Berakhirnya 2010

Friday, December 31, 2010

Ari ni last day kita berada dalam tahun 2010. Banyak kenangan manis dan pahit aku lalui tahun ni. Bila sebut pasal tahun baru, mesti masing-masing dah create azam baru. Maybe azam yang betul-betul baru tak pon azam dari tahun-tahun sudah yang tak pernah tercapai. Kita sebagai manusia hanya merancang, nak itu, nak ini, tapi Allah yang dah tentukan segalanya untuk kita. Dan kena ingat, tu semua yang terbaik. Kena la terima dan Redha.  Okeyh! aku pon ada harapan jugak. Kalo nak tau jom baca!

Kuat berangan betol kucing ni.

Semoga 2011:

  • Akan jadi tahun yang lebih baik.
  • Aku dapat kerja best. (nak tolong mak, ayah dan adik-adik dan jugak diri sendiri).
  • Aku kurus. (sebab dah makin tembun skang).
  • Jumpa Prince Charming. (dah tak sabar nak kawen neh. haha. Mode merenyam).
  • Sentiasa bahagia + hepi.
  • Dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Rindu korang sume!.
  • Kesedihan dan kekecewaan tahun 2010 takkan datang lagi. Papai!.
  • Jadi perempuan solehah! Amin...(kawan-kawan, tolong doakan sekali ye, Thanks).
  • Dapat membahagiakan family. Luv so much!.
  • Dapat menghepikan kawan-kawan.
  • Dapat tambah kawan baru. (Dah dapat ramai kawan baru dah. Sape? Korang sume lah!).
  • Tak nak wat benda bodoh dah. Nak jadik orang pandai tiap masa hokey!.
  • Nak jadi kaya! (Matlamat tiap tahun. Haha)
  • Nak tengok sume adik-adik aku berjaya. Jangan malas-malas belajar tau!
  • Nak melancong tempat best-best lak. 
  • selalu cool. baru la cool. hehe.
  • Nak tambah ilmu masakan. (Orang tak pandai masak memang macam ni).
  • Nak wat mak ayah hepi.
Tak lupa gak, aku nak mintak maap la kat kawan-kawan sume. Kot-kot la ada terpecahkan hati or jantung sape-sape. Sama ada sengaja mahupon tidak. Almaklumla, aku ni mulut kadang-kadang tak sedar (kadang-kadang sedar) lazer benor. Kadang-kadang niat nak gurau je tapi dah terasa, terover. Mintak maap jugak la ye. Dah semakin muda ni, tak nak la wat sakit sakit hati orang lagi. tak guna. Kalo orang wat sakit hati kita takpe. Nanti lama-lama dia mesti sedar. (Kalau dia jenis manusia baikla). 

Okey dah, dah banyak dah request aku wat. Semoga 100% tercapai. Kalau tak tercapai gak, usaha lagi sampai dapat! Chayo'! Chayo'! 

Semoga hari esok lebih baik dari semalam! Yang semalam jadikan pengajaran!

Kahwin Lagi

Wednesday, December 29, 2010

Ni Alkesahnya kawan aku kawen lagi. Bila tengok tengok, kira-kira, renung renung bila la sampai giliran aku lak. Jeles! Ahaks! Aku baru je dapat jemputan kahwin ni dari BFF siap datang umah lagi. Shahrim namanya. Ni la namanya BFF. Dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 3 Feb 2011 ni dengan pilihan hatinya yang terchenta yang comey lote, Aini. Kalau takde aral aku nak jugak pergi. Meraikan hari bahagia member la katakan, kene beli hadiah besar-besar gitew! Okeh! Apa apa pon, Congratz wahai sahabatku! Semoga kekal  dan bahagia ke akhir hayat.  Dapat anak ramai-ramai. Boleh wat team bola nanti and lawan Indon lagi. Doakan kejayaan aku pulak! Gatai! Ahaks! 

Ah! sebelum terlupa, pesan dari Shahrim, " kepada kawan kawan yang kenal jemputla datang kenduri aku, kenduri kawen sekali ngan kenduri kesyukuran". Jom serbu!

6 Cara Menghilangkan Trauma Masa lalu (Cinta)


Mungkin anda pernah mengalami patah hati contohnya kegagalan dalam bercinta, putus semasa bercinta sehingga mengaggap semua lelaki atau perempuan sama saja. Semua tak boleh dipercayai dan tidak ada yang baik sama sekali di antara mereka. Mungkin juga seseorang tu pernah berkahwin tapi dikecewakan oleh pasangan. Atau pernah melihat ayah dikhianati oleh ibunya sendiri atau sebaliknya. Di bawah ada enam cara untuk kita menghilangkan perasaan trauma tersebut. Ayuh teruskan membaca!

1. Berdamai dengan diri sendiri 

Hidup ibarat roller-coaster. Suka dan duka silih berganti. Tidak perlu menyangkal kekecewaan, kesedihan dan kemarahan yang anda rasakan. Semakin anda mengingkarinya, semakin anda tidak tenang. Jujurlah pada diri sendiri, maka tanpa disedari anda telah mempunyai niat memperbaiki keadaan. Jika ingin menangis, menangislah. Menangis bukan beerti lemah atau kalah.

2. Introspeksi Rasional

Melakukan kesalahan atau kebodohan mungkin tidak boleh dihindari. Namun yang lebih penting adalah tidak mengulangi kesalahan itu dikemudian hari. Carilah akar permasalahan daripada masalah yang dihadapi supaya tidak menimbulkan trauma dan tidak terperosok ke lubang yang sama. Cubalah untuk rasional dan objektif dalam menilai sesuatu. Jangan berlebihan berhujah dengan orang lain dan jangan menyalahkan diri sendiri.

3. Cintai Diri Sendiri

Siapa lagi yang akan menyintai diri anda jika bukan anda sendiri? Adakah anda rela hidup yang penuh warna harus berubah suram hanya kerana sakit hati atau patah hati? Penderitaan hanya akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tubuh menjadi lemah. Rasa sedih yang berlarutan hanya membuatkan anda hilang semangat. Anda tentu tidak mahu dikasihani kan? Tegaskan pada siri sendiri bahawa diri anda sangat berharga dan hidup terlalu indah untuk dinikmati dengan penyesalan yang tidak berpenghujung.

4. Berhenti Mengingat-ngingat!

Tanyakan pada diri, "apa untungnya terus mengingati kejadian buruk yang menimbulkan trauma?" masa lalu sebaik-baiknya hanya boleh dijadikan pengalaman berharga dan dijadikan pembelajaran untuk lebih baik pada masa berikutnya dan tidak perlu dingat-ingat. Kenangan "indah" itu muncul sesekali saat anda berada di tempat tempat yang pernah dikunjungi bersamanya, itu wajar. Tetapi, jika anda sengaja "memutar filem" itu berulang-ulang, tidak ada gunanya. Bukankah kegagalan adalah kejayaan yang tertunda? Petik hikmahnya, buang jauh-jauh cerita buruknya.

5. Work Hard, Party Harder

Daripada diisi dengan memori yang menyakitkan, lebih baik alihkan pada pekerjaan. Being workaholic untuk sementara takpe kan? sangat rugi jika emosi berlebihan yang anda rasakan hanya dilempiaskan dengan hal-hal yang merugikan diri sendiri. Lebih lebih lagi jika orang lain terkena getahnya. Curahkan fikiran, waktu dan tenaga untuk menyelesaikan tugas. Siapa tahu banyak idea yang berlegar di otak boleh digunakan gara-gara sakit hati. Isi waktu terluang dengan hiburan untuk memanjakan diri. Tingkatkan penampilan untuk rasa lebih yakin dan bahagia. Rawatan wajah, creambath, lulur atau massage bagi wanita dan bagi lelaki boleh potong rambut, mencukur kumis atau refleksi. Jalan-jalan ke tempat yang disukai keluar bersama keluarga dan kawan-kawan tersayang mengusir kegundahan hati. Enjoy the trip and be happy bebeh!

6. Take it or Leave it!

Saat untuk memilih. Anda mahu terus dihantui kenangan buruk atau meneruskan kehidupan dengan opotimisme baru?. kebahagiaan anda ada pada diri anda. Mahu bahagia atau tidak, andalah yang menentukannya. Ingin kembali memperjuangkan cinta anda, dengan alasan tertentu dan orang yang anda kejar berharga untuk diperjuangkan. Jika tidak ini masanya untuk memaafkan dan melupakan apa yang terjadi. jangan biarkan anda terjebak dalam dilema. Enggan melepas, tetapi juga tidak berani untuk mendapatkannya kembali. Life must go on friend!

Jika sudah berusaha keras melupakan tetapi kenangan itu masih tidak mahu hilang, cubalah pasrah kepada Allah S.W.T. Kata orang, Jodoh tidak lari ke mana.

Rujukan: Puasa Cinta

Award~~

Tuesday, December 28, 2010

Award dari cik shekeyn yang sweet! 

Semalam main terjah terjah belog kawan kawan. Cam comey je blog cik shekeyn ni. So follow la. Tetibe dapat pulak award ni. Thanks Shekeyn! Comey sangat kamu punye award secomey tuannya! Nanti nak lagi ek.. hehe.. Sape sape nak jugak, boleh la follow cik Shekeyn k.



Saya Blogger Terengganu

Okeyh! hari ni aku nak menunjukkan aku sebagai blogger anak jati Terengganu dengan bangganya nak join Kategori Sahabat Mengikut Negeri.


Panggilan : Korang boleh panggil Ieda. 
Status       : Single wokey!
Cara hubungi : 
- Facebook and Twitter. (Boleh tengok kat ruangan sebelah ni).
- YM: ieda_0205
- Yahoo Mail: ieda_0205@yahoo.com
- Gmail: sitinurraidah@gmail.com
Daerah              : Dungun, Terchenta.
Tempat tinggal : Kg. Padang Pulut. (takde orang tau kan? Fuh!selamat.)
Tempat-tempat menarik:
Jom kita tinjau apa yang ada kat Dungun.


Rantau Abang

Pantai Teluk gadung

Tanjung Jara.

Air Terjun Cemerong

Pulau Tenggol

Hutan Simpan Pasir Raja

Okeyh dah! Selamat melancong!


Follower and History

Monday, December 27, 2010

Assalamualaikum...




Okeh! hari ni saja saja gatal tangan menulis. takde point sangat pon sebenarnya. Cuma nak cakap hepi sangat! sebab Follower dah semakin bertambah. Walaupon tak la seramai kawan kawan yang lain semua. Almaklumla. Newbie. Hehe. Apa apa pon, nak ucap ribuan dan jugak jutaan ucapan terima kasih kat kawan kawan tersayang semua yang sudi follow tu ye. Luv u lebih la. Muaahh2 cikit. Hehe. Okeyh! diharap terus mendapat sokongan and blog ni tak bersawang dan jugak takkan pupus. 

Dah alang alang ada follower ni, nak cite la sikit history kewujudan belog neh. Aku mendengar pasal aktiviti blogging ni pada tahun 2006 dari salah seorang lecturer ICT kat UUM dulu. Best woo duk UUM. 1st sem kalau tak silap. Masa tu benda ni sangat tak familiar pada aku mahupun kawan-kawan aku. Aku pon sangat tak berminat nak create atas beberapa sebab. sebab yang utamanya sumber internet. Wireless mana la wujud lagi time tu. Kalau ada pon sangat la limited dan mahal. Yang ada hanyalah computer lab. 

Bile sebut pasal lab, tau tau je la kan. Mesti penuh, nak menunggu tak de la aku. Makan lagi best. Pastu dipenuhi dengan virus yang sangat la menyerabutkan aku. Tak pasal je ilang sume assignment kesayangan aku tuh. Lagi satu sebab Friendster adalah antara Laman social yang dah kira hebat la time tuh. Aku pon antara penggemar Friendster. Skang ni dah bersawang pon. Jarang sangat bukak. Boleh kata ramai yang dah tak active Friendster. Semuanya dah beralih arah ke Facebook and Twitter which are more interesting.Termasuklah aku. Tapi skang Facebook pon aku rasa dah macam boring dah. Maybe dah lama sangat. 

Time belajar ramai kawan yang boleh dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. So hidup ni tak pernah sunyi. Rindu sume ngan kawan kawan lama. Best sangat time belajar. So, kepada sesiapa yang sekarang masih belajar, nasihat aku, jangan sia siakan masa anda. Masa study, masa berkawan, masa enjoy. Tapi nak enjoy berpada pada lah. Jangan lupa kita sebagai orang Islam dan orang Melayu. Ada mak ayah. Ada family. Jangan sampai memalukan diorang. Ceramah pulak dah.  

So skang dah habis belajar. Masa kerja la pulak. suasana masa bekerja sangat la berbeza. Lagi lagi aku ni yang suka kerja merantau. So kawan-kawan agak limited. Tak macam dulu. Boleh dikatakan skang ni agak bosan. Nak bercerita masalah, bersembang, tanya pendapat sure la lagi limited kan. Nasibaik la ada broadband. Boleh la online. Aku godek punya godek. Datang lah idea untuk mewujudkan belog. So, lahir la belog ni. Apa apa je aku conteng kat sini. Dah macam diari dah. Tapi tak semua la. Hehe.

Okeh dah! Panjang pulak bebelan aku ari ni. Nak cakap hepi je. Dah masuk macam-macam bab lak. Hehe. Selamat membaca! Adios! 

Makan dan Makan Lagi!

Saturday, December 25, 2010

yeah! Kali ni aku nak bawak korang makan-makan lak. Jangan tak tau makan adalah antara hobi tersayang aku (Tengok badan la). Best woo makan. hihi. Sape tak suka makan? ha, cakap! cakap!. Sume suka makan kan? So, takpe la kalau makan ni aku nak jadikan makan sebagai BFF aku kan? hehe. Okeh! Bagus sume! Dengar cakap Tuan Puteri. (Perasan sangat!). Tujuan entry ni aku tulis nak kenalkan kat korang (untuk yang tak tau lagi) tempat makan (Western) yang bagi aku sedap. (Bila sifu makan berbicara). Aku baru test semalam. Memang sedap. Areanya kat Kemaman. Tapi agak susah nak cari tempat makan ni sebab aku pon sesat. Siap upah budak tunjukkan jalan lagi. Punya la semangat nak makan. Sebab dah ramai orang cakap sedap. Aku ni, ape lagi, sangat pantang bila dengar ada tempat makan best. Mesti nak serbu. 

Akhirnya sampai gak aku ke restoran tersebut (sengaja wat ayat skema). Lokasi kat Taman Sri Jaya. Tanya la orang kalau nak tau. Macam aku wat. hihi.

 Ha. Ni la tempat tu. 

Aku suka suasana macam ni. Macam tengah main pondok pondok. Teringat zaman kecik kecik.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai gak waiter. Apalagi, bila je menu terhampar depan mata, mata dan otakku mula memainkan peranan bersama selera serta perut yang berbunyi bunyi. Antara menu yang aku pilih ialah:

Grill Chicken with steak 

Sangat sedap. Daging tak terlalu masak. Coleslaw pon ada rasa lemak lemak manis masam masin (senang cite cukup rasa). Sos black pepper nye pon nyam nyam. Puas hati! Sampai buncit sikit (tipu) perut aku. 

Menu ke dua: 

 Lamb chop

Sorry. Ni bukan aku punya. tapi kawan aku punya. Aku tak suka kambing. Nanti bau macam kambing. (Mana ntah ilmu aku korek ni). Kata si pemakan, sangat sedap. Lagi sedap dari western restaurant yang lain. Bila dia ni yang cakap sedap kira memang sedap la tuh. Sebab dia pon pemakan yang hebat! hihi. 

Menu ke tiga:

 Pizza (chicken) *aku lupa nama penuh dia.

Juga sedap. Ayamnya terasa hingga ke tulang. (takde tulang pon sebenarnya). Keju dia banyak. Aku suka! Lagi sedap dari domino's pizza. Kata orang yang suka makan pizza la. Dan tak rasa roti lebih. Sebab sesetengah pizza yang kita makan tu yang banyak and tebal rotinya je kan? Yang ni tidak sama sekali. Try la!

Last menu: 

Cheese chocolate cake

okeh! yang ni kureng sikit. Korang takyah order la. Takleh lawan cake kat secret recipe. Nyesal order.

Ish. Lupa nak cakap. Air,  self service. Amik sendiri. Boleh tambah berapa banyak kali korang nak sampai penuh tangki. Ada air blackcurrant, Milo, Ice lemon tea and macam-macam lagi. Aku lupa sebenarnya. Air panas pon ada. Burppp!! Alhamdulillah... Kenyang... hehe.

Dah abes bab makan memakan untuk bulan ni a.k.a. tahun ni. Wah! pejam celik pejam celik dah tinggal lagi lima hati nak masuk tahun baru omputeh! Cepatnya masa berlalu. Dan aku pon kena la terima hakikat bahwa usia ku juga akan meningkat. TAPI hanya pada usia. BUKAN pada wajah! lalala~~~

Bila ayahku cari barang

Friday, December 24, 2010

Haa! kali ni kisah ayah aku plak. Eh, takpe kan cite pasal ayah kan? takpe kan? ala sekali sekala. hihi. Kisahnya macam ni. 

Ayah aku ni jenis tak kesah kalau kau nak sepah-sepahkan rumah pon. Tapi sendiri mau ingatla, pandai buat kecah pandai la kemas balik. Bukan ayah aku marah, tapi kau mesti la tak suka kan bila selerak sana sini. Ayah aku rileks je. Okeh, berbalik pada kisah kehilangan. 

Borang-borang, surat saman (Oops!), geran tanah or kereta, sijil-sijil, buku bank and macam-macam dokumen penting mak yang simpankan. Biasala bank negara kan. Kecuali aku punya la. Dah besar kan. Takkan nak suh mak ayah simpankan lagi kot. malu lah. Berdikari beb! Kalau benda kecik pon takleh nak buat sendiri apatah lagi benda besar-besar kan. 

Bila ayah aku nak tengok or nak guna balik dokumen tu dia akan cari sampai jumpa. (masalahnya dia tak tau mana mak aku letak. hihi). Habesla bilik ayah tu tunggang tebalik. haha. Tu baru bilik. Kalau satu rumah, jawabnya aku la yang kena kemas. Pengsan!. Balik je mak, mengucap panjang la dia tengok bilik dia yang "comey" tu. Ayah wat muka slumber je. Aku tukang gelak je. Kata ayah "dah tu letak barang merata-rata sape suruh.." Berasap je mak dengar. haha. 

Best gak kadang-kadang bile tengok dorang gaduh-gaduh ni. Bukan gaduh betul la. Gaduh gaduh manja. Boleh merapatkan hubungan, kate orang tua tua. Kalau hepi je, takde bnde nak bertekak pon tak best gak kan. Gurau gurau la sikit. Baru kecoh famili. Macam ayah selalu buat. Suka sakat mak. Time mak tido la biasanya. Ayah amik la benang ke rumput ke letak kat hidung mak. Kitorang pon komplot sama. Sume diam je time tu. Bila mak sedar, mengamuk la dia. "Orang nak senang senang sikit pon tak boleh!" marah mak. haha.Satu famili gelak. hihi.

Tapi kan kalau aku, aku suh laki aku kemas balik! "Kemas balik! dah pandai sepah-sepahkan, pandai la kemas balik!" haa.. Garang tak? haha. Takut tak encik-encik sekalian kat I neh? Sila takut. Sape suh malas-malas? Alamatnya jadik andartu la kalu wat macam tu kot. hihi. 


Okey! dah abis dah bab neh. Korang suka tak nyakat-nyakat orang? Aku suka! Beware! haha

Emo! Emo!

Thursday, December 23, 2010




Entah kenapa emosi aku berlebih lebihan betol akhir-akhir ini.. adakah tuttt!!?? hhmm.. Maybe jugak.. semua yang dibuat jadi tak kena. Salah cakap sikit hangin satu badan! Sume nak marah. Kalau happy, happy sangat (sampai orang tengok dah meluat). Kalau rindu, rindu sangat (sampai meleleh-leleh air mata boleh wat mandi. haha). Kalau marah, marah sangat (sampai sume orang pon takut nak pandang. Ggggrrrr!!). Tang marah-marah ni la yang aku tak berapa nak suka. Nanti terasa lak orang lain. So, dari nak marah-marah tak tentu pasal, dari nak keluarkan ayat yang macam-macam, yang boleh buatkan orang sakit hati, baik kau diam je Ieda. Selamat semuanya. Bak kata orang "diam tu lebih baik dari berkata-kata". Lagi-lagi la kalau nak sakitkan hati orang. 

Time-time macam ni kebiasaannya orang yang paling cepat terkena tempias ialah orang-orang yang berada di samping kita la. Sebulan sekali kan. Family, kawan-kawan or sape-sape yang ada bf tu, mintak maaf la banyak-banyak wahai encik-encik sekalian. Paham-paham la Cik puan awak tu takleh kontrol buat beberapa hari or makan sampai seminggu. Kesian kan kena tadah telinga dengar bebelan singa termakan tebuan tu. hihi. Yang cik puannye pulak takyah la nak ngengada sangat. Tau la awak tu bulan mengambang. Bawak-bawak la bersabar sikit. Bawak-bawak Beristighfar banyak-banyak. Memang la susah nak kontrol. Tapi kena jugak! takkan nak ikutkan perasaan je. Lagipun mesti "cik tanduk" tengah suka and gelak-gelakkan awak guling-guling. haha. So, nak kawan ngan sape skang ni? nak kawan ngan orang ke nak kawan ngan "cik tanduk"? haa.. Pilih-pilih. 

Aku tanak kawan ngan "cik tanduk". "Cik tanduk" jahat. Aku dah tobat dah. Tanak wat benda jahat dah. Nak wat benda baik je. Mati tak tau bila. Kang tengah-tengah wat jahat dah goal. Sia-sia mati katak. Okeh! panjang pulak aku membebel. Nak cakap pasal emosi yang berlebihan je tadik. Dah melalut macam-macam. hihi.

Blogwalking

Wednesday, December 22, 2010

Apa itu Blogwalking? haha. itulah aktiviti aku sejak-sejak mewujudkan blog beberapa bulan yang lalu. Orang baru rupanya. hehe. hi semua! hehe. Banyak rupanya istilah yang aku baru belajar akhir-akhir ni. Best gak membaca bebelan para blogger yang lain ni. Macam-macam aku dapat selain belajar untuk meningkatkan penulisan, idea, apa yang boleh tulis and yang tidak. Sebab cara kita menulis ni melambangkan keperibadian kita. Kalau baik, baiklah. Kalau buruk malu diri sendiri la kan? So, nak menulis ni kene la hati-hati. 

Okeh!. Blogwalking ialah satu aktiviti yang dilakukan oleh para blogger dengan melawat ke blog-blog lain dengan meninggalkan "jejak" di blog tersebut sama ada melalui "shoutmix" or "shoutbox" or apa-apa sahaja. Yang pasti tuan punya blog akan tau link nya. Biasanya ini adalah untuk mendapat kunjungan balik dari pelawat-pelawatnya. Biasalah untuk meningkatkan traffic blog selain meramaikan "follower". Selain tu boleh la dikatakan juga sebagai "berjalan-jalan". Ia juga merupakan salah satu cara untuk bertukar-tukar pendapat dan juga menambah kawan. Bukan hanya sibuk di "kandang" sendiri. 

Bagi sesetengah orang "follower" tidak begitu penting baginya. Ini kerana "follower" hanyalah sekadar " aku follow ko, ko follow aku" tanpa mengambil tahu langsung apa yang berlaku or update post dalam blog yang di follownye tadi. So ianya boleh la dikatakan bukan betul-betul pengikut.  Tapi bagi sesetengah yang lain follower" amatlah penting. Sebab bila kita tengok yang ramai follower, lagi-lagi yang ribu riban, mestilah die tu glemer kn? Honestly, aku suke follow memfollow ni.. dapat ramai kawan. jugak dapat banyak citer. hehe. Tapi tak kesah la apa pun. Kalau korang follow aku, amatla dialu-alukan. Biasalah baru nak "bina tiang" tak ramai la follower. hihi. 

So, korang pilih la, nak ramai follower ke nak ramai pengunjung? ^__^

Pic Kontroversi!

Tuesday, December 21, 2010


Okeh! sekarang tibalah masanya aku nak menjelaskan kepada semua mengenai pic di atas yang sentiasa berselang seli menjadi FB Profile Picture aku. Ramai orang terrr anggap ni pic tunang or pic kawen aku. Haha! sebenarnya tiada kaitan sama sekali sama ada tunang mahupun kahwin. Sebenarnya aku jadi pengapit kepada housemate aku je time ni. Saje je la berlagak mengalahkan pengantin. hihi. So, diharap kawan-kawan semua dah mendapat penjelasan yang secukup cukupnya. Sowi. Hehe..

Bermain-main di pantai!

Salam.
Pantai Kemasek

Okeh! kali ni aku nak cerita pasal aku with one of my BFF a.k.a. adik aku yang tersayang, Nurhida Ashikin berlari larian di pantai. Persis cerita Hindustan gitu! Walaupun cuaca tak berapa nak mengizinkan, namun aktiviti yang sangat syok sambil menghirup udara segar di Pantai Kemasek tempoh hari sangat "menerujakan" kami.  Oh! hampir lupa. Selain kami berdua, adik cik Ekin iaitu cik Yaqira juga turut menemani dan menyertai kegembiraan kami dan juga selaku juru gambar tak bertauliah yang kami lantik atas dasar kepercayaan kami yang tinggi. Ehem2!

Ni la adik beradik tu.

Kebiasaanya, sebut je orang Terengganu, sape yang tak kenal pantai, ombak, batu-batuan, ketam, siput, kulit kerang dan banyak lagi. Menjadi peneman sejak kecik lagi. Sebut pasal ombak, teringat pulak aku kat satu iklan kat tv tu. "Ombak jahat! ombak jahat!" kesian budak tu kan. Tunggu ayah dia tak pulang-pulang. Aku suka kutip kulit kerang, kononnya nak buat perhiasan untuk akuarium kat rumah. So cari la kulit kerang yang paling cantik. Tapi sekarang dah tak berapa cantik. Dah pupus agaknya. hmm.. 

Merenung masa depan. Apalah lah nak jadi ngan aku ni. 

Batu batan yang cantik memanggil-manggil kami untuk bergambar bersamanya.

Dan kami lagi.

Aktiviti bergambar ni memang feveret kami. Sebab selain boleh meningkatkan keyakinan diri (erk. yeke?) juga boleh menghilangkan rasa serabut aku time tu. Sebab ada kawan-kawan dan Laut serta ombak yang menenangkan. Kalau ada problem, sedih, sunyi or apa-apa je la, aku selalu pegi pantai. Duduk la mengadap laut dan ombak tu berejam- rejam pom takpe. Tak kesah. Korang camana? sama tak? hehe.. tak semua orang sama. Ada orang suka panjat gunung, suka masuk hutan, suka pegi shopping (memerlukan tahap kewangan yang kukuh), suka pegi melalak kat bilik karoke (yang ni aku tak minat sebab sedar diri) and macam-macam lagi. 

Nak panjat gak tapi segan pulak. Nanti tak leh la jadi "Perempuan Melayu Terakhir"

Okeyh! Tamatlah episod kami meroyan di Pantai Kemasek. Thanks to Ekin sebab sudi menjemput dan menghantar saya dengan selamatnya selain mendengar luahan perasaan yang tak seberapa tuh. Hihi. Nanti kita jumpa lagi ye! Miss you so Much! Em, nak ucap jugak, "Selamat bertunang Kin!

Kehujanan

Hari-hari hujan. Hari-hari hujan. 
Ni ape ni? nak merungut kah? 
Sebab jalan mana-mana pon rasa basah.
sebab basuh baju takleh jemur.
Sebab sume ruang dah penuh dek kain-kain yang tak kering sejak seminggu lepas.
Sebab pagi-pagi tido pon malas nak bangun. (salah kau, sape suh malas?!) Pastu petang rasa nak tido lagi. "Hujan.. Syoknye tido..." Buruk Perangai!
Sebab kesejukan je setiap hari. Mandi pon malas.
Wat-wat la guna ayat "takyah la mandi, membazir air je" 
"Tapi tak kaya gak kalau tak mandi setahun pon" Adeh! kene hempap balik. hihi. Baiklah, saya mandi. 
lagi satu sebab, takleh kuar jalan-jalan ke rumah teman-teman mahupun rumah mak mentua. (ehem! sejak bila ada mak mentua?). Beranganlah! jangan kacau! Pegi jauh2!
So sape-sape yang kawen bulan-bulan kehujanan ni maap la. Takleh join. "ala.. kalo aku takde pon jalan jugak kenduri tu kan?" hehe.. tapi jangan risau, hadiah tetap dihantar. 
Tak keluar lagi bagus. Boleh la guna tittle " Perempuan Melayu Terakhir" kn? aku selalu guna. Jangan marah. Hehe.. 
Tapi time kecik-kecik, suka sangat main hujan. Duk dalam hujan lebat pastu pegang payung. Tak pon pakai baju hujan yang di"pinjam" dari ayah. Ntah pepe. Kate nak main hujan, watpe pegang payung?! haha. Budak-budak. "Tak tercapai akal mu". 

Tapi jangan lupa. 
Hujan tu Rahmat Allah. Air. Punca rezeki. Menyuburkan. Melembabkan. Menyejukkan. Mengindahkan. Menggembirakan semua makhluk. 
Takde hujan, kering kontang la semua benda. Yang berlaku ada sebabnya, ada hikmahnya. So jadilah orang yang bersyukur kepada Penciptanya.  ^__^

Gambaran Pada Hari Qiamat

Sunday, December 19, 2010

Ini adalah antara gambaran kita semasa dibangkitkan kembali pada hari kiamat.
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

  1. Pemimpin yang adil. 
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 
  • 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 
  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
* Source: My Yahoo E-Mail.

Maafkanlah, Walau Sebesar Mana Salahnya.

Saturday, December 18, 2010

Mudahkan memaafkan seseorang?
Susah. Anda susah nak memaafkan seseorang kerana anda di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ni musuh khalifah Allah yang paling nyata.
Jika anda mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang anda lakukan, pasti anda berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalah seseorang pada anda. Tak ada guna menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.
Dendam dan sakit hati menghalang anda dari maju. Sekuat manapun usaha anda, jika masih ada dua perasaan ni (dendam dan sakit hati) kemajuan yang anda capai tak akan berkembang.
Dendam menyemarakkan ego kita, sebab anda tak akan puas hati selagi orang tu tak lutut meminta maaf pada anda atau selagi orang tu tak susah hidupnya.
Apabila anda berbuat kesusahan pada seseorang, maka akibatnya anda akan dibalas kesusahan, bahkan mungkin kesusahan lebih berat hingga anda merasa sungguh menyesal.
Sumber: iMotivasi

Yup! memaafkan adalah sebaik-baiknya. Tak ada salah dan ruginya kalau kita memaafkan orang lain lebih-lebih lagi dia kawan kita. Orang yang memaafkan adalah orang yang sangat hebat kerana kita terpaksa bertarung dengan rasa marah, tak puas hati, dendam dan banyak lagi. So, start from now, berusahalah untuk memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti kita.  Ingatlah, tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang sempurna dan tidak melakukan sebarang kesilapan.

Ketenangan akan bertandang! Alangkah indahnya... (sedang merasainya...) ^__^
"Iman dibangunkan di atas empat pilar iaitu keyakinan, kesabaran, keadilan dan jihad (perjuangan)". (Ulama)

Aku nk kawen tahun 2012!!

Thursday, December 16, 2010

Ya.. Begitu lah al kisahnya. Aku mau kawen pada tahun tersebut. Macam mana aku tau tahun keramat ni sedangkan special boyfriend pon aku masih mencari-cari. haha. Jap-jap, perlu ke boyfriend? Sebenarnya objektif ni wujud setelah aku bercakap hati ke hati (cewah) dengan salah seorang my BFF semalam. 

Ateh yang best!

 Yeah! Kami yang Hepi! 

Dia cakap kita kena ada "minda separa sedar". Apakah itu? katanya Minda Separa Sedar ialah minda yang kita bina hasil dari apa yang kita ingin capai. Dan aku pilih, jodoh! hehe.. Satu cerita oleh Ateh yang menarik perhatian aku. Macam ni:

Ada seorang wanita kat atas muka bumi ni yang boleh dikatakan mempunyai segala yang diinginkan oleh setiap orang kat dunia ni. Kerja tetap, kereta mewah, rumah banglo, duit, harta kekayaan yang melimpah ruah, kebahagiaan dan banyak lagi. Pendek cerita semuanya complete. Pada suatu hari dia merasakan ada sesuatu yang masih belum cukup. Puas dia berfikir sampai la berminggu-minggu. Akhirnya dia telah berhasil menemukan jawapannya, iaitu seorang 'Lelaki' a.k.a. 'suami'. Tiada seorang yang benama lelaki disamping untuk menjaga dan membimbingnya. 

Mulai dari hari itu, kehidupannya telah berubah. Dia telah membina apa yang dikatakan sebagai "minda separa sedar". Dia telah bercita-cita ingin mempunyai seorang suami dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Jika biasanya setiap hari dia akan park keretanya di tengah-tengah kawasan parking rumahnya, tetapi hari itu, dia telah menyediakan satu ruang di sebelah keretanya sambil membayangkan itu adalah untuk kereta bakal suaminya. Begitu juga dengan di tempat tidur. Sebelum ni dia akan tidur menggunakan semua ruang yang ada. Tetapi sejak hari itu, dia akan hanya tidur dengan meninggalkan satu ruang untuk bakal suaminya. Dan begitulah dengan semua aktiviti lain termasuklah hatinya. Semuanya akan dikhaskan untuk bakal suami yang diidamkannya. 

Akhirnya pada suatu hari, dalam jangka masa yang telah ditetapkan berjumpalah dia dengan seorang lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Ruang kosong yang ditinggalkannya selama ini telah diisi oleh suami tercinta dan dia bahagia hingga ke akhir hayat. Tamat. ^__^

Aku pun sekarang cuba untuk membina "Minda Separa Sedar" itu, iaitu mau kahwin pada tahun 2012! haha.
Harap-harap menjadi kenyataan. tapi kalau tak jadi nak wat macam mana kan? Jodoh-jodoh. Susah nak cakap. hehe. Okeh! Anda pula bagaimana? Apa yang nak diisi dengan "minda separa sedar" yang bakal diwujudkan? Fikir-fikirkanlah..^_<

Thanks to Ateh sebab sudi belanja our lunch yang sangat best dan memberi aku peluang untuk merasa Organic Tomato juices itu. "macam epal". haha. 

 Menu lunch yang best bersama Ateh!

Aiskrim Goreng! Nyum nyum!

Family Day kah??

Monday, December 13, 2010

Setelah lama menunggu pic bowling yang tersangkut pada photographer, Mr. Ajim, akhirnya siap jugak post ni.. hehe.. Thanks! 03/12/10, tarikh kejadian. Menemukan kami 4 beradik (tak bermakna aku ada 4 adik beradik je), 2 beradik anak Mak Sedaraku, Ajim dan Lah (masih tak cukup corum), dan 2 orang kawan, Jijie dan Mat, my bespren, di Mesra Mall, Kerteh untuk membowlingkan diri masing-masing kene paham maksud ayat tuh) sebab masing-masing sangat pro. Walaupun begitu segalanya berjalan lancar dan semua pemain sangat ceria dan hepi. Ni antara gambaran keceriaan dan ke'pro'an kami..

 ehem2.. get ready!

 Bergaya..

 boleh tahan gk mr. Jijie ni..

Macam masuk longkang je.. hehe

Yeah! gaya juara bowling kita hari ini!

Antara pemain handalan.

Nasib baik pic aku takde.. terselamat la dari di "bahan" haha.. biar aku "bahan" orang dulu.. Maaf ye.. bukan selalu pon.. hehe..
Setelah tamat sesi permainan, kami sempat membeli belah and then, mengisi perut yang dah berbunyi tuh..

 pelahap! haha

 Mama Papa Chicken Grill Special!

 Sorang pemalu n sorang tak tau malu.. haha

 makan jom!

 sila habiskan saya punya ye.. (konon2 diet)

 Yusri yang berjaya ditipu hidup-hidup oleh cik Pah. Ingatkan betul-betul nak suap..=p!

Asyik die ni je jadik iklan makan.. hmm..

muka-muka kekenyangan.

 yeah! setelah tamat acara makan-makan, apa lagi, shopping la! (aktiviti yang tak boleh dilupaka sama skali).. hehe.. 

 Peng"Sopin" handalan!

Cik Nabila yg ayu.. ^__<

Okeh! dah habis bab bowling bersama keluarga.. Terima Kasih kepada peserta-peserta acara, dan juga penganjur (untuk diri sendiri.. hehe) atas sambutan yang hangat neh! sangat besh!.  lepas ni kita tunggu acara yang seterusnya pula k! bubye!
Salam.

Bambi Gets Lost

Bambi found a butterfly resting on a bush. He touched it with his nose and it fluttered away just out of reach, looking if it was going to settle again. It was very pretty butterfly, with red and purple wings and Bambi though it was very beautiful so that he followed it for miles, far away from part of the forest.

It began to get dark and the butterfly tucked itself away to sleep. Bambi stared around and alarmed. where was he?. A huge white face loomed down from the trees and said, " Too-Whoo-oo!!". Bambi shrank back in terror. " Don't be afraid" Said the thing with white face kindly. " I can see in the dark. Why you are out so late?".
" I'm lost," said Bambi, " and I can't find my mother".
"I know where is she. Follow me". And he floated away into the darkness.
"I can't see you". Bleated Bambi.
The owl return, blinking his big eyes. "That," he admitted, "is a problem. You daytime animal have such silly eyes. Ah! I know!". He vanished for a moment and return with lightning bug clutched in one foot. " Now you can follow me".  he said.
Bambi follow the little of the lightning bug safely through the forest until he was home. His mother was glad to see him. "Thank you owl!". She called. But the owl had already gone and all they heard was Too-Whoo-oo!!".

Source: Disney. A Story A Day.

La Tahzan~

Jangan bersedih, meskipun kau sangat merasa tersakiti dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu...
Jangan bersedih, meskipun apa yang kau perbuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan...
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa terkucilkan dari kehidupanmu..

Karena ketahuilah,
apa yang kau lakukan jika bersedih, itu tidak akan membuahkan hasil apa-apa, tidak akan bisa merubah apapun menjadi lebih baik,
bersedih tidak menghilangkan sakit hatimu,
bersedih tidak menjadikan hasil kerjamu memuaskan,
bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi,
dan bersedih juga tidak membuatmu bisa diterima didalam lingkunganmu..

*Laa Tahzan ya akhi wa ukhti......

hidup ini memang penuh dengan cobaan yg harus dihadapi, tapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu, bahwa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, setelah gelap pasti terang kan menjelang, yakinlah itu..Ujian dan cobaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai, pasti ada makna disebalik itu semua, tinggal bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..
Semoga kita termasuk orang-orang yang bersyukur, amin..........

*Jangan takut dan jangan bersedih :-)

Jika ini ketentuanMu, ku coba tabahkan hatiku,
karena pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
karena ku manusia biasa, tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...? apakah rahsianya....?
hidup ini terus berputar.....!
tiada masa untuk lengah....!
tiada masa untuk patah.....!

Ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini, ku salutkan bersama doa tulus suci, karena doa itu tersimpan satu kekuatanku, kekuatan dari yang Empunya segalanya...

Dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya, karena yang takdir itu mengatasi tadbir...
tadbir dari manusia yang lemah, takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Ku simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran...
di sebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridho ketentuan Ilahi......:-)

~~
Alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang selepas kesusahan. Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri.....

''...inna nasrolLahi qorib'' (2:214)
Amiin.....Bi iznilLah Ya ILAHI...
" Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.......

Irhamna Ya Allah, Faghfirlana Ya Allah....


Sumber: Portal Islam Murabbi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!