Wishlist

Friday, December 23, 2011

Hi silent readers. 

Sekarang aku menulis dalam keadaan yang sangat lapar. Lepas siap entry ni confirm aku ke dapur cari makanan. 

Bercakap tentang wishlist atau lebih dikenali dengan harapan atau cita cita yang ingin dicapai . Tak kira lah tentang apa sekali pun sama ada kerjaya, gadget, kebahagian atau segalanya. Semua orang pasti ada apa yang diinginkan yang masih belum dicapai. Begitu juga dengan aku. Masih banyak yang aku inginkan yang masih dalam progress. Bukan bermakna tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Tapi ingin meningkatkan kualiti hidup dengan lebih baik. Mencuba apa yang kita tak tahu yang kita boleh buat. Dan kita hanya akan tahu selepas kita buat. 

First thing. 
Happy Family

Ya. Seperti yang semua orang inginkan. Aku sedang berusaha ke arah itu. Mempunyai suami dan anak anak yang bakal menjadi pelengkap hidup. 

2nd
Bukan senang menjadi guru

Mencapai apa yang sedang diusahakan sehingga kini. Dan meningkatkannya pada masa hadapan dengan wishlist di bawah.

3nd
Master Holder. Kalau boleh lebih dari itu. 

Tak salah bercita cita tinggi kan? Aku nak tebus kembali kegagalan tahun lepas. Semoga termakbul. Amin. Dengan ini aku boleh berada lebih dari di sekolah. InsyaAllah.

4th
My own car

Yang ni tak boleh tergesa gesa. Maybe setahun akan datang. Pakai apa yang ada dulu. 

5th
Home sweet home

Bak kata ayah aku "dari kau beli kereta mahal mahal baik kau beli aset". Betul jugak. Kereta makin tahun makin susut nilai. Rumah makin lama makin naik harga. 

Berusahalah!!!

4 comments:

suri solehah on December 23, 2011 at 2:35 PM said...

dah makan?

AmyZana on December 23, 2011 at 2:43 PM said...

yes ! berusahalah sungguh2 utk tingkatkan kualiti hidup :] sye pun byk gak cite2 nak masuk thn baru tp persoalannye adakah cite2 itu akan tercapai? -_-

a loqman on December 23, 2011 at 4:09 PM said...

singgah tgh hari

wunny on December 23, 2011 at 5:32 PM said...

wowww... good luck!! smoge dpt ape yg nk;)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!