Lagi Makan dan Makan!

Saturday, October 22, 2011

Ehem! 
Hari ni, oh silap, dah berhari hari yang lalu. Kami lapar sangat lalu kami keluar untuk memenuhkan perut yang kosong. Aku macam biasa, pantang jumpa makanan pelik (tapi tak la pelik sangat sebenarnya). Mesti nak cuba. Nak tau apa yan kami makan? Jom usha!


Kerabu Soo Hoon


Aku punya! 
Sedap tak terkata! Meleleh air liur lah, siap termimpi mimpi lagi. Masam, manis, pedas. Fuh!! Nyum Nyum!


Fira pulak order ni.


Kue Teo Tom Yam


Dia order bihun Tom Yam sebenarnya. Tapi akak ni salah dengar pulak. Tak korek telinga. Kitorang suh dia buat lain. Sebenarnya bukan saje nak buat zalim. (Tak zalim pun sebenarnya kan, memang dia yang salah), tapi sebab si Fira ni memang tak makan kue Teo. So terpaksalah akak kedai ni makan sendiri  kue teow ni. Kesian pulak aku nengok. 


Makanan kegilaaan buat masa ni.


Bye!

Blog Ok Tapi...

Wednesday, October 19, 2011

Baru sempat online dan menjenguk blog untuk hari ini. Ni pun mencelah je. Kejap lagi ada lagi taklimat yang perlu dihadiri. 

Okeh. Straight to da point. Bila masuk je blog mula mula skali apa yang korang buat? Mesti la mengecek komen dan jugak shoutbox. Kan? Kan? Kan? 

Begitu lah jugak ngan aku. Tapi kali ni aku mendapat satu komen yang berbunyi....

"Blog ok tp lambat download la"

Begitulah bunyinya. Aku agak keliru apa yang dimaksudkan dengan "download"? Adakah "loading"? Mungkin. So kita assume as "loading" la ye.

So. merujuk kepada lambat loading. Inginlah tuan blog bertanya kepada kawan kawan yang budiman, adakah benar seperti yang dikatan oleh "Awie"? 

Setiap komen dan saranan diucapkan berjuta juta ucapan terima kasih!

Entri Melaparkan Perot

Tuesday, October 18, 2011

Aku sedang diet tahu? 
 Tapi nafsu makanku semakin hari semakin membuak buak. 
Sedang bahagia mungkin. Heh.
Haih!

Hari ni lepas kelas aku dating ngan Fira. Mula mula pegi Tesco. Tinjau tinjau, beli beli barang pastu kami berangkat ke JJ pulak. Semata mata sebab aku teringinnn sangat nak makan Choc Stick kat Aunt Anne. Tapi masa on da way nak ke JJ tu tiba tiba menu aku untuk petang tu bertambah. Aku tiba tiba terasa nak menjamah sebijik dua donut J. Co dan air Cool Blog. 

Si Fira pulak mengidam nak makan Tako Tao. Dia dah angau ngan benda tu agaknya. Pastu berjalanlah kami ke arah Tako Tao. Siap beli sume, kitorang menghala ke J. Co pulak. Sepanjang perjalanan (macam jauh sangat) kami terserempak pulak dengan Uncle Rogers. 

Tuan Tanah   :   Mmm. Tak pernah try lagi makan kat sini. Penah try tak?
Fira   :   Pernah. 
Tuan Tanah   :   Sedap tak? Ok tak harga? (soalan penting)
Fira   :   Boleh tahan sedap. Tak mahal sangat. 1 set dalam RM 16. 50. Nak try? Jom.

Aku meneruskan perjalanan sambil berfikir fikir. Nak ke tanak. Nak ke tanak. 
Dah sampai depan J. Co, maka dapatlah jawapannya.

Tuan Tanah   :   Jom. Heh
Fira   :   Jom.

Nah! Akhirnya inilah hasil diet aku hari ni.

Ni aku punya

Aku pilih BBQ. Pastu tambah jagung, ngan apa ntah nama dia, ada kacang kacang. Sos die kureng sikit. Yang lain best!

Ni Fira punya. 

Ayam dia sedap. Black pepper. Rugi tak amik yang ni. Tapi Fira amik nasi. Nasi dia cepat kenyang. Lain sikit rasa dari nasi yang kita makan kat rumah.

Muffin

Muffin ni memang dia bagi. Boleh la tahan. Sedap jugak.

Dah. Merasa jugak akhirnya. Orang lain dah bosan makan ni, aku baru terhegeh hegeh. Ahhh. Lantak ahh. 



Meleleh Semua Air!

Friday, October 14, 2011

Ehem! Nak tau air apa? Jom selongkar bawah.

Belog ni tak habes habes dengan kisah makanan. Haruslah.

 Hari ni aku dah mencuba lagi sejenis makanan. Tapi sebenarnya aku dah pernah rasa makanan ni. Saje nak test power yang kat sini pulak. 

Hari ni aku try lagi sekali. Somtam! Kat Tesco Melaka. Kanak kanak rebina yang aku bawak tu dah bagi amaran pasal somtam ni. So sedikit sebanyak aku dah bersedia dengan kemungkinan yang bakal mendatang. Habes je membeli belah, kitorang terus menyerbu kedai menjual makanan Thai depan Tesco ni. Memang penjualnya orang Thai. Dari segi loghat percakapannya pon boleh perasan. 

Akak Somtam:   Ha, adik nak apa?
Tuan Belog:   Somtam satu Kak! Bungkus ek.
Akak Somtam:   Nak pedas ke?
Tuan Belog:   Taknak pedas sangat. Biasa je.
Akak Somtam:   Oke.

Ada la dalam 5 minit akak somtam menyediakan somtam yang aku order. Dah siap sume, aku balik kolej dengan tidak sabarnya. Nak makan Somtam!

Sampai je bilik. Cepat cepat aku amik pinggan, masukkan somtam, amik sudu, baca Bismillah, and ngap! 

Ni la rupa somtam tuh

Sekali suap, oke lagi. Dua kali suap aku dah macam nak panas. Tiga kali suap, wooaahh!! berasap!!! wuhh! pedas gile beb! Habes kuar segala macam air. Air hidung, air mata, sume air lah. Merah padam muka aku. Roomate aku pun sama. Dia dua round dah surrender. So, terpaksa la aku menghabiskan somtam tu sorang sorang. Sedap giler. Cuma tinggal pedas yang amat. Macam ni rupanya pedas biasa?? Aku tak tau la kalo pedas. Terberak berak agaknya kalo makan. Tapi memang kaw lah! 

Setelah aku gagahi, akhirnya...

Habes! 

Ikutkan hati nak je aku hirup kuah tu. Tapi bila mengenangkan mulut aku yang dah berasap, mata yang dah berair, idung yang dah mencurah curah mengeluarkan hingus, muka aku yang merah padam, tak sanggup lagi aku menambah derita itu. 

Bersama tisu tisu yang bergelimpangan

Lalu aku menghabiskan suapan terakhir. Perut pun dah berasap kot. 
Habis la kalo sakit perut malam ni!


Dah Gosok Gigi Makan La Pulak

Thursday, October 13, 2011

Ingatkan Lepas pulang dari praktikum dah takde kelas, takde assignment lagi, takde presentation lagi. Tapi jangkaanku meleset sama sekali! Bukan saje exam yang menanti malah segala jenis ujian, kelas, presentation jugak kursus yang wajib dihadapi. Nak buat camana lagi kan. Dah nama pun student. 

Kursus Pergigian, kesihatan dan Prostar wajib dihadiri oleh semua pelajar tahun akhir di sini. 2 hari pulak tu. Assignment menanti tu. Hari pertama kami diterangkan dengan segala hal yang berkaitan dengan pergigian, belajar memberus gigi dan juga pemeriksaan gigi. Lena jugak aku terrrtidur masa dalam dewan semalam. Bangun je tidur, terus aku buka bekalan yang dah memang aku bawak dari bilik. Dah tau confirm ngantuk kang. Tapi yang paling aku suka cek gigi. Ntah. Aku pun tak tau nape aku suka. Padahal sume orang tak suka. 

Dapat free. Suka! suka! suka!

Pas tu ada cara memberus gigi dengan betul. Dah aku teringat zaman tadika dulu dulu. Semua bawak gelas dan berus gigi masing masing dari rumah. Duduk la mencangkung berus gigi tu. Kat sini pun sama. Cuma bezanya hari ni kami diberi barang barang seperti di atas secara percuma. Thanks!

Tunggu turn untuk pemeriksaan gigi

Ngintai dulu sikit sebelum masuk

Klinik pergigian bergerak

Iklan sikit. Bulan Oktober, Bulan Bahasa. Bahasa melambangkan peribadi. So jagalah bahasa kita yea!

Hari kedua, kami para peserta perlu menyiapkan RPH dan micro teaching. Tajuknya berkisarkan kesihatan pergigian. Aku pemerhati je. Hehe. Power la semua presenter. Dan yang paling aku tertarik ada anugerah Ratu Gigi. Cantek kot gigi dia.

Dah letih belajar cara jaga gigi, kami beramai ramai rakan sekelas kuar la. Apa lagi. Makan! Lapar! Setelah membuat keputusan tempat makan yang ingin dituju, kami terus melangkah ke situ. Kami pilih Chicken Rice Shop. Banyak jugak makanan yang kami order. Semuanya boleh dikatakan sedap. 

Sebelum menjamu selera. Pose sekeping!

Antara menu yang dihidangkan

Sesi mengoder makanan.

Waitress tu dengan sabar melayan kerenah kami. Nak itu. Nak ini. Ni apa. Itu apa. 

 Grilled Chicken.

 Garlic Chicken

 Stim Chicken

 Lupa dah apa chicken

Nyonya Pai Tee. Sedap... Kulit Luarnya rangup. Isi dalam lembut.

 Sab dengan lauk pauknya (macam banyak je ayat)

 Acara menyerang makanan sedang ingin dimulakan

K. Sham hirup sup pun dah nampak menyelerakan.

Selingan. J. Co Coffee & Donnuts. 

Bagi aku la donat J. Co ni lagi sedap berbanding Big Apple. Sebab Big Apple manis sangat. Memang makan sebijik jenuh nak habiskan. Tapi J. Co punya donut ni sekelip mata pun tak sempat. Dah lenyap.

P/s: Kad outing sudah dijumpai. Tenkiyu kepada si "tersalah amik" kerana memulangkan kad saya. 

Lupakan Je Lah

Tuesday, October 11, 2011

Macam macam benda jadi sepanjang kehidupan ni kan. Itu lah yang dinamakan pengalaman. Asam garam kehidupan.

Lupakan je lah benda benda yang tak penting tu sume. Apa yang penting, studi. Tak best betul bila benda benda yang menyakitkan menjadi salah satu entri dalm belog comel ni. Nak wat cane. Dari aku melalak kat FB tak tentu pasal, baik aku meluahkan apa yang terbuku ni kat Belog ni kan. Panjang sikit boleh membebel. 

Tadi kuar makan. Biasalah hostel yang macam sekolah ni. Bila nak kuar kena la letak kad outing kat pak guard. Benda paling aku benci. Tapi ok lah. Peraturan. Ikut je la. Dah puas aku berjalan jalan cari makan tadi, dah aku terpikat pulak pada satu benda ni. 

"kolam"

Cantik kan? Awal betul dah ada kolam ni. Deepavali lagi 2 minggu kalau tak silap la. Kolam ni biasanya dibuat dengan menggunakan bijian pelbagai warna dan ia merupakan upacara keagamaan penganut Hindu. 

Dalam dalam duk diet. Kononnnnnye la diet. Dekat RM20 hingget jugak aku makan. Banyak betul. Pagi pagi lagi dah amik nasik. Diet laaaa sangat! 

Dah habis menjamu selera sambil membawa balik beberapa bungkusan makanan lagi, aku balik balik la ke kolej balik. Sampai je kat pak Guard habis aku geledah la sepuas puasnya kotak kad outing tu, nak cari balik kad outing yang aku dah letak sebelum kuar tadi. Puas aku sepah sepahkan kad orang lain, tapi, tak jumpa pun aku punya kad! Haih! geram pun ada. Aku pulang dengan kecewanya. Kawan aku pun dah tolong cari skali. Tapi pun tak jumpa. Pasni cane nak kuar? 

Alamatnya aku kuar secara haram la. 
Sape suh hilangkan kad aku? 

Bukan Senang Buat Hati kering

Monday, October 10, 2011

Sebelum aku post kat Belog, aku dah pos dulu kat FB

Bila kawan yang (kononnya) selama ni need each other tetiba mengeluarkan ayat ayat dan kata kata yang mungkin kau takleh terima. Contohnya:

"Kepala hotakkkk Koo!!!"
 (Dengan nada yang keras di samping meletakkan nada tekanan pada setiap perkataan). 

Mungkin pada orang lain benda ni remeh dan or "eleh, ni je??" Tapi pada aku tak. Ni bukan bukan budaya aku pada teman teman seperjuangan (skema pulak). Ayat ni khas untuk orang yang dah menaikkan amarah aku je. Dan sometimes aku bleh terima maybe dari mulut mulut jantan yang takde insurans or memang seantero dunia tahu yang mulut dia memang cabul dan itu adalah ayat paling suci yang dia boleh buat. So I accept it. 

Bila dilemparkan kata kata kesat itu kau terpaksa kunyah ayat ayat tu sume perlahan lahan tanpa boleh menampakkan walau sebatang pun gigi pun, lalu ko telan dan menyimpannya terus ke hati. Semakin banyak kau telan semakin parah hati kau. Tapi dalam masa yang sama kau terpaksa buat hati kering dengan muka seposen dan menghadap amarah dan baran nya.

Semasa aku dijadikan "kambing hitam" tanpa kau sedar yang aku tahu tentang perbuatan kau aku terus karingkan hati. Mungkin kau boleh cakap aku "bodoh!" tapi ada aku kesah? Berbaloikah jika aku marah marah, mengamuk macam orang gila yang kau selalu buat? 

End Notes: Kadang kadang kita rasa apa yang kita buat betul. Tapi pernahkan kita muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Tamat Sudah!

Saturday, October 8, 2011

7th October 2011. 
Tarikh tamatnya sesi praktikum aku. Akhirnya setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang aku lalui dapat jugak aku menamatkan semuanya dengan baik. Pejam celik pejam celik dah habis. 

Pada hari terakhir sedikit rasa suram kurasakan. Kami telah membelikan sedikit ole ole sebagai memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan juga guru-guru pembimbing yang selama ni telah banyak membantu. 

Tak kurang juga dengan apa yang diterima. Paling aku tak sangka aku dapat hadiah dan surat surat cinta dari kelas yang paling banyak menaikkan darah aku. 

 Antara surat dari anak murid

Sedikit terharu menerimanya 
Antara hadiah yang aku terima

kueh raya pun ada lagi. Yang tak habes ari tu agaknya. Hehe
Paling aku suka sandal tu. 1st time dapa gift sandal. Cantek! Sandal ni dari guru pembimbing aku, Pn. Masitah Nordin. Sempoi la akak!

 Ayat yang aku paling takleh lupa dari Kak Masitah " Aida sebab suka nangis nangis akak pilih yang ni, yang colour lembut lembut sikit." 
Aku ternganga dengar. "Nangis?" Dalam hati aku time tu " Aku ada nangis depan dia ke ek?"
Ahhh.. Tak kesah la. Yang penting sandal tu aku suka. 

Thanks SK Bukit Tembakau!

Ngedate Lagi!

Sunday, October 2, 2011

Ngedate sebenarnya bukan tujuan sebenar perjumpaan kali ni. Tujuan utamanya ialah untuk men 'survey' doorgift untuk majlis akan datang. Selain tu, aku gunakan masa ni untuk bertanya khabar barang barang lain dan perbelanjaan kakak Incek Tunang untuk majlis kahwen mereka tak lama lagi. Tapi sesampainya aku ke destinasi yang sebenar tuan kedai dah kuar dulu. So sementara menunggu tuan kedai pulang, apa lagi, aku ngedate la sepuas puasnya. 

Tau, tempat ngedate kami kali ni kat mana? 

Ehem.

Zoo Mini Kemaman. Klasik tak? 
Dah bosan la asik nonton, makan, jalan jalan, sopin je. Sesekali ok jugak kot nonton binatang lak kan. Hehe.

Okeh. Jom masuk!

Masuk je, terus kitorang beli tiket. RM 10 untuk dewasa. Kanak kanak separuh harga. 
Tunggu je jap, terus ada driver datang. Apa lagi, naik je la.

Jom kita tengok apa yang ada kat sini,

Naik ni. Entah ape namanya. Buggy kot. 

binatang pertama yang kami tengok. Ostrich.

Musang Tenggalung.

Dia tengah syok tido. Kaco pun tak heran. 

Anak gajah yang comel! (Yang mana tu)

Melalui jambatan gantung. 

Kat bawah ni ada rimau dan singa singa lapar. kalau la jambatan ni runtuh, habeslah kami. 

Ada kolam. Sesapa yang dah letih pusing zoo ni, boleh la rehat rehat, mandi mandi kat sini. Antara RM5-RM15. Iku t saiz badan. Hee.

Buaya pon tak besar sangat. Mentang mentang mini zoo.

Skali pandang macam batu. Dua kali pandang baru cam. Kura kura upanya. 

Burung kakak tua. Makin dilayan, makin mengada.

Burung ke ayam?

Merak

Garang betul muka burung ni.

Dah letih upload pic. De banyak lagi. Kalo nak tengok jum round zoo ni skali. 

Keh! Bubye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!