Kalau La Otak Macam CPU

Tuesday, March 15, 2011

Malam yang amat bosan. 

Dengan tv tiba tiba buat hal. Malas nak tengok dah. Layan belog lagi syiok. Topik yang dibincangkan malam ni ialah seperti tajuk di atas. "Kalau la Otak macam CPU"



Tajuk ni adalah khayalan aku semata mata. Dan takkan pernah akan berlaku pun. Tapi aku nak jugak tulis apa yang aku nak kalau otak aku berubah menjadi sebuah CPU. Yang memorinya boleh di delete bila bila masa dan takkan wujud, serta terus bersih dari sebarang isi dan ingatan yang tidak diingini.

  • Aku nak padam semua kisah kisah sedih terutamanya tentang kisah cinta yang tak kesampaian. Hehe. Takyah la dia muncul lagi dalam ingatan aku. Mengganggu emosi je. Walaubagaimanapun, time ni la aku nak menguji kestabilan emosi kan. Betapa kuatnya menghadapi mereka itu. 

  • Aku nak padam semua kisah kisah dosa yang pernah aku lalui. Sebagai seorang manusia, kita takkan pernah dapat lari dari melakukan kesilapan dan khilaf. Tetapi sebagai seorang manusia jugak kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. So, time ni la nak guna memori kan? hmm.. Dah tu nape nak delete memori? 

  • Aku nak padam semua yang terlalu gembira dalam hidup ni. Kenapa? Sebab bila aku kesunyian, aku akan ingat balik semua kegembiraan tu. Taknak touching touching lagi. Meleleh air mata u. Banyak nih benda yang menggembirakan. Habeh. Kering la air mata.

  • Nak padam semua yang menyakitkan dalam hidup. Tinggal bunga bunga je. Baru la cantek. Duri duri campak je sume. Tanak tengok dah. Bubye!

Tapi kan. Mana boleh delete memori otak. Kalau robot lain la. Kalau takde memori pon susah gak. Mana kita nak amik contoh buat pengajaran dan pengalaman. Semua baru je. Tak syok, tak boleh, tak nak. 

Otak saya anugerah Allah. So, jaga la dengan baik!~
Thank You Allah!

1 comments:

Yuni Aisyah on March 15, 2011 at 11:16 PM said...

alangkah best nyer kalo otak kte cm cpu...xyah nak study teruk2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!