Memori Itu Menyakitkan

Thursday, June 18, 2020

Aku salah. Tersilap langkah. Dari awal lagi aku tau tu semua salah. Tapi aku turutkan kata hati dalam masa yang sama dalam hati penuh rasa bersalah. Maafkan aku semua. Kalaulah masa boleh diputar semula... tak payah cerita sebab memang takkan jadi. Haih. Semoga aku tenang, happy semula. Semua benda tu takkanku lupa. Tapi semoga semua jadi pengajaran untuk aku dan kami. Tak terluah semua benda. 

Sayang. 

Seminggu yang suram

Sunday, October 27, 2019

Macam macam benda jadi dalam minggu ni. Perasaan pon bercampur baur. Anak masuk hospital, mak kena strok, gaduh, rindu, mood swing. Macam macam. Ya Allah, kau kembalikan semua kegembiraan, kesihatan, kebahagiaanku. 😢

The Last Ringtone. See You Again My Sis.

Friday, November 27, 2015


"See You Again"
(feat. Charlie Puth)

[Charlie Puth:]
It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again
(Hey)

[Wiz Khalifa:]
Damn, who knew?
All the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here talking to you
'Bout another path
I know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up
Look at things different, see the bigger picture
Those were the days
Hard work forever pays
Now I see you in a better place (see you in a better place)

Uh
How can we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gon' be with me for the last ride

[Charlie Puth:]
It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again (I see you again)
We've come a long way (yeah, we came a long way) from where we began (you know we started)
Oh, I'll tell you all about it when I see you again (let me tell you)
When I see you again

(Aah oh, aah oh
Wooooh-oh-oh-oh-oh-oh)
Yeah

[Wiz Khalifa:]
First you both go out your way
And the vibe is feeling strong
And what's small turn to a friendship
A friendship turn to a bond
And that bond will never be broken
The love will never get lost (and the love will never get lost)
And when brotherhood come first
Then the line will never be crossed
Established it on our own
When that line had to be drawn
And that line is what we reach
So remember me when I'm gone (remember me when I'm gone)

How can we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gon' be with me for the last ride

[Charlie Puth:]
So let the light guide your way, yeah
Hold every memory as you go
And every road you take, will always lead you home, home

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

(Aah oh)
(Uh)
(Aah oh)
(Yeah)
(Wooooh-oh-oh-oh-oh-oh)
(Ya, ya)
When I see you again
(Uh)
See you again
(Wooooh-oh-oh-oh-oh-oh)
(Yeah, yeah, uh-huh)
When I see you again

Perkembangan Sistem Pengurusan Pengkalan Data Secara Elektronik

Thursday, October 16, 2014

Sejarah pembangunan sistem pengurusan pengkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.

Generasi Pertama
  • bermula sekitar tahun 1968
  • dikenali sebagai Information Management System (IMS)
  • digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.
  • •Pertengahan 1960an – IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan kepada pangkalan data berasas kepada struktur rangkaian yang diperkenal oleh syarikat General Electric
Generasi Kedua
  • Merupakan penanda aras panduan kepada perisian-perisian sistem pengkalan data yang ada sekarang
  • Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.
  • 1971 - CODASYL menubuhkan jawatankuasa petugas (DBTG) bagi merangka piawaian untuk Bahasa Takrifan Data (DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (DML)
•
  • 1970 – E.F. Codd menghasilkan kertas penyelidikan bagi model baru PD berasaskan teori algebra hubungan -> IBM menyusul  dengan ‘Sistem R’ dan menghasilkan model hubungan
•
  • 1976 – Model Perhubungan Entiti (Chen)
•
  • 1980an – Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) sebagai piawai bagi PD hubungan – DBMS mula berkembang pesat
Generasi terkini
  • telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek.
  • kemunculan sistem pengkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pengkalan data.
  • sistem pengkalan data XML merupakan sistem pengkalan data yang berorientasikan struktur dokumen.
  • Sistem pengkalan data NoSQL pula merupakan sistem pengkalan data yang menyediakan mekanisme penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

Perkakasan dan Perisian

Wednesday, October 15, 2014

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menamakan peranti rangkaian
2. Menerangkan fungsi peranti rangkaian
3. Menilai dan membanding keupayaan peranti rangkaian

B. Kandungan Pengajaran

2.1 Komponen Rangkaian
2.2 Medium Rangkaian (wayar dan tanpa wayar)
2.3 Perisian Rangkaian

2.1 Komponen Rangkaian

Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :

2.1.1 Kabel rangkaian
2.1.2 Kad antaramuka rangkaian (NIC)
2.1.3 Hab
2.1.4 Suis (Switch)
2.1.5 Modem
2.1.6 Penghala (Router)
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

Contoh Perkakasan Komputer

2.1.1 Kabel Rangkaian dan RJ45



Rajah 2.1.1: Kabel RJ45

  • Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti keperanti dan sambungan ke rangkaian internet.
  • Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.


2.1.2 Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)


Rajah 2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian


  • Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
  • Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
  • Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
  • Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.


2.1.3 Hab

Rajah 2.1.3: Hab
  • Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
  • Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
  • Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.


2.1.4 Suis (Switch)

Rajah 2.1.4: Suis


  • Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
  • Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya


2.1.5 Modem


Rajah 2.1.5: Modem

  • Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel. 
  • Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.


2.1.6 Penghala (Router)


Rajah 2.1.6 : Penghala


  • Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain. 
  • Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
  • Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.

Kini, teknologi penghala telah berkembang dan semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.
Rajah 2.1.6.: Penghala (Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All in One)

2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)


Rajah 2.1.7: Titik pusat tanpa wayar


  • Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
  • Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
  • Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
  • Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.
2.3 Perisian Rangkaian (Sistem Pengendalian Rangkaian)


Sistem Pengendalian Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem pengoperasian ke atas rangkaian komputer.



Fungsi Sistem Pengendalian Rangkaian:

  1. Membolehkan pelayan menguruskan data, pengguna, kumpulan, keselamatan, aplikasi dan lain-lain fungsi rangkaian.
  2. Membenarkan perkongsian fail/maklumat dan akses pencetak oleh pengguna dalam rangkaian.
  3. Mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk memastikan perjalanan
  4.  rangkaian ini dapat berfungsi dengan sempurna dan sistematik.
Contoh Sistem Pengendalian Rangkaian :

  1. Rakan ke Rakan (Peer to Peer):
Apple Share

NetWare Lite

Windows for WorkGroup
  
2.  Pelanggan-Pelayan (Client-Server):


Banyan VINES

Window Server

Novel Netware

Ngeri Bila Tengok Muka Sendiri

Saturday, April 12, 2014

Salam

Malam ni aku nak tempek satu gambar. Mari kita tengok sama sama!

Apa macam???


Yang belah kanan tu masa tahun 2012. Time ni aku tengah sarat mengandungkan Mia. Haih Macam tak percaya tengok rupa and keadaan sendiri. 

Seriously, time pregnantkan Mia, aku suka sangat colour gelap gelap. Bila nak beli baju, aku nak colour itam la, kelabu la, coklat la. Ntah pape. Agaknya pembawakan baby. Orang tua tua cakap kalo pregnant anak pompuan cani la rupenye. Tak berseri langsung! Kalo nampak comei je, sah anak laki. Orang cakap la. Bukan aku cakap. Tapi bila di research balik, memang ada benarnya. Macam kawan kawan aku yang ngandungkan ank laki, berseri seri je! Badan pon takde la macam belon. Cam aku. 


Yang belah kiri pulak, gambar gambar terkini, kalo tak silap aku dalam end of March. Jenuh diet. Tengok. Anak aku pon dah besar. Ingat senang nak dapat normal BMI? Ingat senang ke? Tapi ada lagi sikit lemak nak kasi tarah. kikiki. 


Gelak je member aku bila aku tunjuk gambar kanan tuh. Macam dugong. Kahkahkah. 

Oke lah. Saje je nak bagi naik semangat diet balik. Dah puas aku sumabt macam macam minggu ni. Bari insap sikit tengok ni. Tak gitu? hihi

Bye!

Permohonanku Diluluskan

Wednesday, April 9, 2014

Salam. 

Puhhhhhh!! puhhhh!! * sambil lap habuk.

Idup lagi ghupenye belog ni ye.. Ibarat hidup segan mati tak mahu je aku tengok. 

Tetiba bersemangat nak tulis entri malam ni. Nak tau tak nape? Nak tak? nak tak? tanak? Takpe lah nak gitau jugak! buek! 

Sebabnye ialah........

Aku dah dapat transfer!!!! Alhamdulillah!!!! Syukur sangat!!! Yang paling aku suke dapat balik kampung!!!!! yeay!!!  



Tapi kes aku ni aku tak tau la nape. Memang aku ada mintak tukar last year tapi tak berjaya. and aku tak pernah wat rayuan pun. Memang miracle yang sangat sangat aku tunggu lah! 

Permulaannye bila ada sorang cikgu TESL baru masuk sekolah kitorang mnggu lepas. Padahal cikgu sekolah kitorang dah sedia maklum memang dh full pack. Haih. sume orang pon pelik lah. Macam mana leh ada cikgu baru ni. Dan memang kami sume dah agak, memang akan ada cikgu yang akan keluar. Memang banyak la ura2, dan khabar angin yang kitorang dengar. Aku ni cuma boleh verangan dan verangan bahawasanya akulah gerangan guru yang akan di reject oleh Tuan Guru Besar. 

Skang aku ada dua perasan. 

1. Hepi.
2. Sedih.

Hepi sebab apa yang aku nak selama ni iaitu duduk sebumbung satu famili akan menjadi kenyataan. Tapi tak tau la kalo aku ditempatkan jauh plak dari rumah kat sana. Dua periuk jugaklah jawabnya. Tapi harap harap takla. hopefully akan ada lagi berita gembira lepas ni. Dah tanak berdua je. Nak bertiga lak.

2. Sedih sebab nak tinggalkan sekolah yang pertama aku. Orang orang di samping aku sepanjang aku berada kat sini. Di bumi Pahang ni. Banyak sangat yang aku dah belajar. Kawan skali masa posting rituh, Sarah. Sempatla jadi hosmet. Pastu jadi member bergosip kat bilik guru. kitorang dua orang je cikgu Melayu kat situ. Harap pasni dia pon akan dapat berita gembira. Lebih gembira dari berita yang aku dapat ni.

Pastu Kak Sal, PT kat sekolah aku. Dia lah orang pertama yang aku nampak masa lapor diri dulu. Dia jugaklah orang yang dh tolong carikkan rumah sewa untuk kitorang. Jap je terus dapat. Kak Sal jugak yang suka buat kuih sedap sedap jamu kat opis. Nak lagi!!! Jangan sedih sedih tau. Nanti Mia datang. 

Pastu Kak Mas. Walaupon Kak Mas ni muka cam garang sket, tapi dia begheh je. Memang best ah. Akak nye laksa bestt wooo... Pedas menyengat! 

Kak Ana jugak. Dulu time aku g pump susu kat kelas preschool, dia suka sangat bagi makanan dia kat aku. Mau tak tembun. Ceh sume pasal makanan je aku ni. sendiri suka makan, pastu nak salahkan orang plak. kikiki.

Tak lupa my hosmet! Jangan sedeh sedeh ye Kak Wan. Saya doakan Kak Wan dapat jugak berita gembira macam saya. Secepat mungkin! Amin! Kiem salam kat Naurah montel montel ye. Takde kawan dah la Mia nak main pasni. Main la sorang sorang. Nak kena tambah kah ini?! Ayyyooo....

Dan sume cikgu cikgu kat sekolah. Seronok mengenali kamu semua. Semoga berjumpa lagi di lain hari.

Dah letih hepi. Aku dah terpikir daerah mana akan aku ditempatkan, dan yang paling penting, sekolah mana. Cabaran baru bakal mendatang... Get ready!


Semoga kita sentiasa mendapat kebaikan dari semua yang terjadi. 
Bye!


Mood di Hujung Tahun

Thursday, November 7, 2013

Salam

Hai. Dah lama sangat tak menjengah blog ni. Dah suram nampaknya. Kawan kawan blogger pon dah sunyi jugak nampaknya. Al maklumlah.. Bila dah jadi ibu ni, mesti la tumpuan sepenuhnya pada anak je kan. Ni pun si anak tengah nyenyak tido. So boleh la kalo nak melalu sekejap. 

Minggu depan si anak dah nak masuk 1 tahun. Ya. 1 tahun. Sekejap je masa berlalu. Masih terbayang masa tengah boyot dulu. Seronok pon ada. Tapi sekarang dah tak boyot lagi dah. Si anak pun dah besar. Syok rupanya jadi ibu ni. Walaupun sebenarnya lagi banyak dugaan dan halangan. Tapi ni la yang mengajar erti hidup. Lagi lagi bila duduk asing ngan incek suami. Sumenye kena buat sendiri. Tapi bila sekali incek suami ada, habis la dia. Kehkehkeh. 

Hari ni nak tempek muka I, Incek suami & Si anak. 










Kesengsaraan Itu Telah Berakhir

Monday, March 11, 2013

Salam

Peringatan awal: Ini adalah testimonial tidak berbayar atau tidak ditaja oleh mana mana pihak. 

 Aku dengan senang hati ingin membuat testimonial produk seperti yang ditempek di bawah. Al kisahnya aku mendapat masalah sembelit ni sejak melahirkan Damia. Sejak masa berpantang lagi. Bayangkan macamana siksanya sembelit dalam keadaan jahitan yang masih segar di situ. Ngeri nye Tuhan saja yang tau. Kadang sampai nagis sorang sorang dalam bilik air. Luka dah kot. Sakiitttt weiii!

Masalah ni berlarutan sampailah umur Damia 3 bulan. Setiap kali nak membuang aku akan rasa fobia. Tapi fobia fobia pon aku kena teran jugak. Macam biasalah kalo tak setengah jam tak sah aku betapa dalam jamban tuh. Lenguh wei. 

Dah lebih 3 bulan ni aku tak leh tahan dah. Aku kena cari gak penawarnya. Bermulalah episod mencari sebab dan penyelesaian.  Aku makan pisang, oren, kurangkan nasik, minum air dah dekat 3 liter kot. Tapi sama je.

So, setelah banyak bertanya pada uncle google dan auntie facebook, aku membuat kesimpulan bahawa aku mengalami masalah usus kotor. Maka sibuklah aku mencari penyelesaian kepada masalah usus kotor. Aku search punya seach, akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba Minuman Catalyst Natural Fibre Drink. Ada 15 sachets semuanya. Setakat ni aku dah amik 8 sachets. Dan aku dapat rasakan kelembutan najis itu. Akhirnya hari ke 8 aku dapat melabur dengan jayanya. Tiada sembelit lagi! Yeeehaaaa! Sungguh seronot rasanya! Akhirnya masalah yang amat menyiksakan itu telah berakhir. 

Syukur.. Alhamdulilah. TQ Catalist Fibre Drink!

 Kepada sape sape yang ada masalah macam I tadi boleh la terai..


Sudah Setahun Hubungan Kami

Sunday, March 10, 2013

Salam.

Huh? Hubungan apakah itu? Dengan siapakah itu? Kihkih. Buat buat terkezut pulak. Dengan Suamikulah. Ngeee.. Alhamdulillah. Dah setahun hubungan kami. Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ini terus kekal. Amin.



Damia pun dah nak masuk 4 bulan. 



 Bye! 
 
 

Damia Jalan Dengan Tok Wan

Monday, January 21, 2013

Salam. 

Entri kedua untuk tahu ni, bulan ni, hari ni dan jam ni. 
Tiba tiba excited plak buat entri banyak banyak. Sebelum ni malas. Tak.. Sementara Damia tidur ni bleh la I beronggeng kejap. Hihi.

Tak banyak nak bebel pun cuma nak tempek gambar jalan jalan je.. Layan... Zaaaass!!

Apa la masalah lagi ni...

Ibu dan Mia

Mia nak beli baju baru!



Mia dan Aciknya




Time ibu makan

Cik Na yang hepi



Mak Usu nak beli kasut baru

Tok Wan sonot bawak Mia jalan jalan

 

Hai Lah Damia

Salam. 

Camana nak mula ya? Camana ya? Hai susah pulak nak memulakan kata kata bila dah jarang berblogging ni. bz la katekan.. Eh, kata cuti, duk umah 3 bln camana lak leh bz. Hei, bz ok. I jaga anak. 

Haaa.. baru tau skang camana dah ada anak. Tu baru sorang. Camana la mak aku leh beranak sampai 8 orang ek. Tabah, kuat, sabar dan macam macam lagi lah mak aku ni. Aku yang sorang ni pon dah termengah mengah. 

Bila dah ada anak pola kehidupan pun turut berubah termasuklah kualiti, terutamanya kuantiti tidur, bentuk badan, pemakanan, penjagaan tubuh badan, aktiviti seharian dan mungkin banyak lagi.

Tidur. Benda pertama yang aku paling terasa sebab aku ni suka jugak la tidur time time anak dara dulu. Nak nak time jadi student dulu. Selagi matahari tak naik sampai atas kepala tak rasa nak bangun. teruk betul anak dara. Tapi habit ni lama kelamaan dah beransur hilang bila meningkat umur dan menjadi isteri seterusnya menjadi ibu. Time jadi ibu ni la aku terpaksa menerima bilamana aku terpaksa bangun untuk menyusukan Damia yang merengek rengek kelaparan mintak susu. Sambil mata merenung tajam melihat Incek Suami yang enak tidur berselimutkan conferter, berbantalkan bantal empuk sambil berdengkur. Siap rakam dengkur dia. Keh keh keh. Dengki betul. 

Bentuk badan juga antara perkara penting yang aku dapat tengok. Perut yang dah tak seleper dulu (masalahnya leper sangat ke perut ko dulu?), Sistem badan pun dah banyak berubah. So, skang aku dah tak boleh mengabaikan kesihatan dan kecantikan diri macam dulu. Kalo dulu aku pakai bedak baby je ke mana mana. Minum ais je keje. Tapi skang atas nasihat emak terchenta aku terpaksa akur. Supplement pon kena amik, ais kena kurangkan. Mak cakap, memang la skang tak rasa tapi nanti dah tua sakit sana sini. Dah la tua, sakit lagi tu. Camana nak jaga laki. Makan pon dah tak leh sebarangan lagi. Sebab aku bf. Takut nanti salah makan kembung pulak perut Damia. So, meleleh la air liur aku tengok makanan kegemaran melambai lambai keseronokan.

Aktiviti seharian jugak turut berubah. Kalo dulu aku duk mengadap laptop je la kejenye. Tapi skang dah tak boleh sangat. Nak bersosiall sikit Damia dah panggil mintak susu. Lagi la susah hati bila Damia tak sihat. Kalo sakit tu boleh transfer transfer aku nak je transfer sakit tu kat aku. Tapi apa kan daya TAK BOLEH.

Baru skang aku nampak pengorbanan mak dulu. Dah rasa sendiri baru tau. Dulu kecik kecik suka suka hati je lawan cakap mak kan. Skang dah insap. Dah tanak macam tu lagi dah. 

Alhamdulillah. Hari ni Mia dah masuk 2 bulan 7 hari.

Semoga terus membesar dan sihat sayang
  

Zuriat Pertama

Friday, December 14, 2012

Salam.

Dah lama tak menulis ni dah tak tau camana na mula. Hehe. Banyak benda yang berlaku dalam masa sebulan ni. Yang paling besar ialah aku dah selamat melahirkan. Alhamdulillah. Syukur sangat. skang ni aku sedang menghabiskan masa berpantang sambil menguruskan baby girl kami. Tak sangka aku dah jadi ibu. Masih lagi bermain di ingatan zaman solo aku dulu. Dah tak boleh jadi macam dulu dah la. Skang kena fikir untuk 3 orang dah, suami dan Damia.

Hari ni aku nak bercerita kisah kelahiran Damia. 

Pada usia kandunganku masih berbaki 2 minggu cuti sekolah bermula. So aku tak payah nak amik cuti advance. Kebetulan time ni Incek Suami berada di China. Jalan-jalan. Sempat lagi kan? Tapi takpe. Asal ada habuan untuk isterri tersayang. Hehe.

Bercerita pasal kisah kandungan, aku masih perlu buat check up. So, aku kena la tumpang kat klinik desa. Hari tu aku pergi la klinik nak tanya hari yang perlu aku datang untuk check up. Tapi disebabkan masalah kesihatan aku, aku tiba tiba kena admid ke HSNZ, K. Terengganu keesokan harinya. Terkejut beruk aku dengar nurse tu cakap. Dah la Incek Suami tak balik lagi. Sebaik la adik aku kebetulan tengah bercuti time tu. Boleh la aku mintak tolong dia hantarkan. 

12 Nov 2012

Keesokan harinya berangkat la kami ke HSNZ. Tak bersedia langsung nak bersalin. Dah la langsung takde rasa sakit. Tapi nak buat camana. Demi kesihatan kandungan, aku turutkan. Hari pertama doktor takde buat apa pun lagi. Just rehat rehat, sembang sembang. Mak jadi antara orang yang paling risau tengok aku. Siap beli macam macam bekalan makanan untuk aku. Takut lapar. Hehe. Lagi satu sebab orang lain takleh temankan. So terpaksa la aku berdikari duk spital sorang sorang. 

13 Nov 2012

Doktor dah sahkan aku kena paksa bersalin walhal time tu kandungan aku takde masalah. Cuma dorang takut kalo dibiarkan seminggu dua lagi ada risiko. Aku terpaksa ikut je. Hari ni suami dah balik. Sempat la aku bersalin di sisi suami. Ubat pertama dimasukkan hari tu pada pukul 7.30 pagi. Sakit jugak rasanya time ni. Tapi tahan je la. Disebabkan takde orang, bosan aku tertidur hari tu. Bangun dah tengahari. Masuk toilet tengok dah ada darah keluar. Risau pun ada. Aku dah pikir time ni, "dah tak lama aku nak bersalin kot. Takutnye..". 

Pukul 3 doktor cek "jalan". Time ni dah bukak 3cm. Sebijik lagi ubat dimasukkan. Aku dah pasrah. 

Malam, semuanya bermula. Aku dah mula rasa memulas dan sakit pinggang sangat sangat. Dari pukul 11 tengah malam memang aku takleh tidur langsung. Jap bangun, jap duduk, jap aku jalan jalan dalam wad tu, jap aku g toilet. Aku sms mak suh masuk. Pas mak picit picit kaki sikit aku tertidur.Tapi kul 1 aku terjaga balik sampai la pagi. Time ni sangat jeles tengok orang lain tidur nyeyak. (sempat lagi). Rasa nak membuang pun tak henti henti. Pelik aku. Padahal aku tak makan pun. Mana datang semua tu??? Kesakitan berterusan sampai kul 4 pagi. Time ni aku sempat tertidur. Aku terjaga sebab terasa ada bunyi "poop" dan pastu air mencurah curah keluar. Mentuban dah keluar. Cepat aku pegi bagi tau nurse. Nurse suruh aku salin pakaian dan tunggu doktor sampai untuk cek kandungan aku. 

14 Nov 2012

Tak lama pastu doktor cek dan dia bagi tau "jalan" dah bukak 5cm. Kontraksi dah makin kuat. 2, 3 minit sekali. Pukul 5 aku ditolak masuk ke labour room. setengah jam kemudian Incek suami dibenarkan masuk. Pukul 7 aku disuntik ubat tahan sakit dan tertidur sampai kul 10 pagi. Dengan suami skali terbongkang dalam labour room. Ni kes suami dari airport terus shoot ke HSNZ. Letih la tu. Aku pulak tertidur sampai tak sedar kan jarum yang disuntik kat tangan tercabut, berdarah darah atas tilam. Nurse datang tukar jarum lain. Tapi aku tetap meneruskan tidurku. Ubat tahan sakit punya hal kot. 

Pukul 10 nurse datang kejutkan aku untuk bersalin. Masa ni kontraksi dah makin perlahan dan pendek. Aku dah puas cuba tapi tak larat. Sampai dah hampir 10 orang doktor, nurse,sister conduct aku bersalin tapi tak lepas jugak. Aku dah tak larat. Time ni dah pukul 12 tengah hari. aku mintak dengan doktor buat cara lain. Aku mintak vacuum. Aku dah tak larat sangat. Tapi doktor tu suruh aku cuba jugak. Sampai pukul 2 aku teran. tapi lepas jugak. Aku baca ayat Qursi, Ayat pemudah urusan, zikir zikir pendek. Harapan aku time ni jangan sampai kena c-zer. Aku dahaga n lapar sangat time ni. Siap aku mintak air lagi. Tapi nurse bagi air lap2 kat bibir je. 

Akhirnya pukul 2 doktor pakar masuk dan conduct aku. Tetap aku tak boleh. Dia pun terus suruh nurse prepare alat alat untuk vacuum. Alhamdulillah. Tepat 2. 13 petang, 2 kali push baby pun keluar. Hilang semua sakit. Lega. Pastu dorang terus bagi milo suam. sekali sedut je teru habis. Hehe.

Day 2

Pukul 5.30 petang aku keluar dari labour room. Incek suami, mak dan adik dah siap menunggu. "Kemain lama duk dalam labour room" dorang cakap.

Name: Damia Arissa binti Ahmad Fahmi
Weight: 3.29
D.O.B: 14 Nov 2012

Alhamdulillah. Hari ni umur Damia genap sebulan. 


Menghitung Saat-saat Bermakna

Friday, November 2, 2012

Salam.

Agak lama jugak mendiamkan diri. Hampir sebulan kan. Bila tubuh badan jarang mengalami kesakitan, sekali kena susah nak terima. Tapi sekarang dah ok dah. Aku tak makan macam sebelum ni dah. Oleh itu hargailah tubuh badan anda yang sihat. Aku insap! 

Sekarang aku tak lagi terikut sangat dengan hawa nafsu makan yang semakin menjadi jadi semenjak berbadan dua ni. Sekarang kandungan aku dah pun masuk minggu ke 36. Minggu depan tunggu masa je la. Diharap semuanya berjalan lancar. Dan aku harap sangat baby pilih tarikh sebelum EDD. Kalo tak alamatnya aku kena paksa bersalin la jawabnya. 

Ada lagi seminggu untuk aku habiskan hari persekolahan. Banyak jugak kerja yang nak kena settle. Fail-fail, persembahan Majlis akhir tahun, semualah. Rasanya tak sabar nak balik kampung. Dah tak larat nak drive dah. Nanti nak travel dari Bera ke Dungun lagi. Fuhh.. Harap baby duk diam diam ek. Sebaik Ayah ada, boleh drive. So, I tido je la kat sebelah. Hihi.

Last scan baby, minggu lepas. Actually, aku dah banyak kali scan. Sampai dah tak ingat berapa kali. Dan setakat ni doctor cakap, baby girl. Yang minggu lepas punya, doc scan, baby dah seberat 3.2, normal. Alhamdulillah. Dan lagi satu doc cakap, ada hamburger sign. First time dengar istilah kedoktoran ni. Baby girl=hamburger sign. Nak tergelak aku dengar time tu. Sebenarnya jantina aku tak kisah pun. Boy ke girl ke. Asalkan sihat. Ibu, sihat, baby pun sihat. 

Bila dah masuk minggu minggu akhir ni aku sangat peka pada gerakan baby. Nak kata aku kira betul betul cukup 10 gerakan tu tak la. Cuma dah boleh agak waktu waktu baby gerak. Mula la bila rasa macam waktu yang biasa baby gerak, tapi dia tak gerak aku risau. Nak tau apa aku buat? Hihi. Aku tepuk tepuk atau goyang goyang sikit perut. Dalam 2,3 minit mesti ada tindakbalas. Baby tendang balik. Hihi. Lega. Senyum sampai telinga. Doc cakap, bila dah akhir akhir macam ni memang baby kurang gerak sebab ruang kat dalam perut dah makin kecik. Baby aku pun dah masuk jalan. Lagi la dia tak leh pusing pusing dah. Dia boleh menggeliat n tendang tendang je la kot. Selalu je mimpi baby dah kuar. Tak sabar kot. Hehe. 

Kawan-kawan, doakan saya selamat melahirkan ya. Semuanya sihat dan baik. 

Bye!

Tanak Ngidam Lagi!

Monday, October 8, 2012

Salam

Menghitung hari lagi. Takde lain yang aku buat selain menghitung hari selain mengharungi rutin harian, mingguan dan bulanan. Hari ni kandungan aku masuk minggu yang ke 33. Macam macam perasaan ada dalam hati. Excited sangat sebab tak sabar nak tunggu baby keluar. Tapi dalam masa yang sama aku asyir terfikir macam maca la rasa bila dah sampai dalam labour room nanti. Semoga dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Aaminn...

Bila mengingatkan balik sepanjang kehamilan aku, banyak jugak makanan yang aku nak telan (mengidam) dan benda benda lain yang aku nak. Pada awal kehamilan, area bulan 1-3, aku asyik mengidam nak pisang goreng je tiap tiap hari. Tapi malangnya tempat tinggal aku ni susah nak jumpa pisang goreng macam kat Terengganu. Semuanya keras je. So, balik je hujung minggu confirm aku akan pujuk suami pegi makan or beli pisang goreng. Aku akan makan RM2 - RM3 sorang sorang. Orang lain nak? Beli lain! Tamak betul. 

Pastu dah habis bab pisang goreng, tekak aku ni asyik duk mengidam nak pekena rojak buah. Tanak yang buat sendiri. Nak yang kat kedai. Yang kuah rojak dia macam rojak "Mak Bee" pastu ada bijan, kacang dalam dia. Puas la aku dan Incek Suami mencari. Tapi tak jumpa. Hampa betul. Terpaksalah aku buat sendiri. Beli la buah jambu banyak banyak bersama kuah rojaknya sekali. Sebulan duk makan tu je lah. Tak makan nasik pun takpe. Hosmet aku pon skali join melantak ngan aku. Hihi.

Dah habis bab rojak, tiap tiap hujung minggu aku balik kampung jumpa suami. Seiring dengan tu mesti ada yang aku mintak. Keropok la, satar la, buah durian la. Banyak jugak durian aku makan. Sampai Incek suami belikan berguni guni. Dasat kan? Hihi. Sebaik aku kebal dari sebarang alahan masa pegnen. Alhamdulillah. Tu la sebabnye badan aku naik bagai di pam pam. Asik kena minum air gula je. Bosan tul. 


Bulan lepas kena minum air gula. Sebab berat naik sampai 5kg! Kesnye lepas raya kot. Al maklumla sume makanan terhidang di depan mata. Bulan puasa aku ponteng sehari je. Tu la sebab nye kot. Hihi. Alhamdulillah result normal. So, bulan depannya aku berazam tanak naik lagi. Yeah! Hari yang ditunggu tunggu tiba. Aku cek berat. Turun 600g! Kihkih. Turun pulak ye. Jadi aku pun hepi la. Mentang mentang dah turun, aku buat tak tau je ngan berat. Bila cek lagi skali berat aku naik pulak dah..... Kena la minum air gula lagi. Tak suka! Tak suka! Pastu aku dah malas nak fikir dah. Naik tensen je dibuatnya. Makan ke tak ke, berat aku suka hati je nak turun naik. Yang penting sumenye normal. Aamiin. 

Akhir akhir ni plak sibuk duk teringin nak makan McFlurry. Kisah semalam. Seperti kebiasaannya, lepas masuk 7 bulan ni aku dah tak lagi travel sendiri balik hujung minggu ke Terengganu dari Bera. Aku sama ada akan tumpang kawan, ayah atau Incek Suami datang. Sama la keadaannya bila nak balik ke sini semula. Semalam. Aku duk sibuk "haru" kat Incek suami nak makan Aiskrim McFlurry. So, sebelum balik Bera, kami pun singgah la kat McD area IM, Kuantan nak drive thru. Kami order 2 set burger yang tengan hot skang, Samurai burger dan tambah dengan makanan idaman aku tu. Dah dapat aku senyum je sampai ke telinga. Masa ondaway tu, aku asik duk riba je la sume air yang diberi (menggunakan bekas yang McD sediakan). Tetiba Incek Suami rasa nak minum air tu, so aku pon dengan rakusnya berusaha mengeluarkan segelas air dari sarangnya. Tanpa diduga, air yang segelas lagi terus terjun jatuh dari ribaan aku mencurah curah ke ladang gandum (dalam kerete, bahagian kaki). Aku terkedu. Takut. Nanti kena marah ngan Incek Suami. Nak sangat makan McFlurry. Air mata keluar tanpa disangka sangka. (Lawak pulak bila diingatkan balik). Incek Suami ketawa berdekah dekah tengok aku. Dia tanya, "kenapa nangis? Abang tak marah pun..." sambil ketawa lagi. Malu. Terus diam dan lap lantai kereta dengan selipar. Macam jalan je taknik tu. Kehkehkeh.

Dah lepas ni tanak Ngidam lagi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!