Ada perasaan kepada seorang wanita? Tapi takut bertepuk sebelah tangan? Rasa macam ada respon tapi tak pasti? Jom ketahui beberapa tanda wanita telah meminati anda.
1. Cara dia mendekati
Dia akan sengaja bertembung dengan anda, menegur anda di hadapan kawan kawan, mengajak anda makan, keluar bersamanya dan sebagainya. Bila dia dia cuba melakukan perkara ini, tandanya dia menyukai anda namun malu untuk menyatakannya. Perlu anda tahu, wanita dikenali dengan sifat pemalu yang sangat tinggi tetapi pada masa yang sama dia menginginkannya.
2. Bahasa tubuh
Bahasa tubuh tak pernah menipu. Lirikan mata, cara bertutur, senyuman dan penampilan ketika bersama anda adalah salah satu tanda bahawa dia menyukai anda. Antara bahasa tubuh yang menunjukkan seseorang wanita menyukai anda ialah memandang tepat di bahagian tubuh, menjadi pendengar yang baik, memerhatikan setiap tindakan dan meniru sedikit perlakuan anda contohnya meletakkan tangan ke meja.
3. Sanggup meluangkan masa
Jika tidak menyukai seseorang, anda akan menolak jika diajak keluar dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk. Tidak kepada wanita yang meminati anda. Tiada alasan yang diberikan jika seseorang lelaki mengajaknya keluar. Dia akan terus bersetuju dengan pelawaan anda.
4. Ingin tahu semuanya
Wanita yang meminati anda biasanya mahu mengambil tahu semua tentang diri anda termasuklah latar belakang anda, hal keluarga anda, apa yang disukai dan dibenci. Dia akan berusaha untuk membuatkan anda senang di sisinya dalam apa jua situasi.
5. Cemburu
Tiada wanita yang menyukai saingan. Oleh itu semasa anda berbicara dengan wanita lain termasuklah rakan sekerja dia akan merasa cemburu. Apatah lagi jika anda berbual mesra dengan wanita lain. Perlakuan ini biasanya ditunjukkan dengan jelas. Oleh itu, sebagai lelaki anda harus menanganinya dengan bijak.
6. Merancang masa depan
Wanita yang menyukai seseorang lelaki, biasanya akan bercakap tentang simpanan, masa depan, rumah tangga dan anak anak. Jika inilah soalan soalan yang diajukan, jelas dia sedang meminati dan menginginkan anda.
..Tamat..
3 comments:
hehe..mmg ah..tapi malu..
malu tapi mahu..ssh btoi la jadi pompuan..
entri kite mcm ada kaitan jep..hehe
fuyoh ye ke.. guwa len skit kot nyeh3x
baru tau
hehehehe
Post a Comment