Musnahnya Bandar Pompei Satu Pengajaran

Sunday, January 16, 2011

Assalamualaikum

Entry ini bukan untuk aku ceritakan kembali sejarah Bandar Pompei tapi untuk lebih jelas apakah itu Bandar Pompei dan di manakah lokasi bandar tersebut sekarang korang boleh tanya Encik Google, Bing mahupun Puan Yahoo. Cuma kat sini aku akan terangkan serba sedikit tentang apa yang berlaku di sana.

Bandar ini telah lenyap selama 16 abad yang lalu dan telah ditemui semula pada tahun 1748 beserta dengan bangunan bangunan dan lukisan lukisan dinding yang masih utuh. 

Sejarah menyatakan bahawa Kota ini adalah sebuah kota yang dipenuhi dengan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Ini adalah merujuk kepada penemuan lokasi lokasi penzinaan dan pelacuran yang banyak. Menurut sejarah lagi, tidak seorang pun yang dapat melarikan diri dari letusan gunung berapi tersebut dan ianya berlaku dalam sekelip mata dan mengejut dengan merujuk kepada hasil fosil yang ditemui menunjukkan raut wajah atau ekspresi muka seolah olah terkejut terhadap bencana yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga.  

Kebanyakan jasad yang telah diawet ditemui berada dalam keadaan sedang melakukan persetubuhan. Selain itu juga terdapat sejumlah pasangan yang sama jantina sedang melakukan seks sejenis (homoseksual). 



credit to google


Okeh, cukup setakat ini aku dapat jelaskan. Yang lain korang cari sendiri oke. Cuma yang ingin diketengahkan di sini ialah:

  • Masing masing mestilah mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Disebabkan kemaksiatan yang dilakukan telah membawa kepada turunnya bencana dari Allah. Cukup hanya segelintir yang melakukan, semua makhluk akan menerima balasan tersebut.
  • Hendaklah kita saling ingat mengingati dan nasihat menasihati. Yang salah diperbetulkan. Yang kurang ditambah. Yang terlebih dikurangkan. 
  • Penzinaan dan homoseksual juga dilihat semakin berleluasa kini dan ada yang secara terbuka menyatakan aktiviti songsang tersebut di khalayak ramai tanpa ada sedikit pun rasa malu dan hina terhadap perbuatan tersebut. Sedarlah, bahawa ini adalah salah sama sekali dan dilaknat Allah!
Beringat ingat dan Selamat beramal!

11 comments:

KinosKoko on January 16, 2011 at 10:27 PM said...

ngeri..semoga kita semua jauh dari bencana macam ni..amin~~

||aLeaSaRa|| on January 16, 2011 at 10:28 PM said...

kite pnh baca ni kat mjlh harmoni.mmg menakutkan dan menginsafkan.hrp sgt umat islam bertaubat dan imbas kembali kisah ni

Hakim Zailan on January 16, 2011 at 10:33 PM said...

tu la pasal..
budaya homoseks plak makin parah..
dunia akhir zaman..

EnciK AxixOu on January 17, 2011 at 7:21 AM said...

dunia b'balik kembali jd spti dahulu..

Dhea Ahmad on January 17, 2011 at 9:48 AM said...

Nauzubillahimin dzalik....seram tengok keadaan jasad2 tersebut dan sangat memalukan....

Anonymous said...

salam..

follow & blogwalking...

mehla jenguk blog ai..

salam kenal! (^_^)

Afiq Din on January 17, 2011 at 12:53 PM said...

kat dunia dh kne balas.. akhirat blom lgi

Qaseh Dalia on January 17, 2011 at 4:39 PM said...

nauzubillah...huhu

Rohani Hashim on January 17, 2011 at 11:18 PM said...

nauzubillah....mintak jauh dr semua nih...

Anonymous said...

pompei tempat maksiat yang teruk...

tetapi...

apakah kita semua perasan persamaan dengan Malaysia sekarang? huhuhu..

Minta dijauhkan ya Allah..

Yildirim Fateh on July 4, 2011 at 2:55 PM said...

dan apa yang telah beralu telah berulang semula...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!