Mak Pesan...

Wednesday, January 5, 2011


Bila diingat ingat balik, sepanjang penghidupan aku di muka bumi Allah ni, dah banyak pesanan dari mak semata-mata untuk anaknya yang tersayang neh. Dari kecik sampai besar panjang macam ni dah menimbun agaknya aku kumpul pesanan mak yang dari pelbagai aspek tu. Kumpul dan berusaha untuk praktik ok. Jom ikut aku mengimbau kembali pesanan pesanan mak sepanjang tumbesaran aku. Mak cakap:

Bila bercakap guna la suara yang lembut

Bercakap sopan lah dalam apa jua keadaan. Kalau marah mesti tegas. Tak perlu meninggikan suara atau menengking-nengking atau guna kata-kata kesat. Tak kira la perempuan ke lelaki. Bila aku fikir-fikir balik, memang betul. Memang, bila marah kita mesti nak tinggikan suara kan? Tapi cuba kita ubah, gunakan ayat yang tegas tanpa menengking. Ini akan lebih membuatkan orang akan bertambah hormat. Kalau tak percaya cubalah praktis! 

Jaga tingkah laku

sebagai orang yang suka merantau dan lebih lebih lagi perempuan, perlakuan sangat sangat dititikberatkan. Tapi kadang-kadang sebagai manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan kita terleka. Tapi ini bukan satu alasan untuk terus melakukan kesilapan. Berubah! kata nak jadi "Perempuan Melayu terakhir". Ahaks!

Jaga badan

Ha, yang ni paling aku suka. Hehe. Dari kecik sampai besar tak pernah jemu suruh aku jaga badan walaupun badan tak la macam model. Kalau badan aku macam dah naik sikit mesti mak tegur. Bukan semata-mata nak suruh cantik tapi yang paling penting untuk kesihatan diri. Dalaman dan luaran oke! Kalau luar je cantik tapi dalam tak serupa orang nak buat apa kan. Macam bunga taik ayam. Cantik tapi busuk. Hampeh! Mak cakap "badan tu kena jaga, nanti dah kawin pon kena jaga. Nanti lari laki ko". Baik mak saya akan ingat pesan mak sampai bila-bila. Hehe.

Kalau ada lebih kena bahagi bahagi

Tau apa maksudnya? Maksudnya kalau kita senang, jangan lupa orang yang susah, yang lebih memerlukan. Memang susah nak senang, kena usaha banyak. Tapi kalau nak lagi senang, kena la bahagi-bahagikan. So, kalau jumpa orang mintak sedekah jangan pulak lari. Mesti ada yang fikir " ntah-ntah orang ni tipu, padahal hidup senang lenang". Tapi bagi aku la, itu dia punya hal, dia nak tipu ke apa ke, tapi yang penting kita ikhlas bagi dia. Dia tipu, urusan dia dengan Allah. Takyah susah-susah nak tolong fikir. Senang kan?

Biar la orang nak buat kita, jangan kita buat orang dah

Bila aku sakit hati, aku mesti ingat ayat ni. Nak sejukkan hati kan. Kalau dilayan mesti makin parah jadinya. So diam je la. Walaupun dulu time berdarah muda, aku paling pantang kalau ada yang perangai cam hampeh, jawabnya kena la ngan mulut pedas aku ni. Hehe. Tapi skang bila dah 'makin muda' ni, kena la berubah kan. Untuk kebaikan. Nak watpe gaduh-gaduh. Bak kata sorang kawan aku ni " Kalau taknak jadi bodoh, jangan layan orang bodoh". Nanti diam sendiri la tu. 

Jangan suka bergantung 

Jangan suka bergantung harap dengan orang. Sekali sekali boleh la orang nak layan. Kalau dah berpuluh puluh kali takdenye orang nak layan selalu. Diorang pon ada hal sendiri. So, selagi termampu untuk buat sendiri, buat la dulu. Belajar untuk berdikari kan bagus. Usaha tangga kejayaan! Chayo'! Chayo'!


Okeh! dah malas nak mengimbau lagi. Cukup untuk hari ni. Papai!

4 comments:

Dhea Ahmad on January 6, 2011 at 9:23 AM said...

biasenyer mcm saye ni kerap top up, so ble banyak kali top up utk sebulan, makanya banyak laa jugak bonus celcom bagi....

IeDa on January 6, 2011 at 11:08 AM said...

ha, ni mesti dah kaya ngan top-up free kn? hehe

Unknown on January 13, 2011 at 1:52 PM said...

ikot laa pesan mak tuu..ok laa..ske bc..truskn berblog..

IeDa on January 13, 2011 at 2:58 PM said...

haha.. thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!