Assalamualaikum
Sebut pasal Facebook atau FB atau Pesbuk, atau apa sajalah, semua orang tahu kan. Walaupon orang yang takde FB pon tau apa itu FB. Mak aku tau, adik aku yang paling kecik pon tau, mungkin nenek aku pon tau (kebarangkalian sederhana). Boleh dikatakan semua orang tahu lah. Kira punya kira aku ber FB ni dh sampai 3 tahun kot. Sejak 2008. Time baru baru bukak tu tengok tengok la application yang ada. Satu hape pon tak paham. Ntah apa apa. Korang pon mesti macam tu kan? Hehe. Tapi bila dah lama lama " Oh! Macam ni. Baru paham. Syok la FB ni". Friendster pon terus dilupakan. Kan? Kan? Kan? . Sekarang ni dah alang alang ada ura ura dari Mark Zuckerbeg dah nak tutup FB, aku nak mengenang la sikit apa yang best dan tak best nye sepanjang ber "FB" ni.
Kegembiraan
- Mengeratkan silaturrahim
Semua kawan kawan lama yang dah berkurun berabad lamanya kita dapat jumpa balik. Sedara mara yang duduk jauh oversea pon kita dapat bertegur sapa balik dengan riang dan gembiranya. Selain tu, kawan kawan baru pon dapat jumpa kat FB. Tapi sesetengah orang, dorang tak add or approve orang yang tak dikenali dan berkepentingan termasuklah aku. Bukan sombong, tapi menjaga keselamatan diri. Orang yang kenal pon boleh wat macam macam lagi la orang yang tak kenal. Betul tak?
- Komunikasi yang lebih cepat
Bila dah semua orang ada FB, dan semuanya asyik duk mengadap benda ni je. Dan aku boleh katakan, Kalau yang kat opis tu sampai je opis, terus bukak FB then nak balik baru tutup. Tak kira la tengah buat kerja ke betul betul duk mengadap FB. So, semua orang gunakan FB sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi. Kadang kadang bilik sebelah sebelah je, mengada nak guna FB jugak. Talipon guna duit kan?
- Maklumat, pengetahuan dan peringatan
Semua orang tahu application yang ada pada FB yang complete. Dari meng'upload' gambar, perkongsian links dan video membolehkan pengguna menyebarkan maklumat dengan mudah, cepat dan berkesan. So, tak hairanlah FB digilai dari sekecik kecik orang sehingga ke besar besar gajah orang.
Kesedihan
- Salah orang
Salah orang maksudnya di sini adalah mengenali orang tertentu yang sepatutnya tak payah kenal pon atas sebab sebab tertentu. Contohnya sebelum kita kenal dia kita tak buang masa melayan internet lama lama tapi bila dah kenal 24 jam duk mengadap laptop. Daripada pandai dah boleh jadi orang "paling pandai" kat dunia. Tak salah nak kenal orang tapi pandai pandai pilih la. Kan sedih namanya tu.
- Membuang Masa
Semua orang tahu "masa itu emas". Dan semua orang tahu FB ni membuatkan seseorang tu lupa diri. Tanggungjawab yang sepatutnya dilupakan. Solat, belajar, kerja dan sebagainya, semuanya tertunda. Sangat sedih kan?
- Hidup di dunia sendiri
Menghabiskan masa yang banyak pada internet, hanya pada FB cukup untuk membuatkan seseorang hilang tumpuan pada dunia luar. Mana taknya, aplikasi seperti game dan chatting yang ada, boleh membuatkan seseorang ralit atau leka. Paling teruk sampai bergaduh dan bercerai berai. Nauzubillahiminzalik. Lagi la sedih. Kan?
Okeh. Dah cukup setakat enam point. Aku dah malas pikir lagi dah. Point yang aku bagi tu hanyalah dari pengalaman dan pengamatan sendiri. Namun ada yang tak terkesan pon dek penangan FB. Kepada mereka mereka itu, diucapkan syabas!!
10 comments:
fb da bosan skunk..huhu
setuju dengan buang masa tu..sebb dulu saya macam tu lah..tp sekarang dah tak ada FB ;)
nurul adha: betul3! fb dah sgt bosan skang..
mary ann: ooohh.. dh delete fb ye..
Saya bersetuju dengan pandangan anda...
FaithcraftL thanks! :)
assalamualaikum...nice blog :-)..sy folo blog ini
apa yg dikatakan, 100peratus tepat. Mmg terjadi pd diri sendiri pun..huhuhu
sahromnasrudin: thanks.. will follow u back.. :)
syariza09: yeke.. thanks.. :)
bab melekakan tu mmg btul..maen fb sedar2 dah berjam2 masa berlalu..
tapi tetap penting bagi saya ntok contact kawan2 yg jauh2..senang nak tau update masing2.hehhe..
nasib baik xtutup..
a'ah.. betul tu.. part tu mmg pntg.. propa je sume tu.. hehe
Post a Comment