Semuanya Kenangan

Monday, June 6, 2011

Tadi duk bersenang lenang sambil menonton berita sensasi di TV3, nenek tiba tiba bising bising.

"Haih! beg sape ni? Kalau takde orang nak bagi nenek la. Nenek nak bagi cicit nenek  buat pergi sekolah tadika".
Terganggu dengan soalan tu, terus aku menjeling ke arah beg tu. "Ha, beg orang tu. Tapi dah taknak. Amik la. Tapi tu bukan beg sekolah. Tu beg jalan jalan. Buku pon tak muat nak letak nek".

Nenek membelek belek beg tu. Dibukanya zip dan ruang ruang yang ada padanya. Semua dikeluarkan. " Ni kertas, kad, gambar apa nih. Amik. Kang hilang susah pulak".

Aku terus membelek belek kad dan kertas kertas lama yang ada. Macam macam perasaan tiba tiba muncul. Sedih. Rindu. Kelakar. Bercampur baur. Sebab ni:


 Ni kad daripada arwah Nora Ain. My BFF eva afta.


seriously, aku sangat sedih dan rindu bila terbaca kad ni. Arwah sangat baik. Tiap tiap tahun aku takkan terlepas beraya di rumahnya. Lepas pemergian arwah, anaknya yang aku jenguk. Dah 2 tahun lebih umur Sofia sekarang. Muka sebijik macam mak dia. Lebih kurang 40 hari umur Sofia, arwah pergi meninggalkannya. Al Fatihah.


 Surat cinta dari my mom sempena aku nak amik PMR. Al maklumlah. Duk asrama. Henpon takde lagik time tuh. Surat la menjadi ganti diri.


 Pernah menjadi warga KYM suatu masa dahulu. Tembam weh muka aku time ni. Haha.


 Kad Bestday dari sape ntah. 


 Key chain. Ni pon lupa gak dari sape.


Lesen L. Ada lagi rupanya. Hehe.


Dah siap belek belek, baca baca, sengeh sengeh, gelak gelak, Nenek tiba tiba bersuara. " Huh, nasib baik aku tengok, kalau tak, takde la nak sengeh sengeh". 


Semuanya kenangan. ^__^

Driving VS Sleeping!!

Sunday, June 5, 2011

Hye kawan kawan!

Nak tanya sikit
penah memandu? 
Penah tidur?
yang mana lagi best? 


Mesti la tidur kan? Hihi

Tapi kali ni aku nak buat statement baru. 
Memandu sambil tidur adalah satu aktiviti yang amat menerujakan".

*********
Mmm.. Tak. Salah sebenarnya. Tido sambil memandu adalah satu aktiviti yang boleh membunuh diri. 

Ntah macam mana la aku boleh tetidur sambil driving semalam. Siap mimpi lagi. Bukak je mata kereta duk kat tengah tengah lane. Nasib baik takde kereta lain time tu. Puas buat macam macam benda nak bagi hilang ngantuk. Antaranya:

1. Pasang radio kuat kuat. Tapi masalahnya, lagu pulak jiwang hampeh. Lagi la mengulit mimpi ceritanya. Tak jalan!



2. Tutup air cond. Bukan tingkap. Kasi muka kena angin. Hmm. Boleh tahan gak cara nih.  Tapi bertahan untuk setengah jam pertama je. 



3. Makan gula-gula. Hai... Apa la sangat yang ada dengan gula gula tuh. Bukan makan nasik lauk budu pon. 



4. Berenti. Order Nescafe. Antara minuman yang paling jarang aku minum. Harap harap berjaya. Dan untuk memastikan kejayaan, mi goreng 1 pinggan!



Meneruskan perjalanan. Oh! tidak! Semakin parah!. 

5. Memaksa mak yang sedang tido untuk bersembang. Keh keh keh. Yeah! berjaya! 

Akhirnya... 

Selamat tidur di katil empuk dengan amannya.

Krohhhhhhhh.......

Pulau Tinggi: Outdoor Edu & B.I.G.

Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum

Hai semua! 

Sudah lebih 4 hari sunyi dari online. Semuanya kerana mengikuti program Pendidikan Luar & BIG di Pulau Tingggi, Mersing. Overall semua aktiviti yang dijalankan di sana sangat amat best sekali. Apa yang kami buat di sana ya? Jom scroll bawah lagi.


Pose sebelum bertolak ke Pulau Tinggi


"Kelinik"






KFC pun ada kat sini rupanya. Tapi harga agak mahal. Dah macam kat Genting.


Best gak duk macam ni. Tido je keje aku duk atas bot.


Melalui beberapa buah pulau lain sebelum sampai ke destinasi sebenar


Ok! Hampir 2 jam atas bot, sampai jugak akhirnya! Santek sekali!!


Sebebnarnya nak amik pic dugong kat belakang. Tapi dugong kat depan pulak over. hakhak.


Mencari siput.


Ni untuk aktiviti kembara. sebelum memulakan kembara, kami diarah untuk mengutip siput kat dalam sungai ni untuk dimasak di dalam hutan nanti. Sudahnya, aku la antara orang yang tak kutip. Malas nak basahkan kasut. Semangat dorang kutip. Banyak lak tuh.  


Tengok. Berpeluh peluh dorang turun naik bukit.


Time ni ada yang sampai tergolek ke bawah. Jalan licin sebab baru pas hujan.  Ngeri tengok. Alhamdulillah takde apa apa. 


Masak nasik


Punya lah berpeluh nak hidupkan api. Tau tau je la bila semuanya basah. Camne nak hidup. Sampai sume dah bau asap.


Okeh! Ni aktiviti menyiang siput. Kepada sesiapa yang tak tau camne nak siang siput kena la tambahkan pengetahuan.


Cara siang siput: Potong hujungnya. (Bahagian yang paling runcing)
Cara makan siput: sedut isinya. (sekuat hati. kehkeh)


Mengada ngada namanya


Proses memasak sedang dijalankan. Masak lemak Siput sedut. Sedap hingga menjilat jari.




Terliur tak?


Ni pemandangan di Pulau Tinggi. 


Berangan: Nanti nak Honeymoon kat pulau pulau camni la. Best.






Bot bot yang membawa kami ke sini


Dah balik. Muka muka keletihan. 


Aktiviti dalam gambar di atas bukanlah merupakan aktiviti yang paling aku suka. Yang paling aku suka ialah Snorkeling! Dari tak tau apa apa dan boleh dikatakan antara orang yang paling takut nak jejak laut yang takde lantai tu, tapi sudahnya aku la orang yang paling lambat naik sampai dipanggil berpuluh kali oleh group 5. "sorry kak Zura" Hehe. Nampak nemo nemo yang banyak, terumbu karang yang comey comey. Pasni nak snorkeling lagi lah!


Pastu antara aktiviti yang agak aku tak suka ialah, abseiling. Bukan sebab tak suka abseiling tapi disebabkan tempatnya agak menakutkan. Dan semoga Dayah cepat sembuh ye! we pray for u! 


Berkayak di laut luas. Letih weh. Macam tak bergerak pon ada kayaknya. Tapi dapat no 2 kira dah puas la tuh. 


Lastly, Thanks to Lectures for giving us support and tunjuk ajar yang begitu banyak. Sangat best. Dan ni mungkin kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke Pulau Tinggi, Mersing. Jauh. 


Papai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!