Berjaya Melepaskan Diri!

Saturday, April 30, 2011

Tak sampai sebulan balik ke kolej, aku dah rasa macam setahun kat sana. Assignment yang menimbun. Problem yang macam macam. Macam macam ragam  orang. Nak hantar sms sekeping pon tak sempat apa lagi bercakap di telefon. 

Labour day ni la peluang nak rehat. Siap siap aku beli tiket balik kampung. Haih! Tiba tiba plak ada program! Damn! Walau macamana pun aku kena balik! 

Akhirnya, setelah berkomunikasi dengan beberapa orang lecturer aku dan 2 member lagi dibenarkan balik. 

I'm Home!

Tengok tv, Main tenet dengan sepuasnya, Makan dengan banyaknya dan melupakan segala yang pahit!

Permulaan 2 May 2011, semoga tidak seperti permulaan 2 May 2010

Hapus air matamu!

Selamat ulangtahun hari lahir kepada Siti Nur Raidah bt Md Yusuf! 
Semoga segala harapan dan impian terlaksana. 
Semoga dirahmati Allah sentiasa.

Amin.

Jualan Murah!!

Thursday, April 28, 2011

Hari ni aku nak buat satu jualan kat belog kesayang ni. Tapi buat lelaki lelaki yang ganteng jangan kecewa kerana promosi ini bukan untuk kamu. Hihi. 

Yeah! Memperkenalkan! 

Bio Sanitary pad n Pantyliner

Pad ni berherba. Sangat bagus. 

Untuk keterangan lanjut, boleh klik pic ok!

ringkasan tentang pad yang bagus ni:

Menghilangkan bau, mencegah jangkitan
Rasa selesa, mencegah kegatalan, mengurangkan rasa tidak selesa
Menyingkirkan toksik, membuang angin perut, menghentikan darah, mencegah kesakitan
Menghilangkan bekuan darah, mencegah kesakitan
Mencegah jangkitang, melegakan kesakitan pinggang

I pon pakai tau! Memang best. Selesa. Pada sesiapa yang angin dalam badan tu, confirm kentut je keje. Hikhik. 

Dan, sape yang berminat boleh berhubung dengan Cik Puan di bawah ini yea!



Hana: 013-3983928


Fatin: 0126329768


Harga murah je. Cuma RM 10 setiap satu.


Try la!

Walkathon La Sangat

Saturday, April 23, 2011

BI 2 

Hari paling aku tak bersemangat. 

Orang mintak duit aku bagi. Orang suh hafal lagu, aku tak hafal. Sepatah haram aku tak ingat. Orang suh pg kul 7, dekat kul 8 baru aku sampai. Tapi bila orang ajak bergambar, aku paling laju. 

Pakai baju takde la semeriah group lain. Last last untung yang kami dapat. Tak pasal je menang 3 kategori. TQ la kawan kawan. Aku tak menyumbang apa apa pun. Sekadar mencukupkan korum dengan memenuhi syarat umum. 

Apa apa pun kejadian hari ni cukup "membola saljikan" mataku



Camping! Oh Camping!

Friday, April 22, 2011

Wah! Kami sudah pulang! 
Pulang dari mana?
Pulang dari camping!
Camping Apa?
Camping Unit berunifom.
Unit apa?
Pengakap dan KRS!

Walaupun tempat camping tak seindah yang digambarkan, tapi bersama rakan rakan dan lecturer yang best menghilangkan rasa kecewa tadi. 

Banyak pengalaman baru yang kami dapat. Antaranya:

 Mendirikan khemah. Dah berkali kali sebenarnya. Memang la. Kan dari sekolah rendah lagi kita dah ada perkhemahan. Cuma bezanya cikgu yang tolong pasangkan. Then, sekolah menengah. Sama jugak. Pastu masa kat universiti. Time ni buat sendiri. Rugi tak bawak sleeping bed. Kalau bawak mau aku tak bangun-bangun.

Masak beramai ramai. Masak macam ni ada yang best, dan ada yang tak best. Yang bestnya, kerja boleh siap cepat. Pastu boleh belajar cara masak yang baru. Dan semua ni boleh merapatkan lagi ukhuwah antara kawan kawan. Tapi yang tak bestnya, bila ditegur, buat muka. Marah la tuh. Tak boleh terima teguran? Ego namanya tuh. 

Sentri. Kena berjaga waktu malam, jadi jaga. Bab ni la paling aku tak suka bila camping sebab aku tak tahan berjaga malam. Tido paling lewat pon kul 1. Tu pon dah kuyu kuyu. Jawabnya aku tido time sentri. Sedor sedor dah pagi. Nasib baik takde pape. Hihi.

Ujian ujian yang mendebarkan. Antaranya, ujian kawad kaki beserta command, ujian tali temali dan ujian bantu mula. Semuanya individu. Yang lain semuanya lepas dengan jayanya kecuali ujian kawad. Banyak jugak sangkut weh. Buat pandai, tang command tu yang parah sikit. Tapi  semuanya lulus!

 Kami Sekawan Biru!

Mereka KRS!

Kami Bergabung!

Cik cik dan Puan Puan

Yeay! Kami lulus!

Sempat menyendeng En Bakar punya tebu! TQ En. Bakar. Maaf atas segala kesilapan kami. 

Alhamdulillah. Dan dapatlah kami dilauliahkan. Pengakap dapat manik kayu peringkat 2. KRS pulak dapat pangkat Laftenan muda. 

Yeay!!

I Love My... Contest!!!

Monday, April 18, 2011

Sayang, sayang, sayang


Sebelum meninggalkan belog ni selama seminggu, aku nak join 1 contest. And thanks to Aku sebab sudi menge "tagged" aku. Sekarang aku nak senaraikan segala yang disayangi dan dicintai dalam hidup ni. 

I Love my Mom!!!
I love my Dad!!!
I Love my Siblings!!!
I Love my special BFF!!!
I Love my BFF!!!
I Love my friends!!!
I Love my cikgu!!!

Now, I tag Sarah

Esok nak pegi camping!!! 

Papai!!

Jakunkah aku?

Saturday, April 16, 2011

Haaluuu kawan kawan!

Aktiviti berjalan yang tak pernah tamat dalam hidup aku. Semalam berlepas ke KL. Dan berjalan sepuas puasnya. Hari ni berangkat pulang ke kolej kediaman yang mengerikan. Esemen yang menimbun tak siap lagi. Tapi bukan tu yang nak dikisahkan. Tapi ini. Kisah aku yang agak jakun.

Kali ke dua sampai di Terminal Bersepadu Selatan. Pertama kali, last year tapi still under construction. Then, tadi, dah siap, dan membuatkan aku terasa begitu teruja di sana. Dah rasa macam kat airport dah. 

 Nak pegi mana? sume ada arah.

 Nak simpan beg pon boleh

 Picit-picit je. Tak payah orang dah. semuanya mesin. 

 Best  agaknye meeting kat bus station ni

 Yang ni paling aku suka. Besar gedabak. Kat Putra pon ade tapi kecik je. Senang nak tau. Tak payah la nak beratur 2,3 kali pegi tanye bas dah sampai ke, apa no. plat bas, bas kaler ape, n macam macam lah. Usha sini jek.

 Ni sesuai untuk orang sesat macam aku. Dalam stesen bas pon boleh sesat?

ha, ni pon untuk orang sesat jugak. Tapi untuk orang yang tak suka bercakap dengan mesin. "Kaunter Pertanyaan".

 Kaunter tiket. Dah macam nak beli tiket wayang pon ade. Bagus bagus. Ada peningkatan.

 Aku pon tak tau ape ke benda la ni. Dia tunjuk gambar je kot.


"Lobi Pelepasan"

 Ni pon aku suka jugak. Sebab orang yang ada tiket je boleh turun ke platform. Dan platform mesti betul punya. Sebab ada guard yang akan jaga kat escalator ni. So, takde la berhimpit himpit kat platform tu. 

 Okeh, dah turun. Duk kat tempat menunggu. Tunggu la sampai guard announce. 
senang kan. Takyah la nak terhendap hendap depan cermin bas nak tengok destination.

Kat sini pon ade screen tunjuk destination, masa n platform. 

ok dah habes dah tempek gambar. Tak sempat nak snap banyak banyak tadi. Nak cepat balik. Kalau kat Dungun pon macam ni kan best. Lalalala~~


Nasi Goreng Ber Ulat

Thursday, April 14, 2011

Hari ni antara hari yang paling stress. Dari 8 pg sampai 6.15 petang, non stop klas. Dengan tido yang tak menentu. Ujian fizikal tadi ntah apa la yang aku buat. Agak-agak lepas dah la. Kepala pun dah berdenyut je. Tapi takpe, selagi boleh bertahan, teruskan je. 

Dalam kelaparan aku melangkah ke kedai makan Ala-Thai sebelah kolej. Terus je order makanan kegemaran (buat masa ni), nasi goreng ikan masin. Aku ni suka masin-masin sikit. Sampai je kat bilik, terus aku menjamah makanan tadi. Sedap boleh tahan jugak. 

 Isi pun banyak. dengan sayur, telur, ayam, lada, ikan masin.

Aku pun terus la melantak sambil bersembang dengan roommate. Makan punye makan. Sampai dah habes separuh. Sendawa lagi. So, aku berenti la makan, tilik-tilik nasik, pilih pilih ayam, ikan masin. Pilih punya pilih, ternampak sesuatu yang agak aneh ku rasakan sepanjang hidup bergelar sebagai pemakan yang hebat.

Nak tengok tak?

Ha. Neh. Geli la pulak aku. Wek!

Habes la satu blok aku kecohkan. Jangan makan lagi kat kedai tu. Padan muka. Tak kira. ulat sayur ke. Ulat daging ke. Aku geli. 

Ha, ni tengok la jelas jelas.

Aku dah makan separuh weh. Nak termuntah la pulak rasanya. Rugi RM 4.50. 

Sebelum ni pun member aku ada jumpa lalat kat dalam makanan dia. Makan kat kedai ni jugak. Bila pegi complaint, dengan muka slambernye, tukang masak amik nasik tuh, then buat yang baru. Takde cakap ape. Sori takde, Maaf pun takde. 

Serik dah makan kedai tu lagi. Bila la boleh masak sendiri. Kang bawak periuk nasik baru tau. 

So, hati hati makan kat kedai ye! Jangan keracunan dah. 

Aku Cinta Sama Kamu Seli

Sunday, April 10, 2011

Yeah!

Kisah cinta akan dirungkai hari ini!

Nangis la Stalker sekalian baca aku punya title. 

Seli manakah yang dimaksudkan? 
Nak kenal tak siapakah yang aku cintai selama ini? 

Jom tonton!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ooohh!! Keyword Nuffnang rupanya

Jangan marah!

Tersedak aku baca keyword tu tadi. Takde nama yang lebih hensem kah yang boleh dicari?
Mengapakah Seli yang kau cari?

Seli takde lah dalam belog ni! 

pegi cari kat lain!

Hikhik

Cuci Mata Jom!

Ehem! Ehem!

Hari ni outing tujuannya hanyalah nk melengkapkan uniform pengakap. Tapi tutup pulak incek kedai. Sudahnya kami berpusu pusulah mengorak langkah tanpa hala tuju. 

Syok jugak berjalan sesuka hati ni. Jom join kitorang jalan jalan sambil cuci mata di samping menghabeskan duit. Lalala~~

 Cik Fatin vs Puan Fira

 Ni pulak, bakal Puan IeDa. Hakhak

 Musim musim kepanasan ni seswai sangat la

 Selipar comel

 Unik beg ni. Macam karipap

 Tikar pon ada

 Murah murah

 Tak tau la ni pensel apa. Macam macam warna ada.

 Ni pon cute jugak

 Penggemar asam mesti tak larat nk beli. 

 Polo yang kehausan

 Bertopi sakan! haha

 Sopin dan kami tak boleh dipisahkan

 Haa, kan dah rambang mata. Dah pening la tuh.

Okeh. Dah habes. Duit pon dah habes. 

Papai!

Dia Ni Perempuan ke Lelaki Ye?

Saturday, April 9, 2011

Dunia zaman sekarang ni dah macam macam kepelikan. 

Perempuan ke Lelaki ni? 

Cuba Teka!

Canggih betul

9th April 2011

Ini Printer saya

Ada kisah sedih disebalik terbelinya printer ni. Tapi kisahnya tak perlu la digembar gemburkan di alam maya ni. Yang pasti banyak pengajaran dari peristiwa tersebut. 

Tapi yang aku suka pasal printer ni ialah kebetulan pulak ada pc expo dan aku dapat harga RM199 siap semua plus voucher makanan. Tang "voucher" tu aku suka. Boleh la makan banyak banyak pas neh. Hakhak. Dan harga tu boleh tahan murah la kalau nk dibanding dengan tempat lain. Berbaloi baloi. 

Okeh! Jadikan kisah hari ini sebagai pengajaran untuk hari esok! 

Papai!

Memiliki Pembaca dan Pengomen Tegar

Assalamualaikum

Setiap penulis atau lebih dekat dipanggil sebagai "Blogger" sudah semestinya menginginkan pembaca yang setia di samping entri yang dilimpahi dengan komen komen yang bernas. Ini kerana ia akan menyumbang kepada traffic yang tinggi kepada blog dan secara tak langsung akan memberi kepuasan dan juga rasa dihargai serta menunjukkan blog mereka "hidup". 

Walaupun aku sebenarnya bukanlah terdiri dari kalangan otai bahkan sebenarnya boleh dikatakan sebagai newbie dalam dunia ber blogging ni, tapi ingin aku coretkan beberapa pandangan berdasarkan pengamatan melalui blogwalking yang dilakukan.

Pernah tak korang rasa macam "malas ah baca entri ni". Mesti ada kan? Honestly, aku pernah. Antara penyebab wujudnya perasaan tersebut:

  • Terlalu banyak menggunakan singkatan. contoh: Pergi ditulis "prgi", boring ditulis "brg". Satu hal pulak aku nak translate ape ke benda la dia ni tulis. Buang masa. Kita sebagai blogger mestilah menggunakan perkataan dan ayat yang memudahkan pembaca untuk faham dan bukannya menyusahkan mereka. 

  • Terlalu banyak ejaan yang di "modified". Contoh: Aku ditulis "aq", kau ditulis "kaw". Seriously, malas la nak baca macam ni. Geli. Nyampah pon ada. Biasanya, budak budak ni suka sangat guna perkataan macam ni. Meh nak cakap, takde uniknya korang guna perkataan tak senonoh macam tu. Membosankan lagi ada.

  • Terlalu banyak berkisar mengenai diri sendiri. Actually, menulis berkaitan diri tak salah. Aku pun ada. Tapi maybe boleh dimasukkan input yang berguna. Contoh: Hobi dan kegemaran seperti melancong, boleh dikongsikan mengenai tempat tempat yang dikunjungi. Olahan yang menarik juga salah satu advantage untuk menarik pembaca. 

  • Syok sendiri. Merujuk kepada menulis tanpa memberi ruang kepada pembaca untuk memberi pandangan. So, macam mana nak komen kan. Betul, "Blog aku, suka hati aku lah nak bebel apa. Ada aku kesah?". Kalau macam ni lah pemikiran korang, nasihat aku, tak payah lah masuk blog orang, then carik shoutbox, tulis " hi, singgah sini, jom la datang blog sy pulak". Tak malu ke?  

kepada yang ada kepandaian dalam software tertentu tu boleh lah berkongsi dengan memberikan tutorial. Bukan hanya blogger yang baca tetapi pembaca biasa yang memerlukan maklumat pun maybe akan terpikat dengan blog anda melalui carian carian dari mana mana enjin carian seperti yahoo, google, bing, Ask.com dan macam macam lagi. 


Papai!

Solusi

Thursday, April 7, 2011

Assalamualaikum

Korang suka membaca tak? Aku suka! Tapi bukan novel. Tak larat weh nak habeskan novel tebal tebal tuh. Aku pon sampai skang tak paham kenapa adik adik aku suka baca novel. Belambak kat umah. Lagi satu yang aku tak suka komik. Ini pon sume adik adik aku jugak punya hobi. Ntah hape hape rupa komik sume ada. Dah penuh 2, 3 almari dah. 

Tapi aku suka baca majalah. Sebab majalah ni cerita dia pendek pendek je. Tapi padat. Tu yang aku suka. Tapi majalah yang aku baca mengikut peredaran usia. First time belajar baca majalah aku suka baca ni.

Aku suka Scha

Majalah ni warna warni. Sebab tu kot aku suka. Banyak benda benda comel kat dalam ni. Fesyen pon macam macam la. Yang pelik pon ada. Tapi sekarang dah tak berminat ngan majalah macam ni. 

pastu aku suka baca majalah ni.

Stacy: Nyanyian yang bertenaga!

Sesiapa yang selalu baca majalah ni, dia tau la apa intipati yang ada dalam buku ni. Segalanya berkisarkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Bukan sahaja untuk luaran tapi juga yang paling penting, untuk dalaman

Setelah menyedari peningkatan usia, aku telah berubah citarasa dan memilih untuk membaca ini

Macam macam ado...

Dari zaman belajar kat Universiti dulu lagi. Masa umur 19, 20 tahun macam tu. Muda lagi kot. Tapi ntah la. Aku suka baca majalah ni. 

Dan sekarang, aku mula menyukai majalah ini.

 Terhalangnya hati daripada berdoa, lebih malang dari doa yang tidak makbul


Baca la!

Dan semakin kita belajar, semakin kita sedar yang sebenarnya masih banyak yang kita tak tahu.


Membaca itu jambatan ilmu!

Sijil SPM Hilang!

Wednesday, April 6, 2011

Assalamualaikum

Korang ada pengalaman kehilangan sijil SPM tak? Mesti ada yang hilang kan? Senasib ngan aku. Aku ni antara salah sorang dari ribuan yang tak mempunyai sijil SPM tu lah. Sedih woo takde sijil SPM.

Al kisahnya begini:

Ianya bermula sejurus selepas tamatnya pengajian di universiti. Biasala, time tu tengah berkobar kobar cari kerja. So perkara pertama yang digeledah ialah sijil sijil yang ada dan jugak sijil sijil ko kurikulum. Time ni baru sedar betapa pentingnya ko kurikulum sebab majikan atau syarikat syarikat kat luar sana tu tak pandang pointer yang utama. Tetapi ko-k atau aktiviti selain kurikulum. So time ni aku agak menyesal sikit la, sebab time universiti, aku ni malas sikit nak join aktiviti kat sana. Tapi nasib baik ada la jugak. 

Okeh, dipendekkan cerita, aku pon pergi la photostat sijil sijil tu. Dah siap sume, dengan gembiranya aku balik tanpa "mengecek" dulu sume sijil dan salinannya. Dah sampai rumah baru terperasan yang sijil SPM dah takde! Haru la jugak time tu. Tapi JAP JE. Pastu wat dono sebab slip SPM kan ada. Apa apa, guna slip tu je la.

2 tahun berlalu, aku yang masih gigih mencari peningkatan dan perubahan dalam kerjaya yang tak pernah sudah, sampailah suatu hari, aku dapat offer untuk sambung belajar lagi. Tapi yang sangat mengaru dan mengacau bilaukan kehidupan aku ialah, SIJIL SPM, SLIP SPM TIDAK DITERIMA. Tersedak la jugak. Time tu hanya ada 2 pilihan: 




a. Melalui pos.
b. Pergi sendiri ke Putrajaya 

Then, fikir punya fikir. Aku pilih b. sebab masa dah semput. So, on da spot aku turun Putrajaya dari Dungun malam tu jugak. Sampai 4 pagi, rehat jap, kul 8 sampai di KPM, Putrajaya, settle semua, gerak balik ke Dungun pagi tu jugak. 

Fuh! Memang menyayat hati. Dan akhirnya usaha aku berbaloi. Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tu. 

Moral of the Story: 

Jangan cuai. Mesti alert setiap masa! 
Jangan ambil remeh tentang sesuatu perkara.
Jangan mengalah sebelum usaha. Chayo'! Chayo'!


Masih Ada

Tuesday, April 5, 2011

Lalalala~~~

Saya ada roommate. Roomate saya baik. Nama dia Kak Izah. Dia Bakal cikgu Pra Sekolah. Saya baru duduk tak sampai 4 bulan ngan dia. Tapi tup tup dia dah nak posting. Tak sampi setahun pun dia belajar. Bestnye dia. Tak bestnye saya. Nanti kena duduk sorang sorang. Nak sembang ngan sape. 

Bila Kak Izah makan, saya mintak sikit.
Bila Kak Izah basuh baju, saya suka "tumpangkan" baju PJ saya. 
Bila Kak Izah pakai P1, saya guna line dia. 
Bila Kak Izah beli Oligo 3 in 1, saya suka pau Oligo dia tiap tiap malam. Bukan untuk saya je tapi untuk kawan kawan saya jugak. 
Bila Kak Izah balik kampung, saya sebok nak ikot.
Tapi Kak Izah Tak kesah pon. 


Ni la Kak Izah saya!

Kak Izah! Nanti kita pegi jalan jalan sama sama k! Kita pusing satu negeri tau! Kita ajak Nurul. Boleh naik kereta dia. Haha. Kita amik gambar banyak! banyak! banyak! Nurul ko jadik photographer tau. Nanti aku belanja makan kat Andalas. 

Selamat ber Praktikal a.k.a posting bebudak Pra! Semoga berjaya. Selamat mengubah persepsi "mereka" tentang "kita"! 

Adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!