Lupakan Je Lah

Tuesday, October 11, 2011

Macam macam benda jadi sepanjang kehidupan ni kan. Itu lah yang dinamakan pengalaman. Asam garam kehidupan.

Lupakan je lah benda benda yang tak penting tu sume. Apa yang penting, studi. Tak best betul bila benda benda yang menyakitkan menjadi salah satu entri dalm belog comel ni. Nak wat cane. Dari aku melalak kat FB tak tentu pasal, baik aku meluahkan apa yang terbuku ni kat Belog ni kan. Panjang sikit boleh membebel. 

Tadi kuar makan. Biasalah hostel yang macam sekolah ni. Bila nak kuar kena la letak kad outing kat pak guard. Benda paling aku benci. Tapi ok lah. Peraturan. Ikut je la. Dah puas aku berjalan jalan cari makan tadi, dah aku terpikat pulak pada satu benda ni. 

"kolam"

Cantik kan? Awal betul dah ada kolam ni. Deepavali lagi 2 minggu kalau tak silap la. Kolam ni biasanya dibuat dengan menggunakan bijian pelbagai warna dan ia merupakan upacara keagamaan penganut Hindu. 

Dalam dalam duk diet. Kononnnnnye la diet. Dekat RM20 hingget jugak aku makan. Banyak betul. Pagi pagi lagi dah amik nasik. Diet laaaa sangat! 

Dah habis menjamu selera sambil membawa balik beberapa bungkusan makanan lagi, aku balik balik la ke kolej balik. Sampai je kat pak Guard habis aku geledah la sepuas puasnya kotak kad outing tu, nak cari balik kad outing yang aku dah letak sebelum kuar tadi. Puas aku sepah sepahkan kad orang lain, tapi, tak jumpa pun aku punya kad! Haih! geram pun ada. Aku pulang dengan kecewanya. Kawan aku pun dah tolong cari skali. Tapi pun tak jumpa. Pasni cane nak kuar? 

Alamatnya aku kuar secara haram la. 
Sape suh hilangkan kad aku? 

2 comments:

Syamimi Hazirah on October 11, 2011 at 7:46 PM said...

Suh pak guard tu belanja makan sebab dah hilangkan kad outing kamu.

IeDa on October 11, 2011 at 8:01 PM said...

nnti pak guard tersangku camana plak ek? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!