Ngedate bersama Puan Wahyu

Sunday, December 18, 2011

Salam readers.

Seperti biasa. Setelah memeram gambar gambar yang disnap semasa berjalan jalan, menunggu sehingga mood yang sedang tidur ini bangun dan setelah itu barulah otak bergerak dengan ligatnya serta jari jemari menekan keyboard dengan lajunya. 

Setelah agak setahun aku tidak bersua muka dengan my bff, akhirnya satu temu janji telah ditentukan. Tu pun sebab kebetulan Wahyu balik kampung dan aku pulak sedang syok bercuti di kampung halaman. Khalish pun dah besar. Dah boleh panggil "mokcik ida" dah. Dah boleh main cium cium lagi. Dah lama sikit tukar panggilan pulak. Dia panggil aku "aunty". Clever boy .

Tempat pertama yang kami pergi ialah Pizza Hut di Giant Kuala Terengganu. Macam biasa bila dah jumpa macam macam cerita la keluar. Tapi yang pastinya semuanya di luar jangkaan aku. Lepas dengar semua cerita cerita tu aku bersyukur sebab aku tak lagi bersama dengan mereka. Memang betul. Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dah puas melantak sambil bercerita kami keluar mencari tempat yang boleh dilawati di sekitar Kuala Terengganu. Hujan ke tak ke redah aje. Nak tunggu panas, alamatnya duk rumah je la musim musim macam ni kan.

So, kami memilih untuk pergi ke Taman Tamadun Islam. Sampai je kat sana, terkejut jugak aku, ramai rupanya orang kat sana. Hujan hujan pun ramai orang. Agaknya sume orang pikir macam aku kot. Pastu sampai sana, kitorang sambung sembang lagi. Masa duk sembang sembang tu kami terpandang pada River Cruise kat situ. Apa lagi terus kitorang beli tiket. RM 10 je. Untuk Khalish free je sebab kanak kanak. 

Macam River Cruise Melaka jugak. Cuma yang aku suka boat die besar. Ada meja lagi dan tak sesak. Siap boleh jalan jalan lagi atas boat kot kot la nak snap picture cantek cantek kat sana. Abis tu takkan takde gambar kan? Ish... Mesti la ada. Jum usha!

Mengecek nama

Wahyu & Khalish

Mak excited. Anak ketakutan.

Ye. Kami sedang memaksa Khalish senyum.

Kincir angin

Pandangan TTI dari jauh

Melalui bawah jambatan

Tempat pembinaan bot. Antara bot yang berharga sehingga jutaan ringgit.


Pulau Duyung

Suatu hati nanti aku akan menjejakkan kaki ke restoran tu.

Kat Terengganu pun ada ICT rupanya. (Ikan Celup Tepung).

Antara benda yang menjadi tanda tanya. Rupanya tempat pembiakan ikan. 

Masjid Kristal
Walaupun rasanya ni kali ke tiga aku sampai ke TTI ni, aku tak pernah jemu lagi kat lepak sini. Cantik dan tenang. Cuma kali ni airnya sedikit keruh sebab hujan. kalo nak tengok jernih sikit tunggu lepas bulan 3 yek!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!