Jangan hanya Berlapar

Saturday, July 30, 2011

Lagi berapa hari dah nak puasa. Dah bersedia ke belum? Sebelum tu jom kita rewind balik apa yang sepatut patutnya dilaksanakan dan menepati sunnah di bulan Ramadhan ni.

1. Menepati Niat

Wajib berniat puasa sebelum terbit fajar. Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya." (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-baihaqi)

2. Melewatkan Bersahur

Nabi Muhammad s.a.w. yang melewatkan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum  subuh (fajar). Ibn Khathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab bersahur sehingga hampir fajar, begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang. Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludahkan air. 

Hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" (Riwayat al-Hakim).

3. Meninggalkan Menipu, Percakapan Kotor dan Karut

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah s.w.t. berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" (Riwayat al-Bukhari).
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah dengan menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" (Riwayat Ibn Khuzaimah, hadith Sahih).

4. Tidak Berlebihan dalam Berkumur
Rasulullah s.a.w. berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Melampau-lampau semasa memasukkan air ke dalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" (Riwayat Abu Daud, hadith sahih).


5. Tidak Bercumbu dengan Isteri Jika Tidak Dapat Menahan Diri


Aishah r.ha. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah mencium dia dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia sedang berpuasa, akan tetapi Baginda seorang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian (Muttafaq 'alaih).


Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda kecuali orang tua. Sabda baginda yang bermaksud: " Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" (Riwayat Ahmad, hadith sahih). 


6. Menyegerakan Berbuka Puasa


Menyegerakan berbuka puasa merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi larangan kaum Yahudi dan Nasrani. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa" (Mattafaq 'alaih).


7. Berpuasa dan Tidak Meninggalkan Solat


Sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam Rukun Islam selepas tauhid. Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat. Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya.


8. Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawih


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan solat (tarawih) pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu" (Riwayat al-Bukhari). 


9. Membayar Zakat Fitrah


Zakat Fitrah merupakan amalan fardhu, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. telah memfadhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia" (Muttafaq 'alaih).


Dan yang paling penting dan selalu ditinggalkan ialah Sahur. Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 




Layan ni sekali yep!


Selamat Berpuasa dan Selamat mengumpul Mata pada tahun ini!

Papai!

Ulat dan Nasi Arab

Wednesday, July 20, 2011

Hi semua!

Seperti telah lama kurasakan tidak mempedulikan belog ini. Dan ini akan berlaku untuk 3 bulan pertama ini. Tapi hari ni aku nak tunjuk seekot ulat yang telah ditemui semasa maid itu sedang mencabut rumput rumput yang berkeliaran di halaman rumah. 
Masih malu malu

Mula menunjukkan taringnya

Mula diusap usap dengan mesra

Puan pengusap ulat

Actually, aku geli tengok ulat ni. Saje je konon konon berani tangkap pic. Eeeee... Yak! 

Dan selepas itu, kami melahap 

Nasi Arab yang sedap sekali

Punya la besar dia punya ayam. Sedap woh. Walaupun nasik tak larak aku nak habeskan, tapi ayam yang besar lagi sedap itu mana mungkin ku lepaskan. 

Yang uniknya pasal tempat makan ni:

* Lokasi di tengah tengah hutan a.k.a. ladang kelapa sawit.
*Tapi pelik, ramai orang makan sini. Makin lama kami duduk makin ramai orang yang datang.
*Suasana makan sudah semestinya di dalam kebun kelapa sawit. Hanya beratapkan jaring yang dipasang. Maybe untuk menghalang dari daun daun benda yang tak diingini jatuh.
* Hanya ada pondok pondok kecil khas untuk memasak dan menyediakan makanan dan minuman. 

Yang fail pasal tempat makan ni:

*Servis agak sangat lembab. 
Kitorang order abc. Sampai dah habes makan tak sampai sampai. Bila tanya balik, waitress dia cakap abc dah habes. "Hoi, nape tak cakap awal awal?!" Pastu kitorang order la teh o ais. Tunggu punya tunggu sampai tensen tak jugak sampai. Memang hangin. Last last dah malas nak tunggu terus bayar. Tup tup baru hegeh hegeh nak g hantar. Takde maknanya. Ko minum la sendiri. Hegeh!

Okeh! Sekian berita untuk hari ini. 
Papai!

p/s: Aku agak sensitip bab bab makan.

1st Week

Thursday, July 14, 2011

Minggu pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Bermacam macam benda bermain di fikiran. 

"Eh, boleh ke aku buat ni.."
"Cikgu cikgu kat sana boleh ke terima aku ni..."
Class control pulak macam mana nanti.. Kang haru biru nanti camana.."
Bla bla bla bla..

Tapi tup tup dah nak sampai last day dah. Rupanya baru sedar. Setakat ni takde masalah dan boleh buat. 

Cuma debaran seterusnya ialah observe time. Lecturer? Ok. Wait and see je la. Nak kena bambu pun redha je lah. Learning process. Biasa la kan. 

Harapan yang seterusnya, bersedia untuk di observe! 
chayo2!

Blood Donation and Blackout

Thursday, July 7, 2011

Korang pernah derma darah tak? 

Aku first time derma darah hari ni. Sangat takut sebelum, semasa dan selepas proses derma darah berjalan. Honestly, aku tak nak derma darah. Tapi bila aku dengar Hana cakap " derma darah bagus. Nanti semua darah yang kotor, yang ada kolestrol yang tak nak sume tu dia buang, nanti kuar darah baru"

Aku buang semua ketakutan. Walaupun tak semua sebenarnya. Aku isi borang derma darah dalam keadaan dilema. Membiarkan je tangan menulis nama, ic, dan jawab semua questionnaire dengan jujur. Siap isi, aku pergi ke kaunter pertama. Pegawai kesihatan tu tanya pasal kesihatan and then suruh aku pegi makan dulu sebelum derma darah. Dia kata "nanti kalau tak makan confirm awak pengsan". 

Then, aku moved ke kaunter ke dua. Ambil dan cek darah. Aku darah A. Dan hemoglobin aku cukup. So, lepas. Sebenarnya dalam hati, aku tunggu je antara salah sorang pegawai kesihatan ni akan cakap "awak tak boleh derma darah ni". Tapi takde pun yang cakap. Takutnya time ni.

Pastu aku pegi lagi ke kaunter seterusnya dia bagi aku buku rekod penderma darah dan barang barang untuk derma darah. Aku tak sanggu nak tengok benda tu semua. Aku pegang je bawak ke hulu ke hilir. Pegawai tu suh aku pegi makan dulu kat luar. So, aku pun pegi, amik roti and milo panas. Tengah makan tu, aku rasa macam nak lari je, nak cancel derma darah. Tapi malu. Nanti diorang cakap ape lak. So aku duduk je dengan penuh rasa takut. 

Dah breakfirst, aku masuk bilik untuk derma darah. Terus diorang panggil and suh aku baring atas tempat yang dah sedia menunggu. So, aku baring and biar je diorang cucuk aku. Tak sanggup nak pandang. Tak sakit pun kene cucuk tapi time dia masukkan ubat tu terasa la sikit. Pastu aku tengok dah ada darah mengalir dalam wire tu. Aku terus pandang tempat lain sebab aku tau. Aku tak boleh tengok darah. 

Pejam mata. Konon konon tido.

Agak agak dalam 10-15 minit jugak darah tu nak penuh. Dah siap. Nurse (kot) tanya. "Muka awak ni macam pucat. Ada rasa pening pening tak?" Aku tak rasa apa apa. So aku jawabla " tak pun". Tapi agaknya dia tak puas hati. So dia suh aku rehat dulu. Ok ikut je la. Dah lama sikit, dia cakap "kalau awak tak larat awak boleh baring dulu tapi kalo rasa ok awak boleh bangun". Aku yang tak rasa apa apa ni terus bangun dan pegi ke tempat minum. 

Aku duduk dengan sorang pelajar dan 2 orang lecturers yang baru pas derma jugak. Duduk sambil dengar diorang sembang. Sorang lecturer tu tegur aku. "Apa ni muka lemah je. Kena cergas sikit. Derma darah kena cergas". Time ni aku dah nak black out. Gelap. Aku tunduk je. Sorang dari pegawai kat situ perasan dan minta tolong untuk papah aku. Tapi tak sempat apa apa aku rasa dah macam takde tenaga lagi. Gelap. Pitam. Aku still boleh dengar orang kecoh kecoh. Orang angkat aku. Tapi masa ni aku dah takleh buat apa apa dah. Aku biar je. Dorang tolong and baringkan aku. 

Lemah. Tengah baring tu tiba tiba aku rasa loya and terus muntah. Time ni aku tak tau la orang pikir apa. Tapi lantak ah. Tak tahan. Nurse tu bagi bekas, puas aku muntah dalam tuh. Nasib baik milo tu tak basi lagi. Heh. Kalo tak abes la. Hana tolong picit aku. Rasa ok sikit pastu. Fatin duk snap pic aku. 

 Kuat betul tangan si Hana ni. 

Lepas aku dah ok, Hana cakap "kesian aku tengok pakcik tu angkat ko. Dah la dia tu kecik. Mesti dalam hati dia cakap berat betul budak ni. Punya la tinggi tempat baring tu". Hampeh. Sempat mengutuk. Haha

Tiba tiba terfikir. "Baru derma darah. Nanti nak beranak camne ek?". Takutnya...

I'm addicted!

Wednesday, July 6, 2011

Betul. 
Aku memang tak boleh lupakannya. Setiap hari kalau boleh aku kena amik jugak benda ni walaupun sikit. Kadang kadang satu botol pon tak cukup. Aku nak lebih! Arggh! Habes duit aku asyik habes kat benda ni je. Takpe. Aku kesah. Aku suka. 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Each a cup: Chocolate Oreo.

Benda la. Aku memang tak leh lupa la. Sedappppp! Tiap tiap hari mauuu!

Ada banyak lagi perisa yang boleh dilipilih. 

Tapi aku tak mau yang lain. Nak Chocolate Oreo jugak. Tambah pearl yek!

Tunggu la dia buat kejap. Nanti siap.

Try la jugak kalau nak addict macam I. 

Papai!

Debaran Bermula!

Tuesday, July 5, 2011

As salam..

Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum aku melangkah ke tempat praktikal. Tak sabar pun ada. Takut pun ada. Tak sabar sebab boleh keluar dari "jail" ni. Tapi takut sebab takut tak mampu nak buat yang terbaik nanti. Ketakutan aku bertambah apabila kami mendapat 2 lecturers yang.... Ohhhh! I can't tell it. But at the end, we will be an excellent teacher. Perfect! 

Tadi. Ada micro teaching. Kak Siti jadi cikgu. Kami jadi student. But, A level student. Cikgu Hasbullah observe. Kami semua sangat seronok dalam kelas cikgu Siti. Rupanya Cikgu Hasbullah pun enjoy. Tak sangka. Cikgu Hasbullah cakap " kalau la saya memang betul betul observe Siti tadi, saya akan bagi dia "cemerlang"! Kami sangat gembira dengan pencapaian itu apatah lagi Kak Siti. 

Tapi terpancul dari benakku "Mampukah aku buat macam Kak Siti buat tadi?" Aktiviti tadi just simple. Tapi sangat enjoy. Singing, Jazz Chant, Pasting, Q&A. Dan dia mampu menangani semua pelajar yang ada macam macam perangai. Aku dengan kuat berangannya, buat kerja lain, Hana dengan naughty nya. Tapi semuanya sangat smooth and I can admid, it perfect! Kalau la Cikgu aku dulu macam ni, dah lama aku pandai. Lalalala~~ 

Ok. Cerita dah habis. So, wish me luck for my practical next week and also for this 3 month. 

Bye! 

Kerinduan~

Saturday, July 2, 2011

Kadang kadang bila duk sorang sorang aku selalu teringat kehidupan aku yang dulu dulu. Kerinduan pada teman teman yang sangat membahagiakan, dan kadang kadang boleh menyakitkan hati. Tapi biasa la tu kan. Semuanya pengajaran. Dan kadang kadang boleh menitiskan air mata. Sebab? Sebab semuanya tu takkan kembali dan berulang. Selain dari keluarga, sebahagian dari kehidupan banyak aku habiskan bersama rakan rakan. SHAMS, Kolej Mara Kuala Nerang, Universiti Utara Malaysia, Musaini Auto, MIMA, UiTM Shah Alam, Budak budak rumah sewa, dan ramai lagi lah!


SHAMS


Innocence 


Tempat aku belajar, belajar dan belajar. Penuh dengan peraturan dan undang undang. Walaubagaimanapun tetapku rempuh. Hihi. Jatuh dan bangun kembali. Cikgu cikgu yang sangat berdedikasi. Kawan kawan dan sahabat sahabat. Tapi senakal nakal time ni apa la sangat kenakalan itu nak dibandingkan bila kedewasaan ni. Tiada tolok bandingnya. 


KMKN


Lagi la belajar. Walau tak sepandai yang lain. Hajar dan Ekin roomate sejati. Hajar, budak genius. Orang lain ngadap buku, hang tido. Time makan hang bangun. Orang sambung study hang sambung tido. Orang g exam hang g exam. Orang dapat result, hang 4 flat! Sampai skang aku tak faham.


Tapi time ni, aku tengok orang couple. Pastu sibuk nak cari pakwe jugak. Last last haprak. Skali salah masuk la. Laki hampeh. Tapi takpe, aku jumpa lagi dan kita nantikan kesudahannya nanti. Lalalala~~ 

UUM. 


Kelas yang aku selalu jugak la ponteng. Suh member sainkan. Kadang kadang datang lambat. Salahkan bas yang lambat jalan. Selalu je nak tunggu orang penuh. Dah la nak kene topap je selalu kad matrik tu. Takde duit tak g kelas la kitorang. Lecturers. En. Faisol yang sangat la sporting. Buat Tesis ngan dia memang syok la. En. Shukri. Lawak yang amat. Memang aku tak sabar nak g kelas dia. Cik Misrinah. Lecturer yang kami sume anggap killer lecturer . Tapi tak kill sangat pon sebenarnye. Siap boleh wat presentation kat Bukit Hijau lagi. Sambil Mandi manda. Besh besh! Kawan kawan. Memang ramai la kalau nak sebut. Tapi yang paling hot ngan aku ialah Ina. Wajib la aku g kelas ngan dia. Bak kata kawan kawan " di mana ada Ida di situ ada Ina". Siti pulak kejenye menggelakkan orang je. Memang aku takleh tido la kalo dia bukak mulut. Dah kawen pun dia skang. Hostel & Kafe Pak Ndak. Memang takleh lupa. Dah la makanan ada macam macam. Murah pulak tu. Sedap sudah sememangnya. Bila lagi ntah aku dapat jejak kaki ke Kedah lagi.


UiTM


Sya. Nak kuar g main boling kot time ni. Lupa dah.


Masa ni, aku paling suka sebab kawan kawan. Kawan 1 kelas, kawan rumah sewa. Syalida @ Sya. Orang yang mula mula skali  tegur aku masa sampai rumah sewa tu. Dan yang paling banyak cakap. Aku bosan bila Sya balik kampung dia kat Sungai Buloh tu. Sya ada bagi aku banyak cerita untuk aku tengok bila boring. Tapi sampai sekarang pon aku tak habes habes lagi tengok. Thanks Sya. Hehe. Aku jugak rindu dengan Iera. Kawan baik dalam kelas. Selalu bawakkan aku nasik masakan maknya dari rumah. Sedap! Pastu selalu bawak aku jalan jalan pas kelas. Dah lama tak jumpa Iera. Nad juga baik! Dah lama tak jumpa dia. Namanya je satu Dungun tapi masing masing sume bz. Rindu jugak dengan taman taman di Shah Alam tempat aku jog petang petang. Sampai aku sempat tengok perubahan seorang pakcik yang sangat gemuk kepada keadaan yang mungkin boleh dikira sebagai pencapaian yang agak memberangsangkan. Perut buncitnya sudah tiada lagi! Konon konon nak jadik macam dia. Tapi pas balik jog, aku tibai nasik tomyam sebungkus. 


Dah habes kot kisah kerinduan tu. Ni aku baru balik tengok wayang cite "Sekali Lagi". Kering air mata aku. Yang sebelah aku tadi dah sok sek sok sek dah nangis. Hehe. Aku ni takde la suka sangat tengok wayang ni sebenarnya. Tapi sebab nak menghiburkan hati roomateku itu, I sanggup U. Nasib baik cerita tadi boleh dikatakan best la jugak. Sedih woo... 


Ok lah. Papai!



Apakah Yang Berlaku Pada Friendster?

Friday, July 1, 2011

Huuaaarrggghhh..!

Sungguh bosan dengan keletihan ini. Tapi sempat jugak aku merayau-rayau di dunia maya yang tak seberapa ini. Masuk FB, Log in Belog, Main game 2,3 round, Tweet tweet orang jap then sempat merayau di Friendster.

Tapi, apa sudah jadi pada Friendster? sungguh aku tak faham. Ape ke benda la tuh. 

Apa ni? 

Mana page yang dulu tuh? Adakah sudah hilang sume kenangan yang tak semuanya best tuh? Oh! Sayangnya... Hm.. Kalo betul la, lantak la. Bukan penting pon. Belog cumil ni lagi penting kan? Lalalala~~

Papai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!