Mengenali Permainan Tradisional

Saturday, February 26, 2011

Assalamualaikum

kali ni aku nak memperkenalkan dan mengingatkan korang dengan permainan tradisional yang dah lama kita tinggalkan sejak zaman ICT mula mengambil tempat dalam kehidupan kita. Mari kita mulakan dengan aktiviti pertama.

Tarian dan perbarisan

Okeh! gedebak gedebuk gedebak gedebuk acara permainan pun bermula secara serentak. Aku opkos la photographer. (Awal-awal dah kalah). Jom tinjau apa yang ada.

 Konda kondi. 

tapak permainan paling lama aku lepak. Tapi sampai habes pon aku tak paham macam mana mainnya.

 Congkak

Permainan paling aku suka tapi tak dapat masuk sebab dah penuh. Kesian kan.


 Dam haji

 Galah Panjang. Time sekolah rendah suka sangat main ni petang petang.

 Rebut Negeri a.k.a tarik tali. (tak macam tali pon)

 Lompat getah. Game ni la aku kalah. Biasa la dah besar, takleh la lompat tinggi tinggi. (Alasan)

Batu Seremban. Ni pon antara permainan yang paling aku suka time kecik kecik.

Okeyh! Dah. Habes. Dah penat main lari lari lompat lompat. Nak baca buku lak. Lalala~~



Bubye!

Jangan Kau Lepas

Friday, February 25, 2011

Luv this video n the lyrics!


Teringin nak jadik macam nenek tuh! oh! So00000 Sweet!! Alangkah beruntungnya dia.. =) 


Dan jadilah orang yang sentiasa menggembirakan orang lain.

Kulat dan Dendam

Saturday, February 19, 2011

Assalamualaikum

Aku dan makanan adalah satu kombinasi yang tidak asing lagi. Takde makanan yang aku allergic. Kamcing lagi ada. So hari ni aku nak mulakan entri dengan penemuan aku dengan sejenis makanan ini.

 Ha, bukak mata luas luas tengok apa tu..

 Dan ini juga!

 Tarikh Luput, 20/02/11.

Hari ni, baru 19/02 tapi dah berkulat. Ada 3 roti yang sama dan ketiga tiga roti menerima nasib yang sama. Agak marah dan kecewa. Berlapar la kami pagi tadi. 

Dan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Untuk membalas dendam terhadap roti tersebut aku telah memilih beberapa jenis makanan untuk dijamah hari ni iaitu:

 Corny Bean Desert (KFC)

 Mellon Mochi (J.Co Donuts & Coffee)

 Donut (chocolate)

 Donut separuh (Coffee)

 Sisa sisa

Sushi for my dinner

Puas hati! 

Facebook! Oh Facebook!

Friday, February 18, 2011

Assalamualaikum

Bercerita mengenai Laman Web Sosial yang digilai ramai mengenai pelbagai isu baik dan buruk. Kali ni aku ingin berkongsi dan juga mungkin meminta pendapat daripada rakan rakan yang sememangnya arif mengenai laman web tersebut. 

Beberapa bulan kebelakangan ni, aku ada menerima beberapa "misscall" daripada nombor nombor yang tidak dikenali. Agak musykil. Tapi hanya membiarkan saja. Bagi aku "kalau dia ada urusan dengan aku dia call la balik". Dan keadaan tu menjadi masalah picisan bagi ku.

Suatu hari terdetik untuk aku melihat profil di Fb. View punya view, alangkah terkejutnya aku apabila melihat no hp aku terpampang pada profil. Mengambil langkah pantas, terus mendelete no tersebut. 

Tapi yang menghairankan, macam mana no hp aku boleh berada di situ sedangkan tak pernah terdetik untuk aku mewar warkannya?


Menerima Lamaran untuk Masa Hadapan!

Wednesday, February 16, 2011

As Salam semua!

Wah! Hari ni sangat letih ngan macam macam aktiviti sampai lewat petang. So skang ialah masa untuk aku berehat rehat bersama roommate terchenta dan juga tilam yang sungguh menambat hati. 

Tapi sebelum bersama mereka, sempat jugak aku berfoya foya di YM jap. Dan tanpa disangka sangka aku telah mendapat lamaran untuk masa hadapan. So boleh la aku jadikan sebagai calon simpanan. Hihi.

Jom tonton perbualan lamaran tersebut.

P/s: Sila klik gambar untuk tumbesaran  






Nama pelamar mesti dikabur untuk mengelakkan "ready stock" menangis tak tido malam. 

Sekarang aku boleh tidur dengan lenanya. 
Nite!


Warning!: Don't take this too serious.


Contest Candid Terbaik

Sunday, February 13, 2011

Yeay!! 
Sebab tengah bosan, So aku nak join contest Mrs Chenta

Kita Tempek satu pic!

Ni Kenduri kahwin BFF aku. Punye la syok sembang. Ntah ape aku tunjuk pon aku tak tau. 

You are Taggged!


Sila join beramai ramai!!
Klik SINI

What da Small Small Small World

Assalamualaikum

Pertama kali terpandang muka dia, hati aku cakap "eh muka dia sejibik muka kawan aku kat sekolah dulu la. Maybe pelanduk dua serupa kot" So aku diam je la.

Pastu masuk kelas, ada sesi berkenalan. Macam biasa la tajuk yang dibincangkan  seperti nama, asal, dari Universiti mana, pengalaman kerja dan status perkahwinan. Tapi perbualan waktu formal ni tak cukup. 

Kebetulan ada masa free, so aku sembang la ngan dia ni lagi. Aku ingat dia pernah cakap dia pernah jadi researcher, then I ask her a lot. Tanya punya tanya, bual punya bual rupa rupanya dia ni senior tempat kerja dulu. Dah la dia ni senior UUM, senior course pulak tuh. Kawan dia pon lecturer aku. Banyak pulak kebetulan nye. 

Aku dapat group assignment ngan dia. Pastu terdetik nak cakap yang dia ada iras ngan kawan aku time sekolah dulu. So aku cakap je la. "Akak, muka akak ni sebijik ngan kawan saya kat sekolah dulu, nama dia dot dot dot". Akak tu suruh aku ulang. Then aku ulang je la ayat yang sama. Hehe. Dia replied " tu adik akak la". Haha. 

So korang paham tak sekarang?
Dalam masa yang sama dia,
Senior Universiti,
Senior course,
Senior tempat kerja,
Kawan dia lecturer aku,
Adik dia kawan aku.
jugak sekelas ngan aku.

Kecik rupanya dunia ni...

 Picture: credit to Encik Google

Input di Hujung Minggu

Saturday, February 12, 2011

Assalamualaikum

Pada mulanya malas sangat nak join program ni. Hari biasa dah penuh dengan aktiviti kelas dari pagi sampai malam. Hujung minggu je masa nak siapkan assignment dan rehat. Tapi dah kena kerah, join je la dengan terpaksanya. Tapi bila dah sampai sana, boleh dikatakan "rugi lah sape yang datang tadi hanya untuk mendaftar, dapatkan kupon makanan dan terus cabut". Sape nak bagi, Pergi berhantar, balik berjemput, dapat lagi duit nak isi perot. Cuma tadah telinga dan buka minda je.  


Tajuknya, Transformasi kecemerlangan Keluarga Sempena Sambutan Maulidurrasul dan Kempen Berzakat

Sebut pasal zakat, korang dah bayar zakat belum? bukan hari raya je nak bayar zakat. Bulan bulan gaji yang masuk tu bukan semuanya hak kita tau. Ada hak orang lain jugak kat situ. Nak senang buat la potongan gaji siap siap. Tak banyak pon. 2.5% je. Baru la bersih rezeki tu. Makin banyak kita memberi, makin banyak kita akan dapat. 

Habis bab zakat. Sekarang aku nak kongsikan sikit input yang diterima dari program tadi oleh Ustazah Zawiyah binti Hassan dari JAKIM. Antara isi yang dibincangkan:

Kepentingan komunikasi dalam sesebuah perhubungan. Kalau ada problem or ada yang tak kena, mesti bincang. Jangan simpan simpan. Tak perlu nak cerita ngan orang yang tak berkaitan terutamanya isu dalam kelambu. 

Nak bahagia ada 4 cara iaitu:
  1. Syukur
  2. Doa
  3. Sabar
  4. Saling memberi
Bukan duit ye. Kalau ada betimbun duit pon tapi kalau hati tak tenang, tak bahagia, tak guna. Dan kena ingat segala apa yang kita terima bukan lah hak kita hatta suami atau isteri atau anak atau harta berjuta. Tapi hak Allah. So, hargailah mereka dengan sebaiknya. 

Input dari panel ke dua iaitu Dr. Ishaireen binti Dalib dari Putra Specialist Hospital.
  1. Menjaga berat badan. 
  2. Menjaga kesihatan.
  3. Membuat self screening untuk breast cancer (setiap bulan) terutamanya untuk yang belum berkahwin.
  4. Tak payah nak berdukun berbomoh sangat.
Kesihatan adalah perkara yang sangat penting. Perut adalah tempat yang pertama yang akan menyumbang kepada segala jenis penyakit. So, "sayangi perut anda setiap hari".

Tammat

Kekangan

Tuesday, February 8, 2011

Asssalamualaikum

Entri malam ni hanyalah untuk meluahkan rasa yang terbuku untuk beberapa hari yang dirasakan kini dan juga untuk beberapa bulan akan datang. Kesibukan dan keletihan yang amat yang dirasakan membuatkan aku terpaksa mencuri masa untuk mengupdate belog nih. Tak sempat untuk berbelogwalking ke belog korang. Maaf. Kunjungan anda amatlah dihargai dan akan dibalas apabila berkelapangan. Juga tiada entri entri berinfo yang sempat dikongsikan bersama.

Tapi dalam kesibukan dan keletihan ni, masih ada kegembiraan dan pelbagai input yang diperolehi. Kelas yang happening, Kawan kawan yang sporting, Lecturer yang garang!, 3 orang kawan yang sama nama membuatkan aku mendapat nama baru yang sedikit janggal, undang undang yang ketat yang mungkin akan aku langgar (kuar tanduk) dan projek or trip yang tak sabar aku nak tunggu. 

Walau apa pun, tanggungjawab tetap tanggungjawab! Sama sama mendoakan kejayaan antara kita okey! Thanks!

Adios!

Petua Mencapai Impian!

Saturday, February 5, 2011

Assalamualaikum

Picture: credit to google

Hai kawan kawan! Hari ni aku nak berkongsi satu benda yang aku baru diperoleh dari adik aku iaitu "petua mencapai impian". Nak tau tak macam mana? Kalau nak tau, teruskan membaca. 

Pasti ramai yang mempunyai impian yang masih belum tertunai kan? Nak kerja best, nak rumah besar, nak jadi penceramah bebas, nak beli kereta lomborghini dan macam macam lagi. Maybe korang boleh try buat ni:

1. Ambil sekeping kertas dan senaraikan impian yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu yang ingin dicapai. Maybe 5 or 10 tahun akan datang. Impian yang ditulis mestilah logik dan tidak mustahil untuk dicapai.

2. Then, korang simpan kertas tu di tempat yang selamat. Kat mana mana je la. Dalam botol ke, Bawah katil ke, dalam almari ke, dalam dompet ke.  

3.  Berusahalah bersungguh sungguh untuk mencapai apa yang telah diimpikan. Jangan makan tido je tau. Kejayaan tak datang bergolek ye. 

4. Buka kembali kertas tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Masa ni korang dah lupa apa yang korang tulis. Dan korang tengok la apa yang dah korang capai. Pasti tercapai!

Idea ni bukan lah satu magic or psikik. Ini sebenarnya adalah doa beserta usaha yang telah dilakukan. 

p/s: Telah diceritakan oleh seorang pakar motivasi yang juga telah melakukan kaedah yang sama dan majoriti yang diimpikan tercapai. 

Nak buat jugak lah!!


Mengambil Berkat

Assalamualaikum

seperti yang kita sume tau, musim musim macam ni adalah musim mengawan. So, aku suka la pergi mengambil berkat kawan kawan ni. Hehe. Dia ni antara BFF aku. Kawan sekolah rendah dan jugak sekolah menengah. So dapat la aku jumpa dua generasi terus. Generasi kanak kanak dan jugak generasi pertengahan kanak kanak yang sekarang dah nak jadik generasi akhir kanak kanak. (Nak jugak status kanak kanak).

Pengantin

Pengambil berkat

Semuanya tak habis belajar lagi kecuali pengantin

Takyah habis belajar, jalan dulu pun takpe kan? (Gaya orang tak sabar memang macam ni) Hehe.
Mereka mereka yang kecoh

Kesimpulannya: Menghadiri majlis kahwin kawan kawan lama adalah salah satu cara "reunion". So, jom kite pakat serbu kenduri orang!

It's All About 25 Random Facts!

Thursday, February 3, 2011

Assalamualaikum

I've been tagged by EB to tell U about myself. Thanks!

The order: 

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

 Lets begin!

1. Dilahirkan pada 2 Mei 1986, jumaat, 8. 54 pagi di Hospital Sultanah
    Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan seberat 3.38 kg serta di
    "vacum!". 
2. Panggil saya Ieda. Siti pon boleh la.
3. Anak sulung dari 8 adik beradik.
4. Suka makan dengan banyaknya!
5. Suka melancong setiap hari. 
6. Pendiam pada mulanya tapi peramah bila selesa.
7. Suka aktiviti lasak.
8. cita cita sejak kecil yang tak pernah berlaku: mak tak kerja
9. Pencinta kucing dengan 7 ekor kucing di rumah.
10. Shopaholic! 
11. Love white colour so much!
12. Indipendent
13. Mudah bosan dengan sesuatu
14. Suka cakap kuat kuat. Haha
15. Mudah tersentuh dan menangis adalah kerja sampingan
16. Sangat menghargai kawan kawan yang menghargai aku
17. Masih mengejar cita cita dan mempunyai cita cita yang belum tercapai.
18. Sangat sayang keluarga bahagia yang dianugerahkan.
19. Suka futsal walaupun dah lama tak main.
20. Ada seorang BFF yang sehingga kini tidak pernah meninggalkanku dalam suka dan duka. 
21. I'm single but not available. (status budak budak)
22. Akan membeci apabila ditipu.
23. Penjaga hati tapi boleh menjadi kejam dalam keadaan tertentu.
24. I love myself!
25. Pemilik belog ini. Hehe.

Now, it's time to tag You!


Onde onde di Tengahari

Wednesday, February 2, 2011

Onde onde kelapa tak berapa muda

Assalamualaikum

Biasanya bulan puasa je kita boleh jumpa dan merasa onde onde kan? Kalau kat pasar pon susah nak jumpa. Haa.. Kali ni disebabkan aku dan adik adik mengidam nak makan kuih ni, so kitorang pon bertungkus lumus menyiapkannya walaupun guna kelapa yang tak berapa muda. Sebab takde orang nak amikkan kelapa muda. Tapi takpe, still sedap. Hehe. Bila buat sendiri ni boleh la nak buat sesuka hati. Boleh letak gula melaka banyak, kulitnya nipis. Tak macam sesetengah kuih ni yang kita beli kat kedai. So, sape yang teringin nak merasa kuih bermusim ni, boleh buat sendiri ok! ^___^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!