Assalamualaikum
Tujuan utama pergi ke Bukit Besi tadi hanyalah untuk berurusan dengan Ketengah. Tapi secara tak sengaja terpandang bangunan bangunan lama yang ada di sekitar pejabat kerajaan negeri itu. Amat menerujakan. Staff di situ pon dah perasan agaknya muka aku yang tertarik pada bangunan bangunan tu, terus mempelawa. "Nak masuk ke? Saya amikkan kunci". Apa lagi. "Nak!" Jawab aku dengan mata bersinar sinar.
Dan ini adalah hasilnya.
Menurut Sejarah, lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu mula beroperasi pada tahun 1916 dan ditutup pada 1970. Lombong ini dibuka oleh sebuah syarikat Jepun, Japanese Mining Company Limited Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Malaya (Malaysia). Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak bersekutu British pada 15 September 1945 semasa Perang Dunia Ke 2 dan segala aset yang dimiliki Jepun jatuh ke tangan British.
Kediaman Pengurus Utama Syarikat Perlombongan Bijih Besi.
Tangga ke tingkat atas
Pintunya banyak dan kecil.
Pintu rumah tersebut. Terpaksa membongkok bila melaluinya.
Antara gambar aktiviti perlombongan yang dijalankan
Keluarga Omputeh bersukan
Dulu pun dah ada jejantas.
Sekarang dah tinggal tiang je seciput kat tengah laut.
Tugu Sekolah Inggeris
Kampung aku pon ada!
Surat penutupan lombong
Boleh dilihat di sepanjang jalan (Bukit Besi)
Dah habes! Banyak lagi gambar. Tapi tak larat nak upload dah. Kalau nak tau lagi boleh la datang sendiri ok!
bubye!
8 comments:
sgt interesting tmpt2 mcm ni..huhu~~
Terkini : Kesan dari tsunami di Jepun
wah baru tau la..:)
cam nak p jer tempat ni....
waa bestnyer...suke sejarah..:D
Kampung ku...huhuuuu
Dtg r.. byk lg tempat2 menarik..
assalamulaikum. pemilik blogger
saya m.aiman . saya pelajar pra u di smk paka
saya ingin menjalankan kajian mengenai sejarah bukit besi dan perlombongan. saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada encik
kajian ini memerlukan saya untuk menemu bual orang sumber.
oleh demikian , saya ingin menjadikan encik sebagai orang sumber saya
assalamulaikum. pemilik blogger
saya m.aiman . saya pelajar pra u di smk paka
saya ingin menjalankan kajian mengenai sejarah bukit besi dan perlombongan. saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada encik
kajian ini memerlukan saya untuk menemu bual orang sumber.
oleh demikian , saya ingin menjadikan encik sebagai orang sumber saya
Post a Comment