Setelah 3 Hari Mencuba..

Thursday, May 26, 2011

Setelah hampir 3 hari cuba untuk log in Dashboar blogger ni, akhirnya berjaya jugak masuk. Entah apa kena pon aku tak tahu. Cuma yang aku tahu, bila log in mesti dia suruh log in, log in dan log lagi sampai dh hampir 100 kali ku cuba. Tapi tak mau mau jugak dia bagi masuk. 

Akhirnya setelah membuat keputusan, aku clear kan sume internet history, cookies, cache, password, outoform data dan sume sume lah! 

Akhirnya berjaya jugak. Ingatkan dah terkubur dah blog yang chomel ni. Dah fikir nak buat baru dah semalam. Tapi, IeDa yang pemalu mana boleh berserah begitu saja! Yeah! Berpantang Maut sebelum Ajal! 

Sebelum aku berangkat ke Pulau Tinggi untuk Pendidikan Luar esok, aku ingin mengucapkan, selamat tinggal kepada rakan rakan sekalian dan tidak lupa kepada belog yang terchenta! Dan doakan keselamatan kami di sana ya! 

Papai! 

Sebulan di Sini

Sunday, May 22, 2011

Aktiviti untuk sebulan di sini. Cukup menguji mental dan fizikal. Kalau dilihat pada luaran memang macam takde apa apa yang berlaku. Tapi takpe. Semuanya untuk bekalan masa hadapan. Dan semuanya latihan dan pengalaman untuk suasanan sebenar nanti. 

Kursus Pengurusan Kenazah

 Khuyuk mendengar ceramah

 Ustazah sedang menunjukkan cara memandikan dan mengurus jenazah

 Nurul: Model mayat. 

Melalui kursus ni, banyak yang kami dapat. Dari sebelum dimandikan, semasa dimandikan dan selepas dimandi dan dikafankan. 

*****
Kursus Penyembelihan

Rasional kursus penyembelihan adalah bagi memberikan pendedahan dan ilmu kepada guru pelatih tetang cara cara menyembelih. Mana la tau nanti posting kat tempat susah nak dapat makanan halal, mengidam pulak nak makan ayam. So sembelih la sendiri. 

 Aku? Tolong pegang saaangattt pandai! 

Walaumacamana pun ayam berjaya disembelih.

 Dah siap sembelih, beramai ramai kami membersihkan ayam ayam tu untuk dimasak.

 Tinggal kaki je. Sedap ni.

**********

Aktiviti Sukan Ragam

Apa yang ditekankan dalam aktiviti ni? bukan permainannya tapi pengurusannya. Dari mesyuarat, kertas kerja, surat menyurat, alatan dan sehinggalah proses pelancarannya.

 Berarak di bawah panas terik. Cukup membakar semua kulit kulis mulus kami.

Tengok bayang yang muncul. Boleh agak tak pukul berapa ni?

 Sampai sekarang, aku tak paham apa yang Hanam cuba buat.

 Ha, tau tak macam mana nak main? susah wooo..

 Kira kira. Sape menang woi!

 Hebat Hana. Cacakkan lembing tu!

Dah letih kat padang, kita makan dulu!

 Saksi kejayaan 

***********
Persembahan Koir Peringkat Negeri

 Di bawah pimpinan Cikgu Hasbullah.

Thanks cikgu!

Dah habes. Ada lagi 2 aktiviti tapi takde gambar. So, tak la cerita. Hehe. Papai!



Mari Melawat Zoo Melaka!

Wednesday, May 18, 2011

Zoo Melaka menjadi pilihan kami untuk menyelesaikan tugasan subjek Pendidikan Alam Sekitar kali ni. "Hmm.. mesti bosan". Ayat pertama terdetik. Tapi sebab dah takde tempat yang lebih senang dan ekspres, terpaksalah Zoo Melaka dipilih.

Sesampainya kami di sana, excited pulak aku rasa. Best la pulak rupanya. Ada persembahan dari haiwan haiwan yang jarang kita tengok. Malas la nak cite, jom tengok je pic ni.

 Burung kakak tua


 Kuda pendek

Punya la syok dia tido.

 Bangau

 Ntah ape nama dia.


 Orang utan ni tengah menayang badannya yang berbulu

 Kami lah pelawat pelawat itu!

 Mereka berkawan baik

 Makan Time!



 Mak dan Bapak gajah tengah mengamuk pas anak dia kena culik.

 Cantik kan kami?

Berhenti rehat sebentar. Besar rupanya zoo ni. Nak tercabut kaki. Dah la baru pas 2.4km Last day.

 Sangat gembira bersama kuda

 Sexy Lady

Unik muka dia


 Anak gajah tengah syok menari. Suka dia dengar lagu.

Yeah! Tak melepaskan peluang mencubit pipi dia. Bila lagi kan? Hihi

Ok. Dah habes episod melawat haiwan haiwan liar. Masa untuk makan la pulak.

Makanan Jepun. Lupa lak namanya.

Boleh la. Tapi kureng sikit tang manis. Manis sangat. 

Burrpp! Kenyang. Alhamdulillah. 

Jom Balik!

P/s: keberisian lambang kebahagiaan. Lalala~~

Dulu VS Sekarang

Sunday, May 15, 2011

Bila ditinjau tinjau, banyak perbezaan antara pelajar dulu dengan pelajar sekarang. Tak kira dari segi perangai, tingkahlaku, pemikiran atau segalanya. Senang guna contoh pelajar dulu (aku), pelajar sekarang (adik aku).

Dulu pegi sekolah aku bawak 50 sen je. Mak dah sediakan bekal sama ada nasi goreng, mi goreng tak pun special sikit, nasi lemak dengan air masak or air teh. Duit 50 sen tu aku guna beli keropok 5 batang. Habis. Tak pun kalau baik hati, aku bawak balik 10 sen atau 20 sen untuk tabungan. 

Sekarang aku tengok adik adik aku semua mewah mewah. Bawak duit RM2. Agaknya bila minyak dah naik harga semua barang jadi naik. RM2 tu kira sikit la tu. Anak sepupu aku, sekolah rendah, bapak dia bagi RM10 sehari. Aku makan pun RM5-RM7 sehari. Kira banyak la tuh. Terlalu memanjakan sangat anak. Mau tak gemok.

Dulu, komputer bagi aku sangat asing. Nak pegang keyboard pun tak tahu. Takut meletup pulak kalau salah tekan. Naik sekolah menengah masuk bilik komputer adalah saat saat yang paling aku tunggu. Teruja sangat bila dapat sentuh kekunci kekunci nya. Bila dah pandai, mula lah chatting je keje. Buang masa betol. 

Tapi sekarang kat rumah dah ada sorang satu laptop. Komputer pun dah tak pandang. Siap sekolah bagi percuma lagi kat student. Untungnya pelajar zaman sekarang. Semuanya di hujung jari.  Mula la sorang duk hujung sana, sorang lagi duk dalam bilik, lagi sorang duk ruang tamu, yang lain ntah duk ceruk mana. Tapi yang aku tengok banyak yang guna untuk game dan bersosial je. Itu ke tujuannya? 

Dulu, tak menjadi kesalahan bagi guru mendenda atau memukul untuk tujuan mendidik murid-muridnya. Takde pun yang mati rasanya. Sebab tu dulu aku takut sangat nak buat nakal. Semua kerja rumah complete. Hormat cikgu. Pelajaran pun apa kurangnya. Mak dan ayah pun tak kisah kalau kena denda ngan cikgu. Sebab fikir cikgu denda mesti anaknya ada buat salah.

Tapi sekarang menyentuh pelajar pun menjadi kesalahan. Paling teruk, pelajar pra sekolah pun boleh cakap, " Saya sue cikgu kalau cikgu sentuh saya!" Hebat kan? Ni la jadinya bila tahap pemikiran individu telah meningkat. Cikgu pulak takut ngan pelajar. Semuanya kena hati hati. Tak boleh salah cakap. Tak boleh salah tindakan. Tak boleh salah apa apa pun! Pandangan pun kena betul tau!


Dulu cikgu cakap apa pun betul. Semuanya diterima dengan seluas luasnya. Takde nak bantah bantah langsung. Apa apa pun cikgu lah.


Tapi sekarang.. Hmm.. Macam macam songeh yang kau bagi wahai student. Cikgu pulak yang kena dengar cakap kamu semua. Apa la nasib cikgu.


Ingat senang ke jadi cikgu. Berjuta mata memandang. Para pelajar, parents, masyarakat, dan negara. Pelajar ponteng, salah cikgu, pelajar tak jadi orang pun salah cikgu. 


Walau apa pun, semoga menjadi warga pendidik yang cekal!


Selamat Hari Guru cikgu cikgu sekalian. Terutamanya, cikgu yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, SMKA Sheikh Abdul Malek, Kolej Mara Kuala Nerang dan Lecturers COLGIS, UUM. Jasamu ku kenang sehingga ke akhir hayat.


Cikgu! Terima Kasih atas segala ilmu dan didikan cikgu! 

EPO ku Sayang

Baru 4 muka surat study dah mula lah ke hulu ke hilir cari pasal. Bosan weh.

 Tetiba ternampak botol Evening Primrose Oil (EPO) kat atas meja. Rasa nak berkongsi lak tentang benda neh.

Evening Primrose Oil

Mesti ramai yang dah tahu pasal EPO neh. Dan mungkin masih ramai yang tak tahu. Macam aku jugak yang baru berjinak jinak dengan EPO sebulan yang lalu. 

Mula mula dengar perkataan or huruf 'E.P.O' melalui rakan sekelas. Ntah apa benda la tuh. Time tu tak rasa apa pon. Tapi makin lama, makin kedengaran pulak pasal kebaikan dan kehebatannya. Mula la harganya aku usha. Boleh tahan jugak. Lebih kurang RM 40- RM 60. 

Guardian aku pilih. Cari dan jumpa, kebetulan ada promosi. Terus aku capai dan aku dapat harga RM 35 untuk satu botol then apa lagi terus aku sambar 2 botol. 

Bermulalah kehidupan aku sebagai pengguna EPO. Kadang kadang aku telan sebiji, 2 biji or mungkin complete iaitu 3 biji. Mana dan. Dah 3 minggu, aku mula perasan ada banyak perubahan terutamanya pada kulit. Bahagian kulit yang kering atau menggelupas, semuanya dah baik, lembab dan yang paling aku suka tak payah nak pakai losyen dah. Dah la aku paling malas pakai losyen. "belengah skali". Kata orang Terengganu. 

So, sape sape yang nak try boleh la cari. ada banyak brand dan juga ada beberapa saiz. Selain untuk kulit, ada banyak lagi kelebihan EPO dan yang paling penting sangat baik untuk wanita. 

Kalau nak tau, google la sendiri yek!

Papai!

Amuk

Saturday, May 14, 2011

Puas mengamuk, aku tido. 

Kadang kadang bila diam je orang tak paham. Sindir pon tak paham jugak. Bila marah, dikata suka marah marah".Tahan punya tahan, mengamuk pon ok rupanya. Hihi.

Rupanya kecelaruan status ya kamu. Takpe nanti I ajar tentang status kita sampai paham ye. 

**************************************************************
Masa yang sedikit itu sangat berharga untuk aku. BZ memanjang. From morning til night. Kelas, assignment, sukan, koir class, program ad hoc, kursus. Dah macam robot jadinya. 

Hujung minggu? Belum tentu hujung minggu bagi aku. 

Ok lah. belajar untuk menyiapkan sesuatu dengan cara yang sangat ekspres tanpa satu kesilapan mulai hari ni! 

chayo'! chayo'!

Kami Ok

Thursday, May 12, 2011

setelah semuanya jelas, keadaan dah ok.

Kami terima. Kami faham. 

Dan mungkin untuk memberi tahu tentang kata kata hati, tiga video clip ni diterima. 


Ini


Ini

Dan ini

Hanya angan angan

Beratnya Hati

Sunday, May 8, 2011


Dia aku pilih untuk hidup aku

****************************************************

I don't know how to tell him da truth.
Takut 

Life is very complicated 

Cuba untuk luahkan. Tapi kegembiraannya mengunci mulutku. 
Air mata peneman senyuman mendengar keletahnya.


Hanya SMS yang aku mampu

I'm Sorry

New Recipe: Masak Ala-ala Timur Tengah

Saturday, May 7, 2011

Program Penyembelihan berjalan dengan lancar hari ni. Semua orang diberi peluang rasa untuk sembelih ayam sendiri. Tapi confirm! semua cabut lari. 

Rasional: Untuk bagi pengalaman kepada guru pelatih yang mungkin akan ditempatkan di kawasan pedalaman yang takde ayam yang disahkan halal sembelihannya.

Then, muncullah heroin heroin yang cantik berani menyembelih ayam ayam tu. 

Aku? Aku pegang je. Tu pun kira ok ape. Jom usha gambar sikit.

Ni Cikgu Bakar dah amik alih sebab tukang sembelih asal tak mampu nak menamatkan riwayat ayam tu. Dia pegang je pisau terus Parkinson. 

Sebelum tu. Cuba tengok background kat belakang tu. Rupa sorang sorang dah macam tengok aksi pembunuhan ngeri je. Hakhak.

Dah siap sembelih semua, mula lah aktiviti memasak. 

Tapi yang aku tertarik ialah menu masakan ala Timur Tengah. 

Main campak je semua. Tapi periuk dia kena canggih tau. Periuk tekanan tinggi. Sebab masak cara ni kena lama. Hampir satu jam. Confirm ayam empuk. Semua rasa meresap ke dalam.

Kalau nak cuba guna periuk biasa pun boleh. Tapi rasanya tak seindah yang asal la. 

Nak resepi tak? Mesti la nak kan. 

Ni dia!

Ayam, minyak zaitun, Bawang besar, bawang putih, tomato yang dikisar, kentang, carot, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, garam, serbuk ketumbar, daun ketumbar dan kiub ayam.

Aktiviti memasak sedang dijalankan

1. Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, tomato.
2. Masukkan ayam, bawang besar, serbuk serbuk dan garam.
3. Masukkan carrot, kentang, daun ketumbar dan kiub ayam.
4. Tutup periuk dan tunggu sehingga masak ( lebih kurang 1 jam).

Hasil campuran semua bahan-bahan

Siap, boleh la di makan sesuka hati. Tapi di negara Arab sana, diorang makan lauk ni dengan roti. Kalau kita, nak makan dengan apa pun boleh. Ikut ke kreatifan anda. ^__^

Rasa dia sedap. Ada masam, masin, lemak manis. 

Pic hidangan tak sempat snap. Semua dah kena ngap! Tak cukup!

Selamat mencuba!

I LOVE Renee Meow's Wedding Journey!

Wah!

Sekarang ni! rasa sangat excited! 

Kenapa yer? 

Sebabnya ialah....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jeng jeng jeng!

Klik gambar untuk lebih jelas

Belog Cik reneemeowwedding letak belog aku kat disebar die. Tak sangka karutan aku selama ni diperhatikan! (Perasan skali!. Hikhik).

Apa apa pun I very appreciate U. Thanks a lot! Sangat sangat terima Kaseh!!

Murahnya No Fon Kau!

Friday, May 6, 2011

Al-Kisah di suatu petang

Tagged. Antara laman sosial yang paling aku tak suka. Dulu gatal tangan joined. 

Boleh dikira berapa kali setahun aku bukak Tagged. Saje usha usha. Tu pun kalau dapat emel notification.

Hari ni antara hari yang aku bukak sebab dapat massage. Jom kite kongsi massage tu ek.

Tak nampak? Klik gambar tu kasi besor.

Untuk senang cerita:

"hai salam perkenalan... ni no saya, 0147062876.. no fon awak berapa? nanti saya call..."

Sorry. No fon I tak semurah no fon u tau. 


Yang kenal pon ade yang takde no fon, lagi la orang yang tak kenal. 

Carik yang lain k! 

Papai!


Surprise!

Thursday, May 5, 2011

*Excuse me darling. I have a massage for You*

"Aida, tengah watpe?"

"Tengah wat PJ, and PBM"

*Call*

"Aida, jom datang bilik, kitorang tengah makan"

"Makan apa?"

"Nasik. Jom la. Banyak ni"

"Korang makan dulu. Dah makan banyak tadi. Jap g datang"

10 minit kemudian.

*Call*

"Aida! cepat la! Dah cair la!"

"Apa yang cair?"

"Aiskrim!"

"oh ye ke? Ok2!"

***********************************************************

Takde nak ketuk pintu dah. Terus je aku masuk bilik Hana dan Fatin. Gelap je. takut la pulak.

 Tiba-tiba tercongok kek kat tengah gelap tu dengan lilin yang cair! 

*Lagu Happy Birthday*

Nak terkeluar air mata, saje aku tahan. Malu la nak nangis depan member member. Haha. 

Dan

Makan la kami kek yang sedap dan beberapa jenis makanan lain. 

Yang warna pink tu 'aiskrim' yang cair
*lilin

Thanks Kawan kawan!

Thanks Fira!
Thanks Hana!
Thanks Fatin!

Hadiah???

haha

Blog Porno?

Sunday, May 1, 2011

Fuuhh!! 


Terkejut aku hari ni. 

Tengah syok duk belek belek belog cute ni tetibe terpandang pada gambar sorang follower aku neh. 

Hadoii! Gambar takleh belah. Kalau ye pon korang tak senonoh jangan la menambah dosa orang lain yang dah memang banyak neh. 
Pegi la main jauh jauh. 

Belog ni nampak macam porn blog ke? Haih! 

Tapi tadi duk blogwalking ada la jugak terpandang follower blog kawan kawan. Ada jugak si malaun ni. Ntah sape pun tak tau. 

Buat si "pengikut" tak diundang, Sudah sudah la melakukan kerja hudus ko tu. Bila ko dah tempek pic macam tuh, ramai pulak yang bukak,Tak pasal je aku dapat saham dosa ko skali.

P/s: Mau buang pengikut tidak diundang. Tapi macam mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!