Wah! Kami sudah pulang!
Pulang dari mana?
Pulang dari camping!
Camping Apa?
Camping Unit berunifom.
Unit apa?
Pengakap dan KRS!
Walaupun tempat camping tak seindah yang digambarkan, tapi bersama rakan rakan dan lecturer yang best menghilangkan rasa kecewa tadi.
Banyak pengalaman baru yang kami dapat. Antaranya:
Mendirikan khemah. Dah berkali kali sebenarnya. Memang la. Kan dari sekolah rendah lagi kita dah ada perkhemahan. Cuma bezanya cikgu yang tolong pasangkan. Then, sekolah menengah. Sama jugak. Pastu masa kat universiti. Time ni buat sendiri. Rugi tak bawak sleeping bed. Kalau bawak mau aku tak bangun-bangun.
Masak beramai ramai. Masak macam ni ada yang best, dan ada yang tak best. Yang bestnya, kerja boleh siap cepat. Pastu boleh belajar cara masak yang baru. Dan semua ni boleh merapatkan lagi ukhuwah antara kawan kawan. Tapi yang tak bestnya, bila ditegur, buat muka. Marah la tuh. Tak boleh terima teguran? Ego namanya tuh.
Sentri. Kena berjaga waktu malam, jadi jaga. Bab ni la paling aku tak suka bila camping sebab aku tak tahan berjaga malam. Tido paling lewat pon kul 1. Tu pon dah kuyu kuyu. Jawabnya aku tido time sentri. Sedor sedor dah pagi. Nasib baik takde pape. Hihi.
Ujian ujian yang mendebarkan. Antaranya, ujian kawad kaki beserta command, ujian tali temali dan ujian bantu mula. Semuanya individu. Yang lain semuanya lepas dengan jayanya kecuali ujian kawad. Banyak jugak sangkut weh. Buat pandai, tang command tu yang parah sikit. Tapi semuanya lulus!
Kami Sekawan Biru!
Mereka KRS!
Kami Bergabung!
Cik cik dan Puan Puan
Yeay! Kami lulus!
Sempat menyendeng En Bakar punya tebu! TQ En. Bakar. Maaf atas segala kesilapan kami.
Alhamdulillah. Dan dapatlah kami dilauliahkan. Pengakap dapat manik kayu peringkat 2. KRS pulak dapat pangkat Laftenan muda.
Yeay!!
0 comments:
Post a Comment