Yup! Aku dah jatuh cinta! Sangat indah kali ni. Walaupun hanya seketika bersamamu segala kenangan akan terpahat ke akhir hayatku. Ingin sekali aku bersamamu tanpa pengganti tapi apakan daya kita telah ditentukan untuk tidak bersama. Walaupun kau tak seperti yang lain, aku tetap menempatkanmu di hatiku ini buat selamanya.
Oh! SJKT Pasir Gajah!
Bubye.
Kenang daku dalam doamu!
Hehe. Dah habes merapu. Kenapa aku merapu ye? Jom! Kita berkenalan dengan sekolah ni. SJKT Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan. Sekolah pilihanku untuk melaksanakan tugasan seterusnya oleh IPG untuk program "Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Bangunan sekolah
Bangunan sekolah
Awal-awal lagi dah aku tau yang sekolah ni adalah antara sekolah yang dikelaskan sebagai "Sekolah Kurang Murid" tapi tak pulak aku terfikir bilangan pelajarnya hanyalah seramai 25 orang dan purata murid di dalam 1 kelas hanyalah 4 orang. Paling sikit ialah Tahun 1 iaitu hanya seorang. Tak pernah aku bayangkan akan ada keadaan macam ni. So, ilmu baru bagi aku.
Walaupun bilangan pelajar sekolah ni sangat sedikit tak bermakna tugas seorang guru pun sedikit malah mungkin akan lebih dari guru guru di sekolah yang mempunyai bilangan murid yang normal. Guru-guru juga sedikit, so apa yang aku kagum, seorang guru boleh mengajar hampir semua matapelajaran. Ni la kelebihannya mengajar di sekolah kurang murid. Cikgu pun dapat mempelbagaikan skill dan ilmu.
Proses P&P
Proses P&P
Perasaan yang pada awalnya agak risau berubah menjadi sangat gembira dan teruja apabila berada di sekolah ni. Guru-guru yang sangat membantu dan juga pihak pengurusan yang sangat baik hati dan peramah. Aku juga turut dipelawa untuk menjadi rakan sejawat di sini setelah menamatkan latihan dan kan dipertimbangkan.
Bangunan lama SJKT Pasir Gajah
Sehingga bertemu lagi! Terima Kasih!
Bangunan lama SJKT Pasir Gajah
Sehingga bertemu lagi! Terima Kasih!
0 comments:
Post a Comment