Tiba tiba teringat kat Pizza Hut. Sedap pon ada. Sakit hati pon ada. Tang sedap tu takyah cerita la ek. Korang pon boleh hurai sendiri kan. So skang kita cerita yang 'hot' je la.
Okeh! Macam ni ceritanya. Suatu hari yang hening aku bersama seorang kawan aku iaitu "Cik P.A. sangat teringin untuk menjamah makanan di sebuah restoran segera yang terkenal dengan makanan Itali iaitu Pizza Hut. So, apa lagi, bila dah cik P.A. nak belanja aku lah orang paling lapar pada hari itu terus menerjah restoran tersebut. Macam biasa, sampai je menu kitorang terus memilih makanan yang dirasakan sedap dan dapat mengenyangkan perutku yang sedang berbunyi bunyi tuh. Dah siap pilih, kitorang panggil la waiter.
Cik P.A. order dulu, then aku. Tapi alangkah sedih dan pilu bercampur sakit hatinya aku, makanan dan minuman yang aku order tu takde! Takkan milo ais pon takde! BBQ Chicken wings pon takde! Terbantut rasa nak makan aku. Huh! Ter'sound' jugak la sikit kat waiter tu. Mau tak hangen. (Bab bab makan ni aku sensitip sikit). Lagi pon bukan aku order benda pelik pelik pon. Kalau tau tadi aku bawak bekal milo ais dari umah. Aku ni jenis takleh telan air bergas. Kalau tertelan rasa macam jem je kepala otak nih. Kang makin slow jadiknye. Last last aku tanye balik waiter tu. "Abes, apa yang ada kat sini? sumenye takde.." Terpaksa la aku order benda yang tak berapa berkenan dek selera. Lapar punye pasal. Telan je la.
Benda benda yang aku mengidam hari tu
Macam ni punya servis pon ade ke? Mau bankrup macam ni.. Hmm..
4 comments:
eeuuww.sedapnyeee..tetibe teringin...
hehe.. memang sedap!! tapi dikecewakan... hehe
lun pizza so much extra cheese please!kite masa gi pizza hut kat alamanda lg lah angin,dah lah servis slow,then my mum ni relax je.sampai je order bau tak sedap,mushroom button mcm berbau.hah my mum pun buka mulutlah menceceh dan membebel he3...
haha.. mcm ada.. bebel je kt dorang terus.. baru tau nk up servis lenkali..
Post a Comment