Salam readers.
02 Dec 2011 iaitu tarikh aku menduduki interview SPP setelah setahun menjadi guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Masih terbayang hari pertama aku menjejakkan kaki di sana bersama mak, ayah dan adik. Masuk Dewan Sri Kandi, beratur untuk pendaftaran, masuk hostel, minggu pengurusan yang sangat meletihkan dan mengikuti kelas seharian serta praktikal yang banyak mengajar aku kehidupan sebagai seorang guru.
Melalui pelbagai suka duka di sana bersama teman-teman dan para pensyarah yang pelbagai ragam. Juga kadang kadang sakit hati dengan pelbagai peraturan dan undang undang yang aku tak dapat akur dan terpaksa aku langgar. Heh. Banyak. Sangat banyak memori di sana. Yang paling aku takkan lupa sampai bila bila lawatan ke Tawau yang sangat havoc oleh Unit BI 2, lecturers, tempat yang dilawati dan memori di sana. Mungkin aku akan ke sana lagi tapi mustahil ianya akan seindah, sehepi dan sehavoc tempoh hari.
Semua terpaksa turun setelah Dr. K mengamuk. Haha |
Bercerita tentang hari akhir aku di IPG, iaitu hari aku di temuduga SPP. Nak tau dia tanya apa tak? Meh nak cerita sikit.
Mula mula masuk biasa, ketuk pintu and bagi salam. Then, bagi buku rekod dan dokumen yang diminta. Duduk bila disuruh. Ada 2 orang penemuduga. Tapi sepanjang aku duk dalam bilik temuduga tu aku langsung tak gemuruh. Ni la petanda yang aku mau. Hehe. So, soalannya:
1. Since die dah tengok Degree aku. Dia tanya la pasal degree aku. Apakah dasar luar negara Malaysia selepas Merdeka. Parah jugak nak mengingat balik benda benda lama ni. Tapi aku goreng je la sedaya mungkin. Yang penting confident mesti ada.
2. Dia suh aku wat micro teaching in any topic. Aku pilih topic "Family". Tak sampai 5 minit pun.
3. Dia tanya macamana kita nak membudayakan English Language kat sekolah. Yang ni paling sedap menggoreng. Banyak pulak idea. Rasa macam tak nak berenti je. Heh.
Rasanya group kami adalah antara yang beruntung sebab soalan yang ditanya boleh digoreng walaupun tak la sesedap yang diinginkan. Sebab group lain dapat soalan fakta. Susah woo. Banyak jugak la aku studi and baca apa yang patut. Tapi sekurang kurangnya aku tau apa agenda dan isu isu pendidikan yang ada skang. Tak gitu? Lagi satu, oleh sebab kami ni English course so the interview session was conducted fully in English.
P/s: Betul kata Wahyu. Jangan dengar cakap orang.
0 comments:
Post a Comment