Musim Mengawan

Monday, November 28, 2011

Semua orang tahu. Masuk je musim cuti sekolah, maknanya masuklah era era musim mengawan. Kenduri kahwin di utara, timur dan barat. Kadang kadang sampai tak sempat nak hadir sebab semuanya dalam masa satu hari. Apa boleh buat, terpaksa la mengutamakan yang perlu diutamakan. 

Musim ni aku sempat menghadiri perkahwinan bakal kakak ipar di Kemaman dan Segamat. 

Majlis Akad Nikah
practice! practice!
Orang orang penting. Hee


Yang atas tu yang penting


Cantek!


Congratz to Long! Semoga kekal ke hujung nyawa. Bahagia dunia akhirat! 

Sayang Kamu!

Thursday, November 17, 2011

Ehem!

Hari ni aku nak post entri jiwang sikit boleh? Biar geli anak tekak korang sume. Hehe. 

Haih! Takde lah. Takde masa aku nak menunjukkan keromantikan aku di alam maya ni. Macam la aku sorang ada incek incek je. Incek incek? Salah. Incek sahaja. Heh. 

Meraban pulak. Sebenarnya hari ni aku dapat hadiah dari kanak kanak rebina tu. Cik Ain, Akmal & Aelea. Tak tau la sebab apa dorang bagi tu. Maybe atas penghargaan menjadi pemandu berhemah selama berulang alik Terengganu-Melaka kot. Apa apa je lah. Yang penting aku suka. Hehe. Tenkiu ye adik adik kepoci! 


Sebok nak posing dulu
Ni lagi sorang nak enterprem
Amik gambar dulu sebelum bukak. Kenangan! Hehe
Ayuh! Mulakan sesi mengorek isi
Muka tembam yang tak sabor sabo nak tengok isinya
Yeah! sikit lagi! Sikit Lagi!
Taddaaa!!! Dapat Hand bag!! Suka! suka!
Budak muka tak malu
Dah sudah posing, balik la. 

Tenkiu sayang! Tidak kusangka dapat hand bag baru. Kalo tau tak beli rituh. Lain kali cakap la awal awal. Haha.

Risau

Aku risau

Risau sangat

Risau sangat dengan diri sendiri ni

Sedih pun ada

sedih sangat

sayang ada juga

Menyesal?

Entah. Mungkin nanti. Masih belum tiba masanya

Tapi aku tau. Satu hari nanti. Tak lama lagi. aku akan lalui keadaan itu.

Hmmmm... 

Serabut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Membuncitkan Perot di Seoul Garden

Tuesday, November 15, 2011

Salam

Hari ini aku update entry basi lagi. Tapi rasanya tak la basi sangat kot. Suam suam kuku je. Semalam punya kejadian. Cerita makan... Best wooo... Kat mana? Meh nak cite.

Kitorang makan kat Seoul Garden. Maybe dah ramai yang tahu tempat ni. Tapi takpe. Aku nak mengukuhkan lagi pengetahuan korang. 

Semalam, aku ada paper Ilmu Pendidikan. Last paper. Lepas je tamat paper tu, aku dan member kelas sume kuar berjimba. Tak. Makan sebenarnya. Hari tu, aku memang saje simpan perut biar die berkeroncong. Sebab aku dah plan nak makan banyak banyak. 

Kitorang dah booked nak makan kat Seoul Garden. Seoul Garden ni punya style makan, bayar RM25 (student price) dan korang boleh makan sepuas puasnya, berapa jam suke hati korang, nak tambah berapa kali lantak korang la. Macam macam ada, bakar bakar, steam, desert, air. Tapi air dia takde la spesel sangat. Tapi boleh la. So, skang korang tahu kan kenapa aku simpan perot dari pagi sampai petang. 

Jadi bermula la kehidupan kami sebagai pemakan terhebat pada hari itu. Maka berpusu pusula kami menuju ke Mahkota Parade. Perot pun dah berdangdut. Tak sabar nak ngap. 

Main masak masak. Best!
Yeah! semakin banyak nampaknya.
Ni baru 1st round. Ada lagi 5 round to go. Hebatkan?
Desert je 2 kali aku belasah. Sedap woh aiskrim dia.
Acara masak memasak sedang berlaku
Muka muka kegembiraan untuk makan


Baju biru: round pertama
Baju oren round ke 5

Sebenarnya yang menyedapkan sume makanan ni ialah member member yang best tu. Cuba korang bayangkan korang makan candle light dinner sorang sorang kat restaurant eksklusif yang dimasak oleh chef terhandal. Mana ada hati beb. Baik aku makan kedai tepi jalan tapi ditemani oleh rakan rakan tersayang. Ye dak? 

Tapi kan harus diingat. Kalau ada makanan yang tak habes korang kena bayar balik tau. Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi nanti dia timbang balik. Ha, kesimpulannya jangan membazir tau!

Thanks Teman.

Dalam Banyak Banyak Komen...

Monday, November 14, 2011

Salam readers!

Yeah! setelah lebih kurang seminggu bertungkus lumus untuk final xm, akhirnya berakhirlah last paper tadi. Dan sebelum ni, aku ada post satu entry untuk meminta jasa baik rakan rakan semua untuk "kebahagiaanku" di dalam dewan peperiksaan. Thanks diucapkan. Walaupun tak banyak komen, tapi aku tau korang doa dalam hati kan? Kan? Kan? hehe. Thank You So much!!!! 

Mmmmuaaahhh! sikit! hehe. 

Tapi kan dalam dalam beberapa komen yang aku terima tu aku paling suka komen ni.

Tengok sape tu..

Student KPLI dari IPGK TAR. Satu batch ngan aku. Thanks! Good Luck untuk kamu jugak ye! Dah lepas kan? Dah hepi kan? Dah pulun sume kan? 

GooD! 

Papai! Nak pegi mengisi perot pulak! 



Final Exam Menjelang

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum

Kawan kawan dan juga si kekaseh hati, incek belog. Saya minta maaf kerana sudah lama tidak meluangkan masa di sini. Hampir seminggu saya tidak menjenguk incek kekaseh hati dan kawan kawan semua. 

Saya ingin menjelaskan keadaan sebenar mengapa ini berlaku. Saya sedang mengalami stress yang amat. Saya sangat sibuk. Sibuk kelas. Sibuk assignment. Sibuk beraya. Dan sibuk untuk exam. Saya akan menghadapi final exam. Esok 1st paper. Paper English 1. Lusa English 2. Dan Isnin depan Ilmu Pendidikan. 


Saya sangat takut. Sebab saya rasa saya tak sempat nak baca semua notes. Saya harap kawan kawan doakan yang terbaik untuk saya. Doa kalian amat dihargai dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Tak terbalas semuanya. Semoga secebis doa itu akan merubah hidup saya. 

Sekali lagi, 

TERIMA KASIH

Pengembaraan Bermula!

Tuesday, November 1, 2011

Assalamualaikum

Setelah seminggu meninggalkan belog kiyut miyut ni, aku kembali menulis tentang kisah kisah hidup suka dan duka di sini. Hampir seminggu jugak aku di Sabah. Pengalaman yang sangat bermakna yang mungkin aku takkan dapat rasakan lagi lepas ni. 

Pada mulanya aku sangat berat hati nak join program ni. Sebab? Dah la pergi masa cuti sem. Tak boleh balik jumpa mak. Sedih wooo.. Lagi satu fikir pasal duit lagi. Banyak sangat nak pakai duit untuk beberapa bulan ni. Kumpul duit tu nak join program ni. Tapi setelah dipaksa oleh Dr. Kamarudin, kami semua yang nak pergi ke taknak ke, semua wajib join! Kena paksa beb.

So, bermulalah pengembaraan kami. Tapi bila harinya tiba aku pulak tetiba jadi excited tak pasal. Mula tanak join. Tak malu. Bila tengok sume kawan kawan, lectures hepi, aku pun jadi bersemangat balik. 

Bebel punya bebel aku tak cakap pun lagi program apa kan. Ni ha tajuknya. Sila la hadap. 

" Program Pembandingan P&P ke IPG Kampus Tawau dan Peningkatan Motivasi Kualiti Guru KPLI dan Pendidik Guru di Sekolah-sekolah Daerah Tawau dan Sekolah Pulau, Semporna, Sabah 2011"

Panjangkan? Hebatkan? Ya. Aku akui. Pelaksanannya memang segah tajuk. Tabek ah Dr.K! 

Skang jum tinjau gambar gambar pengembaraan kami. Gambarnya beribu tapi tak laratla nak upload semua kan. Sikit sikit sudah. Hehe.

Berkampung di LCCT dari kul 2 sampai kul 6.30
Di IPG Tawau
Tiba tiba lak hujan. Hujan rahmat mungkin.
Terror sungguh si cilik ni "speaking". Berabuk. Kagum aku.

Sesekali snap pic budak comel pon ok.
Meninggalkan jejak kaki di SK Balung
Sebelum tinjauan dimulakan
Kami sudah mahu ke Pulau!
Permainan kanak kanak pulau
Bersama salah seorang pelajar di SK Mabul
Bersama pelajar pelajar pra sekolah SK Mabul
Dr. K menerima cendera mata dari GB SK Mabul
Salah sebuah bangunan sekolah yang usang


P/S: entry tak tamat sepenuhnya disebabkan broadband dah exceeded limit. Sedikit lembab. Haih. 



Mau pegi Sabah lagi. Sapa nak bawak? 
Hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!