 


menu hari ni ialah, ayam goreng kfc, puding kek gulung, bihun, satay, nasi himpit, cendol, air sirap, teh dan buah-buahan.. sumenye sedap.. Burrppp!! Alhamdulillah... Kenyang.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!