Generasi Pertama
- bermula sekitar tahun 1968
- dikenali sebagai Information Management System (IMS)
- digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.
- •Pertengahan 1960an – IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan kepada pangkalan data berasas kepada struktur rangkaian yang diperkenal oleh syarikat General Electric
Generasi Kedua
- Merupakan penanda aras panduan kepada perisian-perisian sistem pengkalan data yang ada sekarang
- Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.
- 1971 - CODASYL menubuhkan jawatankuasa petugas (DBTG) bagi merangka piawaian untuk Bahasa Takrifan Data (DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (DML)
•
- 1970 – E.F. Codd menghasilkan kertas penyelidikan bagi model baru PD berasaskan teori algebra hubungan -> IBM menyusul dengan ‘Sistem R’ dan menghasilkan model hubungan
•
- 1976 – Model Perhubungan Entiti (Chen)
•
- 1980an – Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) sebagai piawai bagi PD hubungan – DBMS mula berkembang pesat
Generasi terkini
- telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek.
- kemunculan sistem pengkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pengkalan data.
- sistem pengkalan data XML merupakan sistem pengkalan data yang berorientasikan struktur dokumen.
- Sistem pengkalan data NoSQL pula merupakan sistem pengkalan data yang menyediakan mekanisme penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.