Assalamualaikum
Hari ni aku nak membebel sikit. Sape sape nak join meh dekat.
Aku nak bebel pasal TV kat Malaysia. Kalau tengok tv la, (sape yang tak tengok tv?) korang mesti tau kan, ada berpuluh puluh channel ada kat Malaysia ni. Dari RTM punya siaran, TV3, NTV7, TV9, 8TV, Astro lagi la banyak. Tak habes nak tengok. Macam macam cerita ada.
Tapi aku ada macam perasan sikit cerita cerita yang ditayangkan kat kebanyakan siaran tv sekarang ni macam bermusim. Kalau satu siaran tu duk tayang cerita hantu, semua siaran sebok nak tayang cerita hantu. Suka sangat ngan hantu hantu tu semua. Kalau satu siaran tayang cerita Indon, semua siaran sebok nak mengikut nak tayang cerita Indon.
Yang part cerita Indon la yang aku tak puas hati sikit. Agak panas la. Bila syok syok bukak tv nak tengok cerita semua siaran duk tayang cerita indon. Bukannya aku ni anti indon. Aku tengok la jugak cerita indon (Bukan diriku. Hehe..) tapi kalau dah setiap hari nak mengadap diorang, apa kes. Dah takde cerita sangat ke? Ke dah ketandusan idea. Tiba tiba terfikir, diorang kat Indonesia tu tayang ke cerita Melayu kita?
Astro pulak 24 jam duk ulang siaran. Bayar bil mahal mahal wat pe kalau setakat nak tengok siaran ulangan je. Cerita yang tahun tahun lepas pon korek balik. Sah sah dah ketandusan cerita. Kesian betul kat diorang ni. Kadang adang tu suka tayang cerita yang merapu. Ntah pape.
Tapi yang aku suka tang channel AFC, National Geography, TVIQ, National Geograpy Wild memang syok. Channel lain pon ada lagi yang best tapi lupa la pulak. Korang tengok sendiri la ek. Hehe.
Banyak lak aku bebel. Dah nak stop dulu.
Bye!
4 comments:
hohohoho
ekau nih suka dokumentari sebenarnya
P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan
haha. . memang tak best la ni. .
salam..
kerajaan kita mana ada duit nak beli cerita yg lain..hanya cete Indon yg agak murah..
huhuu samalah kite.sampai dh tak tau nk tgk channel apa.last2 buka blog lg bgs he3...
Post a Comment