Input di Hujung Minggu

Saturday, February 12, 2011

Assalamualaikum

Pada mulanya malas sangat nak join program ni. Hari biasa dah penuh dengan aktiviti kelas dari pagi sampai malam. Hujung minggu je masa nak siapkan assignment dan rehat. Tapi dah kena kerah, join je la dengan terpaksanya. Tapi bila dah sampai sana, boleh dikatakan "rugi lah sape yang datang tadi hanya untuk mendaftar, dapatkan kupon makanan dan terus cabut". Sape nak bagi, Pergi berhantar, balik berjemput, dapat lagi duit nak isi perot. Cuma tadah telinga dan buka minda je.  


Tajuknya, Transformasi kecemerlangan Keluarga Sempena Sambutan Maulidurrasul dan Kempen Berzakat

Sebut pasal zakat, korang dah bayar zakat belum? bukan hari raya je nak bayar zakat. Bulan bulan gaji yang masuk tu bukan semuanya hak kita tau. Ada hak orang lain jugak kat situ. Nak senang buat la potongan gaji siap siap. Tak banyak pon. 2.5% je. Baru la bersih rezeki tu. Makin banyak kita memberi, makin banyak kita akan dapat. 

Habis bab zakat. Sekarang aku nak kongsikan sikit input yang diterima dari program tadi oleh Ustazah Zawiyah binti Hassan dari JAKIM. Antara isi yang dibincangkan:

Kepentingan komunikasi dalam sesebuah perhubungan. Kalau ada problem or ada yang tak kena, mesti bincang. Jangan simpan simpan. Tak perlu nak cerita ngan orang yang tak berkaitan terutamanya isu dalam kelambu. 

Nak bahagia ada 4 cara iaitu:
  1. Syukur
  2. Doa
  3. Sabar
  4. Saling memberi
Bukan duit ye. Kalau ada betimbun duit pon tapi kalau hati tak tenang, tak bahagia, tak guna. Dan kena ingat segala apa yang kita terima bukan lah hak kita hatta suami atau isteri atau anak atau harta berjuta. Tapi hak Allah. So, hargailah mereka dengan sebaiknya. 

Input dari panel ke dua iaitu Dr. Ishaireen binti Dalib dari Putra Specialist Hospital.
  1. Menjaga berat badan. 
  2. Menjaga kesihatan.
  3. Membuat self screening untuk breast cancer (setiap bulan) terutamanya untuk yang belum berkahwin.
  4. Tak payah nak berdukun berbomoh sangat.
Kesihatan adalah perkara yang sangat penting. Perut adalah tempat yang pertama yang akan menyumbang kepada segala jenis penyakit. So, "sayangi perut anda setiap hari".

Tammat

3 comments:

no name. i'm sorry on February 12, 2011 at 9:31 PM said...

nasihat yang sangat bagus. good job. :)

||aLeaSaRa|| on February 12, 2011 at 9:47 PM said...

setuju tu sis!dari perutlah punca segala penyakit.itu sebab keturunan nenek moyang zaman2 dulu bnayak pantang larang,kan.

IeDa on February 13, 2011 at 2:04 AM said...

mukaoren: thanks! okey! hehe

aLeaSara: betul3! Nenek sy suka mkn daun2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!