Kisah Sebenar Di Egypt. Baca dan Sebarkan

Monday, January 31, 2011

Salam semua...

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.




and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(


credit to: sherahxoxo

Berhoneymoon di Melaka!

Salam semua!


Ari ni kita jalan jalan nak tak? Kita pegi Melaka pulak ye. Dah lama rasanya aku tak menapakkan kaki ke Melaka. Sejak habis belajar kat sana (lebih kurang 7 tahun lepas) aku dah tak jejak kaki lagi ke sana. Jalan sume dah renovate. Macam tempat baru lak rasanya. Honeymoon kali ni sempat la jugak pergi "River Cruise" yang dikecoh kecohkan orang tu. Memang best. Disamping melihat pemandangan dan bangunan bangunan kat sana kita juga diceritakan dengan sejarah tempat tersebut. Skang jom tengok pic yang sempat aku snap kat sana. 

 Murah je nak naik. ^__^

Laluan River Cruise



 Bangunan di sepanjang sungai

 Cantik! warna warni!



 Dilukis oleh Uitm student






 Kincir angin yang masih berfungsi




 Kubu pertahan


setakat ni je pic yang boleh ditayangkan. Yang lain privacy. Hehe. Rasa nak pegi lagi sekali. Syok tengok lampu lampu kat sana. Okeh! Selamat Bercuti!


Hanya Kisah Minah: Part 1

Saturday, January 29, 2011

Kalau Minah Suka, Minah Ketawa
Kalau Minah marah, Minah diam je,
Kalau Minah sedih, Minah Nangis sendiri

Kadang kadang Minah lurus sangat
Orang cakap hitam Minah percaya je 
walaupun sebenarnya putih
Kesian Minah kan?

Selalu sangat...
Minah jaga hati orang
sebenarnya Minah marah tapi Minah cakap
"eh, takpe takpe.. Tak kesah pon"
Sebenarnya Minah terasa tapi Minah cakap
"eh, apa plak terasa, takdelah"

Minah pandai berlakon jugak...
Sebenarnya Minah sakit sangat tapi
orang tu tu takkan tau sampai mati 
yang Minah sakit sangat

credit to Minah Gebunga

Ciri-ciri Entry Idaman

Assalamualaikum

Wah! Setelah sekian lama "terdiam diri" akhirnya dapatlah jugak aku menjenguk belog ini. Maybe pasni pun macam ni. agaknya sebulan sekali baru sempat. Tapi takpe. Perjuangan mesti diteruskan! 

Okeyh! pada pagi yang mulia ini aku nak mengarut pasal entri entri yang menjadi idaman dalam dunia blogging ni amnya dan dalam belog aku khususnya. Benda ni adalah berdasarkan entri entri yang menjadi kesukaan pembaca setakat hari ini.

1. Tajuk entri yang mempunyai perkataan "kontroversi" 

Seperti yang kita tahu perkataan ni memang akan membuatkan pembaca akan rasa tertarik nak baca walaupun isi sebernarnya tak lah segah tajuk. Contoh terdekat yang korang boleh tengok ialah tengok pada sidebar kanan belog nih. Kan? So, cubalah guna perkataan ni untuk tajuk entry korang ye! 

2. Entri yang berkaitan love problems healing. 

Kenapa ye? Maybe ramai manusia manusia kat dunia ni mempunyai masalah cinta. Tak pun setidak tidaknya hanya untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penyelesaiannya. Manalah tahu kot kot ada yang memerlukan khidmat kaunseling.

3. Entri yang mengumpul pelbagai bentuk komen

Yup! Bukan sahaja dapat mengumpul komen pada entri tersebut bahkan juga mendapat layangan text terus ke henpon atau emel anda walaupun sebenarnya entri tersebut hanyalah mainan pada belog semata mata selain mencacakkan traffic belog dan jugak memenuhkan inbox phone korang. Agak memberangsangkan dan menarik bukan?

4. Entri yang bercakap mengenai artis

Salah satu post yang sangat popular di mana mana belog mungkin. Selalunya kita akan dapat baca satu tajuk yang sama pada berpuluh puluh belog yang berlainan hanya disebabkan oleh perlakuan atau berita tertentu mengenai artis. Tapi sejujurnya aku ni jenis tak berminat nak bercakap pasal artis apatah lagi untuk menyelitkan nama mereka dalam belog ni. Tapi just nak jadikan pengajaran pasal sesuatu tindakan dorang boleh la dibaca pada mana mana belog yang ada. 

5. Entri Yang dipenuhi dengan gambar gambar


Ni pun antara salah satu sebab untuk menjadikan sesebuah entri tu disukai ramai. Kalau aku sendiri pun aku suka tengok gambar gambar orang. Biasa la, pengkritik handalan la katakan. Aku boleh bagi contoh. Untuk entri bertajuk "Family Dah kah" menjadi antara salah satu entri fofular. Tapi sebenarnya aku tak berapa pasti sebab sebab yang menempatkannya di ruangan tersebut. So aku buat kesimpulan sendiri sebab etri tu banyak gambar. 


6. Apa lagi ye? dah blank? Tolong tambah boleh?

Bila Ingin Melupakan

Friday, January 21, 2011

Assalamualaikum

Sebut pasal "melupakan", korang mesti ada pengalaman pasal melupakan kan? Tak kira la lupa barang ke lupa orang ke lupa tempat ke apa apa saja lah. Manusiakan bersifat pelupa. Tapi jangan pula korang guna tittle "lupa" ni sebagai salah satu alasan untuk lupa. Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal lupa barang tapi pasal Melupakan orang or apa apa peristiwa yang aku tak nak ingat dah. Aku nak cerita sikit macam mana cara aku nak lupakan "benda" itu. Maybe nanti korang pun boleh guna ke. 

  1. Pertama sekali! Aku akan buang segala benda yang berkaitan dengan dia. Kalau "benda" itu adalah sejenis manusia, aku akan buang segala jenis benda yang boleh menghubungkan aku dan dia termasuklah no tepon. Maka bila aku teringatkan sesuatu itu akan takleh contact benda tu lagi dah.
  2. Seterusnya, berkaitan dengan tempat. Seboleh bolehnya aku takkan menjejakkan kaki aku lagi ke tempat yang membolehkan aku teringatkan "benda" itu. Kalau tempat kerja habeslah. Tiap tiap tahun kena cari kerja baru. Hihi
  3. Pastu kalau ada bau bauan sama ada bedak mahupun perfume yang digunakan oleh "benda" itu aku takkan cari dah, malah terus meletakkannya ke dalam tong sampah walaupun itu kepunyaan aku. Senang cerita. 
  4. Lagi satu, aku akan buat buat sibuk dan mencari apa jua jenis aktiviti yang menggembirakan selain mengingati "benda" tidak berpekdah itu. Daripada kita duk mengingat benda benda yang tak penting baik kita pentingkan apa yang penting. Betul tak? 
  5. Last skali aku akan berdoa pada Tuhan supaya muka dia atau apa apa sahajalah yang aku tak hengen tu tak menerjah minda dan hatiku lagi. Biarlah aku bahagia tanpa wujudnya dia depan mata mahupun dalam hati. Kalau ada pun tu takkan menjejaskan kehepian hidup aku. 
mencari cahaya!


Okey dah. Ni la antara benda yang aku buat kalau nak melupaka sesuatu peristiwa, benda mahupun seseorang. Korang plak macam mana? All Da Best!!!

Pemergian Seorang Yang Turut Bermakna

Assalamualaikum

Subuh pagi tadi aku dikejutkan dengan satu berita yang agak mengejutkan. Kawan ayahku juga ayah kepada rakanku, Pakcik Mazlan atau lebih mesra dengan panggilan "Poklan" telah pergi buat selama lamanya pagi tadi. Innalillah. 
Dan membuatkan ingatanku melayang kepada memori memori lama bersamanya. Yang aku tahu arwah menghidapi penyakit barah paru paru dan arwah pergi dengan penyakit itu. Salam Takziah buat Khairul, Farid dan sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat

Al-Fatihah. 

Kriteria Blog Yang Akan Di "Follow"

Wednesday, January 19, 2011

Assalamualaikum

Kat Alam maya ni ada macam macam jenis, rupa dan rasa blog yang kita biasa jumpa kan. Ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka dan kali ni aku nak cerita sikit jenis jenis atau rupa blog yang membuatkan aku follow blog tu. Bukan main follow suka suka hati je tau. (sikit sikit ada la) Hehe.

  • Entri Yang Power
Haruslah! Aku berblogging ni bukan hanya suka suka tapi jugak nak menambah ilmu dan pengetahuan di samping kawan kawan yang best!. Bila ada banyak blog  yang suka post entry yang bagi input dan info yang bagus mesti la aku follow dia sebab nak tahu update dia lagi. Kadang kadang aku ni malas nak bukak paper. Dan biasanya banyak blog yang suka post berita berita hot lagi sensasi. So aku Baca blog diorang je la. Boleh komen komen lagi. 


  • Blog yang kemas dan cantik
Sape tak sukakan kecantikan kan? Kalo Yang laki tu mesti nak cari awek yang comey comey, jelita, dan persis model gitu. Kalo yang perempuan pulak nak pakwe yang ensem, gagah dan jugak tinggi jugak. Kan? So Macam tu la jugak aku dalam pemilihan blog untuk di follow. Sebab blog blog ni akan meningkatkan semangat aku untuk baca apa yang diorang tulis. 

  • Blog Yang Tak Halau Pembaca 
Bak kata Admiral Hafiz, "Tolonglah Jangan Halau Pembaca Blog Anda". Aku sangat setuju dengan apa yang dia tulis. Memang setiap kali aku terjah blog blog macam ni, hati aku dah tawar nak teruskan kan view apatah lagi nak masuk lagi. So, fikir fikirkanlah. 

  • Blog Yang Menghargai Aku
Menghargai macam mana tu? Macam ni. Blog yang suka komen enti entri aku dan juga follow blog ni. Aku ni tak pandai nak create award or contest. So, ini je lah cara yang aku boleh buat. Follow blog tersebut, komen entri dia dan jugak selalu berblogwalking ke sana.  Ok tak macam ni? Ke nak kena buat award jugak? hehe.

Setakat tu je kot sebab ini je yang ada dalam fikiran skang neh. Kalau ada yang terkurang sila la tambah kat bawah ye.. Jasamu dikenang! 
Thanks!



Jualan Dadih Memberangsangkan!!

Tuesday, January 18, 2011

Assalamualaikum

Dadih! Dadih! Dadih! 
Musim musim panas sekarang ni sedap kan kalau dapat makan dadih. Hehe. Memperkenalkan! Si Tauke Dadih!


Kiri (Cik Ieda) sebagai penyumbang modal dan kanan (Cik Rina) membuat pasaran. Tak sangka idea main main yang aku sebut menjadi. Dalam masa hanya tiga hari, cik rina dah dikenali sebagai "Kak Dadih". Tergelak gelak aku dengar nama baru tuh. Tapi takpe trademark yang membina. Hehe.

Actually kitorang ni bosan duk umah. Cik Rina sedang menunggu result SPM. Aku pun dah nak sambung belajar. So dari bosan duk perabeh beras je, baik buat aktiviti skit kan. Tak la buang masa, dapat jugak duit sikit. Eh, tak sikit jugak, banyak tau! Untung banyak rupanya jual dadih ni. Syok pon banyak. Hehe.

Dadih dah siap nak jual

Ada perisa coklat, jagung, vanilla dan strawberry (dah habis). Coklat paling laris. Tapi aku suka jagung. Di samping jual, makan sendiri pun banyak. Hehe. Tapi bayar tau! Lepas ni tambah perisa blackcurrant dan mangga plak. 

Haa, sape sape yang duk umah takde keje tu boleh la pikir pikir sikit nak buat apa. Jangan duk mengumpul lemak je kat rumah. Jom Niaga! 

   

Belajar dan Belajar Lagi!!

Monday, January 17, 2011

Assalamualaikum

Rasa sedih dan kecewa tahun lepas terubat hari ini. Untuk entri kali ni aku nak ucapkan terima kasih kat sume rakan rakan yang mendoakan aku selama ni. Semoga terus mendokan dan saling mendoakan.  

Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga kepada dia yang telah membuatkan aku lebih kuat hari ni. Pengajaran yang sememangnya mengajar aku erti hidup dan mengenali kawan dan lawan. Semoga bahagia. 

Rasa syukur yang amat sangat kerana telah memberi peluang ke dua untukku mengukir senyuman kembali. 

 Alhamdulillah

Musnahnya Bandar Pompei Satu Pengajaran

Sunday, January 16, 2011

Assalamualaikum

Entry ini bukan untuk aku ceritakan kembali sejarah Bandar Pompei tapi untuk lebih jelas apakah itu Bandar Pompei dan di manakah lokasi bandar tersebut sekarang korang boleh tanya Encik Google, Bing mahupun Puan Yahoo. Cuma kat sini aku akan terangkan serba sedikit tentang apa yang berlaku di sana.

Bandar ini telah lenyap selama 16 abad yang lalu dan telah ditemui semula pada tahun 1748 beserta dengan bangunan bangunan dan lukisan lukisan dinding yang masih utuh. 

Sejarah menyatakan bahawa Kota ini adalah sebuah kota yang dipenuhi dengan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Ini adalah merujuk kepada penemuan lokasi lokasi penzinaan dan pelacuran yang banyak. Menurut sejarah lagi, tidak seorang pun yang dapat melarikan diri dari letusan gunung berapi tersebut dan ianya berlaku dalam sekelip mata dan mengejut dengan merujuk kepada hasil fosil yang ditemui menunjukkan raut wajah atau ekspresi muka seolah olah terkejut terhadap bencana yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga.  

Kebanyakan jasad yang telah diawet ditemui berada dalam keadaan sedang melakukan persetubuhan. Selain itu juga terdapat sejumlah pasangan yang sama jantina sedang melakukan seks sejenis (homoseksual). 



credit to google


Okeh, cukup setakat ini aku dapat jelaskan. Yang lain korang cari sendiri oke. Cuma yang ingin diketengahkan di sini ialah:

  • Masing masing mestilah mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Disebabkan kemaksiatan yang dilakukan telah membawa kepada turunnya bencana dari Allah. Cukup hanya segelintir yang melakukan, semua makhluk akan menerima balasan tersebut.
  • Hendaklah kita saling ingat mengingati dan nasihat menasihati. Yang salah diperbetulkan. Yang kurang ditambah. Yang terlebih dikurangkan. 
  • Penzinaan dan homoseksual juga dilihat semakin berleluasa kini dan ada yang secara terbuka menyatakan aktiviti songsang tersebut di khalayak ramai tanpa ada sedikit pun rasa malu dan hina terhadap perbuatan tersebut. Sedarlah, bahawa ini adalah salah sama sekali dan dilaknat Allah!
Beringat ingat dan Selamat beramal!

Somtam! Apakah itu?

Saturday, January 15, 2011

Salam semua!
Hari ni selepas pergi ke kenduri Cik Amira Farhana Oppss! sori. Puan Amira Farhana aku terus mengisi masa lapang dengan pergi ke kedai makan berdekatan di area Chukai, Kemaman. Di sana aku diperkenalkan dengan sejenis makanan yang berasal dari Siam iaitu Somtam. Tak tau la aku yang ketinggalan ke makanan ni yang susah nak cari. Sebab selama hidup baru hari ni aku merasa makanan ni. Tapi memang sedap! 

Ni la dia Somtam

Ada rasa masam, pedas, masin dan manis. Kat dalam dia ada kacang tanah, udang kering, bawang putih yang ditumbuk. Pastu campur ngan betik muda, lada dan tomato. Itu yang nampak la. Yang lain tak pasti. Kena menuntut dulu. Sape yang tak pernah rasa cepat cepat cari pergi cari ye! 

Sebelum terlupa, nak ucap " Selamat Pengantin Baru Amira Farhana a.k.a Mael!! Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat!"

bye!



Ketidakpuasan Hati Terhadap Channel TV

Friday, January 14, 2011

Assalamualaikum 

Hari ni aku nak membebel sikit. Sape sape nak join meh dekat. 

Aku nak bebel pasal TV kat Malaysia. Kalau tengok tv la, (sape yang tak tengok tv?) korang mesti tau kan, ada berpuluh puluh channel ada kat Malaysia ni. Dari RTM punya siaran, TV3, NTV7, TV9, 8TV, Astro lagi la banyak. Tak habes nak tengok. Macam macam cerita ada. 

Tapi aku ada macam perasan sikit cerita cerita yang ditayangkan kat kebanyakan siaran tv sekarang ni macam bermusim. Kalau satu siaran tu duk tayang cerita hantu, semua siaran sebok nak tayang cerita hantu. Suka sangat ngan hantu hantu tu semua. Kalau satu siaran tayang cerita Indon, semua siaran sebok nak mengikut nak tayang cerita Indon. 

Yang part cerita Indon la yang aku tak puas hati sikit. Agak panas la. Bila syok syok bukak tv nak tengok cerita semua siaran duk tayang cerita indon. Bukannya aku ni anti indon. Aku tengok la jugak cerita indon (Bukan diriku. Hehe..) tapi kalau dah setiap hari nak mengadap diorang, apa kes. Dah takde cerita sangat ke? Ke dah ketandusan idea. Tiba tiba terfikir, diorang kat Indonesia tu tayang ke cerita Melayu kita? 

Astro pulak 24 jam duk ulang siaran. Bayar bil mahal mahal wat pe kalau setakat nak tengok siaran ulangan je. Cerita yang tahun tahun lepas pon korek balik. Sah sah dah ketandusan cerita. Kesian betul kat diorang ni. Kadang adang tu suka tayang cerita yang merapu. Ntah pape. 

Tapi yang aku suka tang channel AFC, National Geography, TVIQ, National Geograpy Wild memang syok. Channel lain pon ada lagi yang best tapi lupa la pulak. Korang tengok sendiri la ek. Hehe. 

Banyak lak aku bebel. Dah nak stop dulu. 
Bye! 
 

mzhany 1st GA

Thursday, January 13, 2011

mzhany 1st GA
Salam semua!

Ha! Kali ni nak join lagi! Banyak plak kali ni. Hehe. Kenapa yer? Sebab tergoda tengok hadiah dia. Ada dua hadiah tau. Baik hati mzhany ni. Tergoda gak la tuh! Jom tengok hadiah dulu.  


Tada!!
Vitamin E from Bodyshop!

dan jugak..


sesuatu yang tradisional dan berasal dari Terengganu. Dari negeri kelahiran aku lah! I looiike!! 

Haa... Dah tergoda lah tuh! Kalau nak join jugak klik SINI

Belog Best

Salam semua!

Kat dunia ni berjuta juta blog yang ada. Dan yang aku baru view entah lah. Tak penah kira la plak. Tak sampai puluh ribu kot. Al maklumlah still new dalam dunia berbelog belog neh. Dan macam macam jenis, rupa, ragam, rasa belog yang aku tengok. So aku boleh buat rumusan tentang belog belog yang aku dah view dan yang aku hepi je bila bukak belog dorang!


  • Tak Berat
Okeh! Pertama sekali ialah tak berat. Bila tak berat senang dan cepat la loading. Dan ni akan menambah minat blogger blogger untuk baca dan view lagi sekali pada masa lain. Aku ni yang jenis tak suka tunggu lama lama ni lagi la tak suka. Sape yang suka kan?

  • Tak terlalu crowded dan tak terlalu simple 
"Cute kan widget tu". So kita pon letak la kat belog kita. Tak salah nak letak widget tapi pilih pilih la. Kalau yang memberatkan dan menyerabutkan mata tak payah la kot ek. Kadang kadang benda benda tu semua boleh mengganggu pembacaan. Nak entry power ke nak belog "cantek"? "Nak dua dua!!" Sila hias dengan berhemah! Tapi kalau terlalu simple pon taksyok jugak kan? Kosong je. 

  • Entry yang menarik
Haruslah! bukan kah ni tujuan kita nak ramai ramai orang datang bukak belog kita? Dah susah susah bukak mesti la kene sediakan imbalan yang bagus kan? Bila dah sekali orang masuk, baca, suka, komen, terus follow! Mesti nanti dia nak bukak lagi kan? Susah tu nak pikir idea update belog! chayo2! Hehe.

  • Tulisan
Tulisan jugak memberi impak kepada pembaca. Font saiz berapa, jenis font apa nak pakai. Mesti sesuai. Tak terlalu kecik dan jugak tak terlalu besar. Jangan tak tau, saiz tulisan ni pon boleh melambangkan peribadi penulis. Paham kan? Kalau tak paham sila bertanya. 


Ni antara yang aku boleh rumuskan sepanjang aku berblogging beberapa bulan ni. Baru je lagi. Walau apa pon lain orang, lain pendapat dan apa yang berlaku di belog dorang tu ada sebabnya. Dah terang terang cakap "kalau tak suka jangan baca" Hehe. Kalau salah tolong tunjukkan ye! 

Hati Getah New Year Giveaway!

Wednesday, January 12, 2011

Cantek tak? Cantek tak?

Aku ditag oleh cik Bie yang cute untuk giveaway yang comey lagi cun ini! 
Gatal tangan la plak nak join. Hihi. Dapat hadiah best... Nak tak? Kalau nak klik SINI

Skang aku nak Tag 3 orang



Kegembiraan VS Kesedihan ber"facebook"

Assalamualaikum


Sebut pasal Facebook atau FB atau Pesbuk, atau apa sajalah, semua orang tahu kan. Walaupon orang yang takde FB pon tau apa itu FB. Mak aku tau, adik aku yang paling kecik pon tau, mungkin nenek aku pon tau (kebarangkalian sederhana). Boleh dikatakan semua orang tahu lah. Kira punya kira aku ber FB ni dh sampai 3 tahun kot. Sejak 2008. Time baru baru bukak tu tengok tengok la application yang ada. Satu hape pon tak paham. Ntah apa apa. Korang pon mesti macam tu kan? Hehe. Tapi bila dah lama lama " Oh! Macam ni. Baru paham. Syok la FB ni". Friendster pon terus dilupakan. Kan? Kan? Kan? . Sekarang ni dah alang alang ada ura ura dari Mark Zuckerbeg dah nak tutup FB, aku nak mengenang la sikit apa yang best dan tak best nye sepanjang ber "FB" ni.

Kegembiraan

  • Mengeratkan silaturrahim
Semua kawan kawan lama yang dah berkurun berabad lamanya kita dapat jumpa balik. Sedara mara yang duduk jauh oversea pon kita dapat bertegur sapa balik dengan riang dan gembiranya. Selain tu, kawan kawan baru pon dapat jumpa kat FB. Tapi sesetengah orang, dorang tak add or approve orang yang tak dikenali dan berkepentingan termasuklah aku. Bukan sombong, tapi menjaga keselamatan diri. Orang yang kenal pon boleh wat macam macam lagi la orang yang tak kenal. Betul tak?

  • Komunikasi yang lebih cepat
Bila dah semua orang ada FB, dan semuanya asyik duk mengadap benda ni je. Dan aku boleh katakan, Kalau yang kat opis tu sampai je opis, terus bukak FB then nak balik baru tutup. Tak kira la tengah buat kerja ke betul betul duk mengadap FB. So, semua orang gunakan FB sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi. Kadang kadang bilik sebelah sebelah je, mengada nak guna FB jugak. Talipon guna duit kan? 

  • Maklumat, pengetahuan dan peringatan
Semua orang tahu application yang ada pada FB yang complete. Dari meng'upload' gambar, perkongsian links dan video membolehkan pengguna menyebarkan maklumat dengan mudah, cepat dan berkesan. So, tak hairanlah FB digilai dari sekecik kecik orang sehingga ke besar besar gajah orang. 


Kesedihan

  • Salah orang
Salah orang maksudnya di sini adalah mengenali orang tertentu yang  sepatutnya tak payah kenal pon atas sebab sebab tertentu. Contohnya sebelum kita kenal dia kita tak buang masa melayan internet lama lama tapi bila dah kenal 24 jam duk mengadap laptop. Daripada pandai dah boleh jadi orang "paling pandai" kat dunia. Tak salah nak kenal orang tapi pandai pandai pilih la. Kan sedih namanya tu.

  • Membuang Masa
Semua orang tahu "masa itu emas". Dan semua orang tahu FB ni membuatkan seseorang tu lupa diri. Tanggungjawab yang sepatutnya dilupakan. Solat, belajar, kerja dan sebagainya, semuanya tertunda. Sangat sedih kan?

  • Hidup di dunia sendiri
Menghabiskan masa yang banyak pada internet, hanya pada FB cukup untuk membuatkan seseorang hilang tumpuan pada dunia luar. Mana taknya, aplikasi seperti game dan chatting yang ada, boleh membuatkan seseorang ralit atau leka. Paling teruk sampai bergaduh dan bercerai berai. Nauzubillahiminzalik. Lagi la sedih. Kan?


Okeh. Dah cukup setakat enam point. Aku dah malas pikir lagi dah. Point yang aku bagi tu hanyalah dari pengalaman dan pengamatan sendiri. Namun ada yang tak terkesan pon dek penangan FB. Kepada mereka mereka itu, diucapkan syabas!!

Ber"Satay" di Kajang!

Monday, January 10, 2011

Salam semua!
Kali ni nak bawak korang makan dan lapar lagi! Hehe. Kita makan satay pulak ye. Macam tak pernah makan satay. selalu sangat makan. Tapi kali ni nak makan satay Haji samuri kat HQ. Bukan kat die punya cawangan tau. Sampai jugak akhirnya kat tempat original dia. Jom melihat susana kat sini! Orang Kajang diam! Haha. 

 Parking pon sesak

Ramai betul orang

Gemok gemok betul satay kat sini. makan dua cucuk pon dah kenyang. 

Kuahnye yang special. Ada pedas punya. Sedap boleh tahan.

ABC teringin

Dah sudah order baru terjeling kat ABC teringin ni. Melepas. Apa la yang teringin sangat ngan ABC ni. 

Kepada ibu bapa yang nak makan banyak banyak tanpa gangguan anak anak (zalim sungguh bunyinya) boleh la tumpangkan anak anak kat sini ye. Jangan sampai hilang dah la. Tapi kalau aku jadi kanak kanak pon aku tanak main kat sini. Ramai benor budak budak kat sini. Nak main pon tak senang.

Si kecik yang suke beno kopi ais. (aku pon tak minum).

"Nama saya echa". Tak sempat aku nak tanya nama, dia dah kenalkan diri sambil pegang tangan aku. (Agak kagum di sini). Siap tanya balik, "akak nama apa?" Ish, aku pulak tiba tiba jadi malu. Haha. Suka aku layan adik echa ni. aktif betul dia. 

pantang nampak kamera.

Dah habes bab kajang. Satu hari satu malam kat Kajang. Sangat kenyang! Burppp!! Alhamdulillah. ^__^


Gulai Itik Jom!!

Saturday, January 8, 2011

Salam semua! Hari ni makan lauk special lagi iaitu Gulai itik ibunda! Reka reka jela nama tuh. Hihi. Tapi memang itik. Bukan ayam, bukan arnab. Itik ni itik belaan my dad. Dia dah taknak bagi makan kot terus sembelih. Lagi pon ni la hasilnya bila dah bela sampai besar kan. Untuk dimakan. Jom nikmati kesedapannya! yeah!

 Gulai itik yang telah siap dihidangkan

 Mari makan bersama ikan masin

Juga kubis goreng!

Seeddaaaappp!! Kepada sape sape yang tak pernah makan itik, pegi la cari itik sekor mahupun dua ekor pasni. Boleh try macam mana rasanya makan itik. 
Nyum! Nyum! mau makan sekarang! Bismillahhirahmanirrahim. Ngapp!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!