Nasi Goreng Over!!

Tuesday, March 29, 2011

Assalamualaikum

Hai Kawan kawan! Dah tau, mesti sume sihat kan?
Okeh. Hari ni aku nak mempamerkan sejenis makanan yang diberi nama "nasi goreng over". Dah lama rasanya aku melantak makanan ni. Ingatkan dah famous, so takde la aku nak buat entry. Juz upload pic kat fb je. Tapi mendapat "sambutan" ramai plak. Jom tinjau bagaimanakah rupanya nasik goreng nih.

Haa.. Dalam kuali...

Dan ini adalah "sambutan" yang diterima.

Untuk paparan lebih jelas klik la lagi!

Dan ini pelantak tersohor di nusantara
Actually, yang kiri tu je. Hikhik

Desert jangan dilupakan!

Dah tengok pic kan? Dah rasa macam lapar tak? Sebelum turut memenuhkan perut anda meh sini nak bagi terang. Sebenarnya kuali tu bukanlah sebesar kuali mak nenek kita yang kat dapur tu. Ia hanya lah sebesar pinggan dara yang biasa kita guna untuk makan nasik tu. So takde la nasik tu sebanyak yang disangkakan. Tapi agak banyak. Mungkin ni satu kelainan yang nak ditunjukkan oleh kedai ni. Memang unik. Tapi agak janggal bila makan menggunakan kuali. Macam tak sopan kan?  Tapi serius I cakap U. Sedap!! Boleh pergi try. Bukan kat restoran mahal pon. 


Tapi hanyalah di 



Selamat Mencuba!!!

Jatuh Cinta

Monday, March 28, 2011

Yup! Aku dah jatuh cinta! Sangat indah kali ni. Walaupun hanya seketika bersamamu segala kenangan akan terpahat ke akhir hayatku. Ingin sekali aku bersamamu tanpa pengganti tapi apakan daya kita telah ditentukan untuk tidak bersama. Walaupun kau tak seperti yang lain, aku tetap menempatkanmu di hatiku ini buat selamanya.
Oh! SJKT Pasir Gajah! 
Bubye.
Kenang daku dalam doamu! 

Hehe. Dah habes merapu. Kenapa aku merapu ye? Jom! Kita berkenalan dengan sekolah ni. SJKT Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan. Sekolah pilihanku untuk melaksanakan tugasan seterusnya oleh IPG untuk program "Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).


 Bangunan sekolah

Awal-awal lagi dah aku tau yang sekolah ni adalah antara sekolah yang dikelaskan sebagai "Sekolah Kurang Murid" tapi tak pulak aku terfikir bilangan pelajarnya hanyalah seramai 25 orang dan purata murid di dalam 1 kelas hanyalah 4 orang. Paling sikit ialah Tahun 1 iaitu hanya seorang. Tak pernah aku bayangkan akan ada keadaan macam ni. So, ilmu baru bagi aku. 

Ni la si comel yang keseorangan tu

Walaupun bilangan pelajar sekolah ni sangat sedikit tak bermakna tugas seorang guru pun sedikit malah mungkin akan lebih dari guru guru di sekolah yang mempunyai bilangan murid yang normal. Guru-guru juga sedikit, so apa yang aku kagum, seorang guru boleh mengajar hampir semua matapelajaran. Ni la kelebihannya mengajar di sekolah kurang murid. Cikgu pun dapat mempelbagaikan skill dan ilmu.


Proses P&P

Perasaan yang pada awalnya agak risau berubah menjadi sangat gembira dan teruja apabila berada di sekolah ni. Guru-guru yang sangat membantu dan juga pihak pengurusan yang sangat baik hati dan peramah. Aku juga turut dipelawa untuk menjadi rakan sejawat di sini setelah menamatkan latihan dan kan dipertimbangkan. 


Bangunan lama SJKT Pasir Gajah


Sehingga bertemu lagi! Terima Kasih!

Rindu Sama Kamu

Saturday, March 19, 2011

Setelah hampit 3 tahun meninggalkan alam Universiti, aku mulai merindui saat saat indah di sana. Rakan rakan, aktiviti, suasana, lecturer, hatta bangunan bangunan setiap Fakulti, DKG dan Kafe di sana menggamit hati untuk ke sana. Tapi kekangan yang ada menghalang untuk aku ke sana. 


Aktiviti berakit. Rakit buat sendiri.

Ni time BTN. Sangat besh! Macam macam aktiviti kitorang buat. Ni lah aktiviti yang paling aku suka time ni. Walaupun pelampung yang kami guna tu bocor, tapi tak menghalang kami untuk sampai setelah setengah hari berendam kat Sungai Perak ni. 

Ina

Best friend aku kat UUM. Ke hulu ke hilir bersama beliau. Sekarang dah jadik tunang orang dah. "Oit! tak tunggu aku ek!" 

 KLK. Lokasi: Hotel Sri Malaysia, Pulau Pinang.

Tu je la keje aku. SMS. Hehe. Program ni berlangsung selama 3 hari 3 malam kalau tak silap aku. Kitorang belajar sambil melawat. Siang jalan jalan, malam buat aktiviti.

 Nik dan Siti

Ni pon antara bespren aku. Kalau buat lawak serah kat dorang. Aku gelak je keje. Dah lama tak jumpa lagi lagi si baju merah. Dah kahwen dah ada anak dah cik puan kita. Si pinky, dah jadik tunang orang gak. Tunggu giliran I tau!

Biro Tata Negara (BTN)

Bergambar kat signboad jap. Buat kenang kenangan. Memang dah tak jejak lagi kot kat sana. Jauh.

Futsal

Ni antara permainan yang kami join. Besor nye baju dia. Mana la nak menang. (nak salahkan baju lak)

Imah

Ni pun antara bestprenn aku. Kitorang kenal kat Matrik. (KMKN). Dah jadi cikgu dah cik Imah kita. Termakbul doa ayah kamu ye. Alhamdulillah. Coming soon I pulak! InsyaAllah.

Hajar dan Ekin

Kawan Baik jugak a.k.a. Roommate kat Matrik. Gila gila dorang ni. Hajar si ginus. Kitorang study ko tido, Kitorang makan ko makan, ko gelak, kitorang gelak, kitorang xm, ko xm, kitorang cukup mkn, ko 4 flat!! Setahu aku ko tak pernah studi pon Jar. Ekin lak si baik hati. Selalu bagi aku pinjam HP dia time ni. (Time ni hp baru nak glemer).


Ada lagi banyak, tapi xjumpa dah mana pergi gambar gambar dorang. Member member kelas INTAFF semua, miss you all! 



Di Suatu Malam Yang Sunyi

Wednesday, March 16, 2011

Perbualan seorang ibu melayan kerenah anaknya yang cerewet.

Me:     Rasa macam nak makan sesuatu la..

Mom:  Kerepek ubi ada. Mak baru beli petang tadi. 

Me:    Tanak la...

Mom:  Mm.. Biskut aiskrim ada.. pegi la amik.. Dalam bilik.. 

Me:    Tau. Mak sorok ek? hehe.

Mom:  [gelak] tak. Ayah makan hari tu. Kacang Jawa pon ada.

Me:    Tanak la. Nenek je yang suka kacang tu. Orang tanak jadik nenek. 

Mom:  Dah tu nak makan apa ni? Hish. susah betul budak ni..

Me:     Mm.. Ntah la.. 

Mom:   Ha, jemput pisang ada lagi kat dapur. pegi la amik. kalo lambat nanti
          habes.

Me:     Jap lagi la.

Mom: Apa la dia nak ni.. [Tidur]

Sampai tido melayan aku. Hihi. Good Night my beloved mom! Mmmmuuaahhh!!!

Apa lagi yek yang boleh dimakan di malam hari? lalalala~~

Kalau La Otak Macam CPU

Tuesday, March 15, 2011

Malam yang amat bosan. 

Dengan tv tiba tiba buat hal. Malas nak tengok dah. Layan belog lagi syiok. Topik yang dibincangkan malam ni ialah seperti tajuk di atas. "Kalau la Otak macam CPU"



Tajuk ni adalah khayalan aku semata mata. Dan takkan pernah akan berlaku pun. Tapi aku nak jugak tulis apa yang aku nak kalau otak aku berubah menjadi sebuah CPU. Yang memorinya boleh di delete bila bila masa dan takkan wujud, serta terus bersih dari sebarang isi dan ingatan yang tidak diingini.

  • Aku nak padam semua kisah kisah sedih terutamanya tentang kisah cinta yang tak kesampaian. Hehe. Takyah la dia muncul lagi dalam ingatan aku. Mengganggu emosi je. Walaubagaimanapun, time ni la aku nak menguji kestabilan emosi kan. Betapa kuatnya menghadapi mereka itu. 

  • Aku nak padam semua kisah kisah dosa yang pernah aku lalui. Sebagai seorang manusia, kita takkan pernah dapat lari dari melakukan kesilapan dan khilaf. Tetapi sebagai seorang manusia jugak kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. So, time ni la nak guna memori kan? hmm.. Dah tu nape nak delete memori? 

  • Aku nak padam semua yang terlalu gembira dalam hidup ni. Kenapa? Sebab bila aku kesunyian, aku akan ingat balik semua kegembiraan tu. Taknak touching touching lagi. Meleleh air mata u. Banyak nih benda yang menggembirakan. Habeh. Kering la air mata.

  • Nak padam semua yang menyakitkan dalam hidup. Tinggal bunga bunga je. Baru la cantek. Duri duri campak je sume. Tanak tengok dah. Bubye!

Tapi kan. Mana boleh delete memori otak. Kalau robot lain la. Kalau takde memori pon susah gak. Mana kita nak amik contoh buat pengajaran dan pengalaman. Semua baru je. Tak syok, tak boleh, tak nak. 

Otak saya anugerah Allah. So, jaga la dengan baik!~
Thank You Allah!

Melawat Tinggalan Sejarah Bukit Besi

Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikum

Tujuan utama pergi ke Bukit Besi tadi hanyalah untuk berurusan dengan Ketengah. Tapi secara tak sengaja terpandang bangunan bangunan lama yang ada di sekitar pejabat kerajaan negeri itu. Amat menerujakan. Staff di situ pon dah perasan agaknya muka aku yang tertarik pada bangunan bangunan tu, terus mempelawa. "Nak masuk ke? Saya amikkan kunci". Apa lagi. "Nak!" Jawab aku dengan mata bersinar sinar. 

Dan ini adalah hasilnya.

Menurut Sejarah, lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu mula beroperasi pada tahun 1916 dan ditutup pada 1970. Lombong ini dibuka oleh sebuah syarikat Jepun, Japanese Mining Company Limited Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Malaya (Malaysia). Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak bersekutu British pada 15 September 1945 semasa Perang Dunia Ke 2 dan segala aset yang dimiliki Jepun jatuh ke tangan British.


Kediaman Pengurus Utama Syarikat Perlombongan Bijih Besi.

Tangga ke tingkat atas

Pintunya banyak dan kecil.

Pintu rumah tersebut. Terpaksa membongkok bila melaluinya.

Antara gambar aktiviti perlombongan yang dijalankan

Keluarga Omputeh bersukan

Dulu pun dah ada jejantas.

Sekarang dah tinggal tiang je seciput kat tengah laut. 

Tugu Sekolah Inggeris
Kampung aku pon ada!

Surat penutupan lombong



Boleh dilihat di sepanjang jalan (Bukit Besi)



Dah habes! Banyak lagi gambar. Tapi tak larat nak upload dah. Kalau nak tau lagi boleh la datang sendiri ok!


bubye!

Mari Makan Bantal Emas

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualaikum

Hai semua! 
Hari ni aku nak mengajak korang semua makan sejenis makanan lagi iaitu Roti. Bukan sebarang roti. Tapi roti emas atau nama commercialnya ialah Golden Pillow.  Pernah makan tak roti emas? Aku first time makan roti ni. Jakun sikit pon ada. Mana taknya. Dengar nama pon dah gah. Emas. Macam mana la rupa dia agaknye ye. Nak tengok tak camanan rupa roti ni? 
Jom usha!

 Apa yang special sangat nye ek

jom kita korek dalam sikit
:
:
:
:
:
:
:
:
:
eh, ada inti la kt dalam

untuk lebih jelas lagi
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Ha! dah cukup jelas kan? 

Tak jelas lagi? ha, pegi cari kat kedai. Tengok sendiri.

Ada  inti kari ayam. Sedap...!
Cubit roti sikit, cicah inti kat dalam sikit. Roti ni boleh makan kongsi ramai ramai tau. Besar. Kalau makan sorang nanti gemok. So, jangan makan sorang sorang tau.

Ha.. tengok. Dah habes.  (macam tak cukup je)

Yea! Kami la yang perabes roti tu tadi.  Hihi

Nak tau kesedapan roti tu cepat cepat la gi cari ye! selamat mencuba!

Adios!

Btw, Ustazah yang sponsor roti ni untuk kami satu kolej. Thanks Usatazah! Nanti belanja roti lain plak ye!

Please, Behave Yourself

Friday, March 4, 2011

Assalamualaikum

Sedikit kelapangan waktu yang ada ni ada secebis teguran dan peringatan yang ingin disampaikan pada entri kali ini. Benda ni walaupun nampak macam remeh,  tapi bagi aku akan membawa satu impak yang besar pada diri seseorang lebih lebih lagi perempuan, anak dara lagi.

Menguap
Korang semua tahu kan apa itu menguap? Mesti tau kan... 
Apa yang menyebabkan aku terdetik untuk memilih menguap sebagai tajuk utama entri kali ini?

Ianya bermula begini

Rutin setiap Isnin dan Jumaat pada 7.30 pagi di sini adalah merupakan perhimpunan pagi. Tak dinafikan jadual di pusat latihan ini agak padat dan tidak mustahil akan ada yang tidak cukup tidur. So, dipendekkan cerita, aku terpandang la seorang student ni yang punya la syok nganga tanpa memikirkan aku dan mungkin ada beberapa orang lagi yang jugak tengah syok memandang gelagat dia. Rupa dia boleh la digambarkan macam ni

comel kan?

Agak agak apa tanggapan orang yang memandang bila melihat gelagat macam ni? (Kalau bakal mak mentua tengok terus cancel tau!)
Buruk beno rasanya. 
Kot ye pon takleh tahan, pandai pandai la cover. Baru la sopan. 

Tak kira di mana anda berada, mesti jaga kesopanan diri. Kadang kadang kita tak sedar ada yang memerhatikan.

Ingat tau! 
Papai!

Malam yang Sendu

Date: 03/03/11
Time: 9 pm
Place: AI 16: Anjung Ilmu
Subject: Ilmu Pendidikan (Pedagogi)
Lecturer: Dr. Kamaruddin

Malam ni kelas tambahan dijalankan. Rasa hepi. Sebab suka lecturer ni. Suka cara dia mengajar. Belajar sambil selingan cerita, video, lawak sempoi. "Ketensionanmu, kesukaanku. Kemarahanmu, kegelian hatiku. Kesakithatianmu, kepuasanku". Selalu diungkap. 

Setiap kali kelas, cikgu mesti janji nak tunjuk video tapi mesti jadi hutang. So, malam ni cikgu bayar semua hutang dan membuat hutang baru yang membuatkan kami sekelas tertunggu tunggu. 

Malam ni, objektif cikgu tercapai. Dibantu oleh suasana (duk dalam gelap) dan speaker vol paling kuat, cikgu berjaya membuatkan air mata kami mengalir selaju lajunya.


Jasa Bonda

Mulanya aku tak nangis tapi disebabkan orang sebelah aku beriya nangis, sampai "sok sek sok sek" lagi, tak tertahan la pulak rasanya. Join la skali. 

So sama samala kita menghayatinya.

P/s: Bukak lagu ni kuat kuat sambil hayati lirik dia. Pastu tutup lampu. Berangan la sorang sorang.


Refleksi

Tuesday, March 1, 2011

Assalamualaikum

Lebih sebulan aku berada di sini. Permulaan segalanya. Penuh dengan cabaran. Banyak ilmu baru yang dah dipelajari. Bukan sahaja ilmu formal, tapi juga ilmu  secara tak langsung. 

Kadang kadang banyak yang betul pada orang lain tapi ianya tetap salah bagiku. Kadang kadang majoriti bukan satu "platform" untuk aku bersetuju atas semua perkara. Just see and silent. Pendirian tetap pendirian. 

Banyak kegembiraan juga banyak kesedihan.
Banyak input juga banyak kekangan.
Ada yang menyakitkan juga ada yang menenangkan.
Semakin lama ditinggalkan semakin banyak kerinduan hadir.

Kisah silam.
Banyak yang menyakitkan.
Banyak yang menggembirakan.
Lumrah.
Redha.
Hikmah.
Selamat tinggal kesedihan dan keperitan. PERGI. 
Semoga kegembiraan ini kekal. 
Terima Kasih cinta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!