Assalamualaikum
Hi kawan kawan! Hi readers! Hi sume! (Oh, banyaknye hi).
Agak lama aku tak update belog kan. Tipu. bukan agak lama. Tapi sangattt lama. Entah lah. Akhir akhir ni susah betul nak mengumpul tenaga, idea, serta mood untuk meng update belog ni. Padahal dulu, "tertubuhnya" belog ni adalah sebagai penghibur hatiku yang "lara" ni. Haha. Ayat tak boleh belah. Tapi betul Yang ni tak tipu.
Sekarang aku tengah bersuka ria, bergembira dan bergelak ketawa bersama ibu bapa dan famili tersayang di rumah. Cuti beb! Sebulan beb! Hurm.. Tetiba teringat kat sorang lecturer aku di sana. Hehe. Tapi aku harap cuti ni hanya sebulan dan takkan bertambah seperti khabar angin yang sering bersiul di telingaku yang comel ni.
Tapi kan, hari ni kan, aku dapat satu berita. Berita gembira. Tau tak apa? Tapi yang aku boleh cakap aku tak pernah dapat kot result macam tu masa belajar kat UUM dulu. Sesak napas kot nak dapat tu. Tapi Alhamdulillah. Semuanya baik and I'm really really happy for that!
Ok. Berbalik pada hari hari cuti aku. Aktiviti yang senantiasa tidak pernah lari dari hidup ialah menjadi seorang suri rumah. Memandangkan mak dan ayah aku kerja, yang ada kat rumah pulak hanyalah dua adik lelaki yang hanya tahu main game, main game dan main game selain menjaga lembu lembu ternakan ayahku itu dan juga seorang adik perempuan yang masih berumur 10 tahun. Apalah la sangat yang dia boleh buat kan. Tengok katun je tahu. Tapi sebagai kakak sulung aku mempunyai kuasa veto untuk mengarahkan apa sahaja yang aku mahu!! muhaha (gelak jahat).
Tapi selain mereka, aku ada seorang nenek yang sangat rajin memasak sampai aku terpaksa berebut untuk ke dapur. (Konon nak cakap pandai masak la tuh). Betul. Sejak aku berebut menggunakan dapur di rumah, aku dah mulai mengingati kebanyakan masakan masakan sedap nenek aku. Time cuti ni la nak test power kan. Tapi aku paling takut masak untuk my dad! Sikit je tak kena memang penangannya menusuk kalbu. Tapi ni la dikatakan belajar dari kesilapan kan. Untuk sesetengah benda aku mungkin tak pernah belajar dari kesilapan. Yeah! right. It's all my fault.
Hari ni aku belajar masak lagi. Masak gulai ayam kampung. Ada ke yang tak pernah makan ayam kampung? Sedap woah! Rugi sape yang tak pernah try. Kat sini, aku buat semuanya tradisional. Apa tu tradisional? Maksud aku cara buatnya. Dari kelapa yang baru luruh, mengopek kelapa, memesin, memerah santan. Bawang, halia, sume ditumbuk sendiri. Ayam disembelih dan dicabut bulunya. Semuanya lah. Sekarang ayam tuh tengah duk dalam periuk. Kena masak lama sikit sebab bagi daging dia lembut. Pasni aku nak g makan nasik minyak kat umah sebelah. Malas tul. Hujan. Sejuk weh. Dari subuh tadi lagi hujan tak berenti. Biasa lah. bila duk kat Pantai Timur ni kami memang dah bersedia dengan musim macam ni. Beku sepanjang bulan. Hehe.
Ok lah. Nak g tengok apa dah jadi ngan ayam aku tuh. bye! And da last words...
4 comments:
Masak gulai ayam kampung? Sedap sangat tu!! Boleh pos sikit kat JR?
Tajuk entri terbaru di blog JR: "Fakta Mengejutkan Tentang Gerhana Bulan Malam Ni..Mesti Baca!!"
Masak gulai ayam kampung? Sedap sangat tu!! Boleh pos sikit kat JR?
Tajuk entri terbaru di blog JR: "Fakta Mengejutkan Tentang Gerhana Bulan Malam Ni..Mesti Baca!!"
mkan gulai ayam kampung ingat kat org sini sama yerr hihi selamat bercutiii :)
oho...
kena buat sesi penurunan resepi pulak nih!
hahaha..
Post a Comment