Salam kawan kawan!
Haih! Sudah lama rasanya tak update belog dan melawat belog kawan kawan. Agak sibuk dengan kelas. So cerita basi je lah yang sempat aku update kali nih.
Kisah berkisar dengan makanan. Aktiviti yang paling aku gemari sepanjang hidup.
Bagi menghilangkan bosan dan tensen sepanjang minggu dek kerana observation yang mendatang, aku dan kawan kawan telah mengisi masa yang ada dengan aktiviti makan makan dan makan.
Makanan pertama!
Pizza Chunky Loaded.
Disebabkan ramai yang cakap benda ni sedap, so aku pun order la benda ni. Sebelum ni dah carik kat Mesra Mall tapi habis! Lagi la aku tercari cari dan tertanya tanya. "Sedap sangat ke, sampai habis?". Dan aku dah mendapatkan pizza ni di JJ Melaka. Rasa? Boleh tahan sedap. Boleh makan lagi pasni.
Next round!
J.PoPs!
J.Co punya. Saja try J.Co pulak. Sebelum ni asik makan Big Apple je. Aku pilih yang mini. Yang mini ada filling. Sedap! Roti nya lembut walaupun agak lama aku simpan. 10 marks for J.poPS baby donuts!
Semuanya 24 biji untuk RM 18.
Aku kongsi 2 orang. Kalau makan sorang ni confirm tak habis. Lagi pun setiap perasa ada 2 biji. So fair la kan.
Next!
Cupcakes!
Orang punya. Cantik kan? Dapat la aku merasa 2 ketul. Sayang betul nak makan kek ni. Dalam dia perasa blueberry. Boleh tahan. Kek pun lembut.
Next detination!
Yes! Seperti di dalam sign board! Bersama model tak berbayar.
Sepanjang duk Melaka ni aku panas dengan ayat ayat "best la Klebang Coconut Shake tu. Sampai sanggup diorang beratur panjang panjang semata mata coconut shake tu. Ko tanak try ke?".
Dan akhirnya. Aku sampai jugak!
Hah! tengok. Ni baru separuh.
Ada lagi separuh tengag beratur. Sampai jem la jalan ni. Ada lagi satu barisan lain tengah menunggu turn untuk duduk. Masa ni aku dah ada kat depan. Tak sabar sangat dah nak rasa. Aku dah terfikir " Ni betul betul sedap ni sampai orang sanggup perpeluh beratur panas terik nak beli ni"
Antara menu yang sediakan
Gelas yang sedang menunggu turn untuk diisi.
Akhirnya. Dapat jugak aku merasa Klebang Coconut Shake ni.
Alang alang beratur hampir sejam, aku beli special terus. Baru la berbaloi baloi. RM 2.30. Gelas dia besar. Aiskrim banyak. Rasa kelapa pun ada.
Ok. Dah puas makan. Jum sambung buat keje balik!
P/s: Observation dah habis. Horrey!
0 comments:
Post a Comment