Tutti Frutti Yang Cuties!

Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum

Hi readers! Apa khabar anda semua? Sihatkah? Biasalah. Musim musim macam ni ramai yang tak sihat. Bukan orang je yang tak sihat. Kucing, ayam, itik semua demam. Dah boleh beku dah. 

Semalam adalah perjalanan yang sangat panjang walaupun sebenarnya tak la sejauh seperti dari utara ke selatan. Menghala ke Kuantan dengan melalui jalan pantai agak memenatkan bila nak dibandingkan melalui jalan Jerangau Jabor. Dah la jauh takleh speed plak tu. Tapi disebabkan ada kerja kerja yang perlu diselesaikan terpaksa la kami melalui jalan pantai. 

Singgah di 2 buah Sekolah Teknik di sepanjang jalan dan meneruskan perjalanan ke Kuantan. Setelah puas meninjau barang barang yang akan dibeli minggu depan, kami terus ke tempat utama yang ingin di tuju iaitu Tutti Frutti. Aku memang dah lama mengidam nak makan ni. Asyik tengok orang makan je meleleh la jugak air liur.

Sampai je sana aku terus amik cup yang palinggg besarrr. Cukup untuk kami tiga orang. 
Sedang membuat decoration
Saya mau banyak banyak
Rambang mata 
Siap untuk di ngap!



 Tak sabar nak ngap!

Konon konon sedap giler ah ni.. 
Semuanya RM 24.05 pas diskaun
1 Jan 2012 punya ada 20% diskaun. Jum pegi lagi!
Sedap! sedap! sedap! 

Pastu pulang. Papai!



Melayan Perasaan

Saturday, December 24, 2011

Rolling In The Deep

There's a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare.

See how I'll leave, with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do.

There's a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.

The scars of your love, remind me of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it
To the beat

Baby I have no story to be told
But I've heard one of you and I'm gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there as mine sure won't be shared

The scars of your love, remind you of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can't help feeling
We could have had it all

Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it
To the beat

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it
With a beating

Throw your soul threw every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow

We could have had it all
We could have had it all
We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat

We could have had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand

But you played it,
You played it,
You played it
You played it to the beat

Wishlist

Friday, December 23, 2011

Hi silent readers. 

Sekarang aku menulis dalam keadaan yang sangat lapar. Lepas siap entry ni confirm aku ke dapur cari makanan. 

Bercakap tentang wishlist atau lebih dikenali dengan harapan atau cita cita yang ingin dicapai . Tak kira lah tentang apa sekali pun sama ada kerjaya, gadget, kebahagian atau segalanya. Semua orang pasti ada apa yang diinginkan yang masih belum dicapai. Begitu juga dengan aku. Masih banyak yang aku inginkan yang masih dalam progress. Bukan bermakna tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Tapi ingin meningkatkan kualiti hidup dengan lebih baik. Mencuba apa yang kita tak tahu yang kita boleh buat. Dan kita hanya akan tahu selepas kita buat. 

First thing. 
Happy Family

Ya. Seperti yang semua orang inginkan. Aku sedang berusaha ke arah itu. Mempunyai suami dan anak anak yang bakal menjadi pelengkap hidup. 

2nd
Bukan senang menjadi guru

Mencapai apa yang sedang diusahakan sehingga kini. Dan meningkatkannya pada masa hadapan dengan wishlist di bawah.

3nd
Master Holder. Kalau boleh lebih dari itu. 

Tak salah bercita cita tinggi kan? Aku nak tebus kembali kegagalan tahun lepas. Semoga termakbul. Amin. Dengan ini aku boleh berada lebih dari di sekolah. InsyaAllah.

4th
My own car

Yang ni tak boleh tergesa gesa. Maybe setahun akan datang. Pakai apa yang ada dulu. 

5th
Home sweet home

Bak kata ayah aku "dari kau beli kereta mahal mahal baik kau beli aset". Betul jugak. Kereta makin tahun makin susut nilai. Rumah makin lama makin naik harga. 

Berusahalah!!!

Ngedate bersama Puan Wahyu

Sunday, December 18, 2011

Salam readers.

Seperti biasa. Setelah memeram gambar gambar yang disnap semasa berjalan jalan, menunggu sehingga mood yang sedang tidur ini bangun dan setelah itu barulah otak bergerak dengan ligatnya serta jari jemari menekan keyboard dengan lajunya. 

Setelah agak setahun aku tidak bersua muka dengan my bff, akhirnya satu temu janji telah ditentukan. Tu pun sebab kebetulan Wahyu balik kampung dan aku pulak sedang syok bercuti di kampung halaman. Khalish pun dah besar. Dah boleh panggil "mokcik ida" dah. Dah boleh main cium cium lagi. Dah lama sikit tukar panggilan pulak. Dia panggil aku "aunty". Clever boy .

Tempat pertama yang kami pergi ialah Pizza Hut di Giant Kuala Terengganu. Macam biasa bila dah jumpa macam macam cerita la keluar. Tapi yang pastinya semuanya di luar jangkaan aku. Lepas dengar semua cerita cerita tu aku bersyukur sebab aku tak lagi bersama dengan mereka. Memang betul. Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dah puas melantak sambil bercerita kami keluar mencari tempat yang boleh dilawati di sekitar Kuala Terengganu. Hujan ke tak ke redah aje. Nak tunggu panas, alamatnya duk rumah je la musim musim macam ni kan.

So, kami memilih untuk pergi ke Taman Tamadun Islam. Sampai je kat sana, terkejut jugak aku, ramai rupanya orang kat sana. Hujan hujan pun ramai orang. Agaknya sume orang pikir macam aku kot. Pastu sampai sana, kitorang sambung sembang lagi. Masa duk sembang sembang tu kami terpandang pada River Cruise kat situ. Apa lagi terus kitorang beli tiket. RM 10 je. Untuk Khalish free je sebab kanak kanak. 

Macam River Cruise Melaka jugak. Cuma yang aku suka boat die besar. Ada meja lagi dan tak sesak. Siap boleh jalan jalan lagi atas boat kot kot la nak snap picture cantek cantek kat sana. Abis tu takkan takde gambar kan? Ish... Mesti la ada. Jum usha!

Mengecek nama

Wahyu & Khalish

Mak excited. Anak ketakutan.

Ye. Kami sedang memaksa Khalish senyum.

Kincir angin

Pandangan TTI dari jauh

Melalui bawah jambatan

Tempat pembinaan bot. Antara bot yang berharga sehingga jutaan ringgit.


Pulau Duyung

Suatu hati nanti aku akan menjejakkan kaki ke restoran tu.

Kat Terengganu pun ada ICT rupanya. (Ikan Celup Tepung).

Antara benda yang menjadi tanda tanya. Rupanya tempat pembiakan ikan. 

Masjid Kristal
Walaupun rasanya ni kali ke tiga aku sampai ke TTI ni, aku tak pernah jemu lagi kat lepak sini. Cantik dan tenang. Cuma kali ni airnya sedikit keruh sebab hujan. kalo nak tengok jernih sikit tunggu lepas bulan 3 yek!


Facebook Timeline

Thursday, December 15, 2011

Salam all.

Adakan anda semua tahu bahawa Facebook sedang menukar profile page kita semua secara berperingkat kepada Facebook Timeline? 

Hate this ok. 
Dan aku adalah antara salah seorang yang telah ditukar secara paksa oleh Mark. Sungguh tidak aku gembira dengan keadaan ini. Dulu, sebelum ianya dilaksanakan secara paksa, aku pernah try tukar kepada Timeline. setelah beberapa hari menggunakannya aku dah buat keputusan untuk remove balik application ni. Tapi akhirnya aku dah buat keputusan bahawa ianya terlalu comlplicated dan menyerabutkan. Tapi tak pada sesetengah orang. Mungkin ada yang menggemari FB Timeline ni. 


Puas aku cari camana nak remove benda ni. Tapi akhirnya aku kechiwa.  Kali ni memang tak boleh tukar dah. Auto change agaknya. So terpaksa la aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Ni beberapa komen yang aku jumpa mengenai FB Timeline ni.


Da Comments!


I Love FB Timeline!!!!!!

Membusuk

Monday, December 12, 2011

Salam readers!

Hari ni adalah hari paling busuk yang pernah aku rasa. Kenapa? Ceritanya begini.

Pada suatu hari... Ish. Macam cite budak budak plak. Ok. Macam ni. Seperti yang telah diceritakan pada entri entri lepas, aku sedang bercinta. Eh salah. Bercuti sebetulnya. Dan secara tidak langsung aku sedang menjadi suri rumah sepenuh masa dan melakukan segala kerja rumah yang ada termasuklah memasak. Aku ni malas skit masak tapi mengenangkan itu adalah Tanggungjawab, Jadinya kena la aku masak kan.  

Nak dijadikan cerita, masa duk bincang bincang ngan nenek nak masak apa hari ni, nenek aku dah mengeluarkan satu idea yang dipikirkan agak bernas untuk dijadikan sebagai lauk hari ni. Apakah itu? 

Gulai lemak sayur nangka. 
Ikan goreng
Ikan masin

Hmm.. Mula mula aku macam. "aahh. malasnya nak wat gulai gulai ni". Tapi bila pikir pikir lagi, "boleh la. Sedap jugak".

So, bertungkus lumus la kami dari mengait nangka yang belum masak tu. "mengait". Maca tinggi je kan. Padahal rendah je. Separas pinggang je. Hehe. Senang la keje. Pastu siang, potong, basuh sume nangka. Then celur la. Pastu tumbuk sume bahan (lengkuas, kunyit, halia, ketumbar) n perah la santan. masak semua bahan tu, last skali masukkan nangka yanh dicelur tu. Pastu siap!

Ambik. Satu periuk aku humban

Pastu dah siap ni, aku goreng ikan plak. Pas siap goreng ikan, goreng la ikan masin. Nenek aku keluarkan ikan masin ntah dari mana pon tak tau. Masa menggoreng tu aku dah rasa lain macam dah. Tapi takpe aku siapkan goreng semua dulu. Akhirnya berjaya jugak.

Dah siap baru aku perasan satu rumah dah bau ikan kering. Dengan aku aku skali bau. Arggh! busuk weh!. Dah la sejuk. Malas nak mandi. Nanti beku. (Alasan). Aku memang malas mandi. Haha

Tak larat nak cium bau sendiri. Haih!

Aktiviti di Musim Cuti

Saturday, December 10, 2011

Assalamualaikum

Hi kawan kawan! Hi readers! Hi sume! (Oh, banyaknye hi).

Agak lama aku tak update belog kan. Tipu. bukan agak lama. Tapi sangattt lama. Entah lah. Akhir akhir ni susah betul nak mengumpul tenaga, idea, serta mood untuk meng update belog ni. Padahal dulu, "tertubuhnya" belog ni adalah sebagai penghibur hatiku yang "lara" ni. Haha. Ayat tak boleh belah. Tapi betul Yang ni tak tipu. 

Sekarang aku tengah bersuka ria, bergembira dan bergelak ketawa bersama ibu bapa dan famili tersayang di rumah. Cuti beb! Sebulan beb! Hurm.. Tetiba teringat kat sorang lecturer aku di sana. Hehe. Tapi aku harap cuti ni hanya sebulan dan takkan bertambah seperti khabar angin yang sering bersiul di telingaku yang comel ni. 

Tapi kan, hari ni kan, aku dapat satu berita. Berita gembira. Tau tak apa? Tapi yang aku boleh cakap aku tak pernah dapat kot result macam tu masa belajar kat UUM dulu. Sesak napas kot nak dapat tu. Tapi Alhamdulillah. Semuanya baik and I'm really really happy for that!

Ok. Berbalik pada hari hari cuti aku. Aktiviti yang senantiasa tidak pernah lari dari hidup ialah menjadi seorang suri rumah. Memandangkan mak dan ayah aku kerja, yang ada kat rumah pulak hanyalah dua adik lelaki yang hanya tahu main game, main game dan main game selain menjaga lembu lembu ternakan ayahku itu dan juga seorang adik perempuan yang masih berumur 10 tahun. Apalah la sangat yang dia boleh buat kan. Tengok katun je tahu. Tapi sebagai kakak sulung aku mempunyai kuasa veto untuk mengarahkan apa sahaja yang aku mahu!! muhaha (gelak jahat). 

Tapi selain mereka, aku ada seorang nenek yang sangat rajin memasak sampai aku terpaksa berebut untuk ke dapur. (Konon nak cakap pandai masak la tuh). Betul. Sejak aku berebut menggunakan dapur di rumah, aku dah mulai mengingati kebanyakan masakan masakan sedap nenek aku. Time cuti ni la nak test power kan. Tapi aku paling takut masak untuk my dad! Sikit je tak kena memang penangannya menusuk kalbu. Tapi ni la dikatakan belajar dari kesilapan kan. Untuk sesetengah benda aku mungkin tak pernah belajar dari kesilapan. Yeah! right. It's all my fault. 

Hari ni aku belajar masak lagi. Masak gulai ayam kampung. Ada ke yang tak pernah makan ayam kampung? Sedap woah! Rugi sape yang tak pernah try. Kat sini, aku buat semuanya tradisional. Apa tu tradisional? Maksud aku cara buatnya. Dari kelapa yang baru luruh, mengopek kelapa, memesin, memerah santan. Bawang, halia, sume ditumbuk sendiri. Ayam disembelih dan dicabut bulunya. Semuanya lah. Sekarang ayam tuh tengah duk dalam periuk. Kena masak lama sikit sebab bagi daging dia lembut. Pasni aku nak g makan nasik minyak kat umah sebelah. Malas tul. Hujan. Sejuk weh. Dari subuh tadi lagi hujan tak berenti. Biasa lah. bila duk kat Pantai Timur ni kami memang dah bersedia dengan musim macam ni. Beku sepanjang bulan. Hehe.

Ok lah. Nak g tengok apa dah jadi ngan ayam aku tuh. bye! And da last words...




Tamat Sudah

Sunday, December 4, 2011

Salam readers.

02 Dec 2011 iaitu tarikh aku menduduki interview SPP setelah setahun menjadi guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Masih terbayang hari pertama aku menjejakkan kaki di sana bersama mak, ayah dan adik. Masuk Dewan Sri Kandi, beratur untuk pendaftaran, masuk hostel, minggu pengurusan yang sangat meletihkan dan mengikuti kelas seharian serta praktikal yang banyak mengajar aku kehidupan sebagai seorang guru.

Melalui pelbagai suka duka di sana bersama teman-teman dan para pensyarah yang pelbagai ragam. Juga kadang kadang sakit hati dengan pelbagai peraturan dan undang undang yang aku tak dapat akur dan terpaksa aku langgar. Heh. Banyak. Sangat banyak memori di sana. Yang paling aku takkan lupa sampai bila bila lawatan ke Tawau yang sangat havoc oleh Unit BI 2, lecturers, tempat yang dilawati dan memori di sana. Mungkin aku akan ke sana lagi tapi mustahil ianya akan seindah, sehepi dan sehavoc tempoh hari. 



Semua terpaksa turun setelah Dr. K mengamuk. Haha

Bercerita tentang hari akhir aku di IPG, iaitu hari aku di temuduga SPP. Nak tau dia tanya apa tak? Meh nak cerita sikit.

Mula mula masuk biasa, ketuk pintu and bagi salam. Then, bagi buku rekod dan dokumen yang diminta. Duduk bila disuruh. Ada 2 orang penemuduga. Tapi sepanjang aku duk dalam bilik temuduga tu aku langsung tak gemuruh. Ni la petanda yang aku mau. Hehe. So, soalannya:

1. Since die dah tengok Degree aku. Dia tanya la pasal degree aku. Apakah dasar luar negara Malaysia selepas Merdeka. Parah jugak nak mengingat balik benda benda lama ni. Tapi aku goreng je la sedaya mungkin. Yang penting confident mesti ada.

2. Dia suh aku wat micro teaching in any topic. Aku pilih topic "Family". Tak sampai 5 minit pun. 

3. Dia tanya macamana kita nak membudayakan English Language kat sekolah. Yang ni paling sedap menggoreng. Banyak pulak idea. Rasa macam tak nak berenti je. Heh.

Rasanya group kami adalah antara yang beruntung sebab soalan yang ditanya boleh digoreng walaupun tak la sesedap yang diinginkan. Sebab group lain dapat soalan fakta. Susah woo. Banyak jugak la aku studi and baca apa yang patut. Tapi sekurang kurangnya aku tau apa agenda dan isu isu pendidikan yang ada skang. Tak gitu? Lagi satu, oleh sebab kami ni English course so the interview session was conducted fully in English. 

P/s: Betul kata Wahyu. Jangan dengar cakap orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!