Assalamualaikum
Setiap penulis atau lebih dekat dipanggil sebagai "Blogger" sudah semestinya menginginkan pembaca yang setia di samping entri yang dilimpahi dengan komen komen yang bernas. Ini kerana ia akan menyumbang kepada traffic yang tinggi kepada blog dan secara tak langsung akan memberi kepuasan dan juga rasa dihargai serta menunjukkan blog mereka "hidup".
Walaupun aku sebenarnya bukanlah terdiri dari kalangan otai bahkan sebenarnya boleh dikatakan sebagai newbie dalam dunia ber blogging ni, tapi ingin aku coretkan beberapa pandangan berdasarkan pengamatan melalui blogwalking yang dilakukan.
Pernah tak korang rasa macam "malas ah baca entri ni". Mesti ada kan? Honestly, aku pernah. Antara penyebab wujudnya perasaan tersebut:
- Terlalu banyak menggunakan singkatan. contoh: Pergi ditulis "prgi", boring ditulis "brg". Satu hal pulak aku nak translate ape ke benda la dia ni tulis. Buang masa. Kita sebagai blogger mestilah menggunakan perkataan dan ayat yang memudahkan pembaca untuk faham dan bukannya menyusahkan mereka.
- Terlalu banyak ejaan yang di "modified". Contoh: Aku ditulis "aq", kau ditulis "kaw". Seriously, malas la nak baca macam ni. Geli. Nyampah pon ada. Biasanya, budak budak ni suka sangat guna perkataan macam ni. Meh nak cakap, takde uniknya korang guna perkataan tak senonoh macam tu. Membosankan lagi ada.
- Terlalu banyak berkisar mengenai diri sendiri. Actually, menulis berkaitan diri tak salah. Aku pun ada. Tapi maybe boleh dimasukkan input yang berguna. Contoh: Hobi dan kegemaran seperti melancong, boleh dikongsikan mengenai tempat tempat yang dikunjungi. Olahan yang menarik juga salah satu advantage untuk menarik pembaca.
- Syok sendiri. Merujuk kepada menulis tanpa memberi ruang kepada pembaca untuk memberi pandangan. So, macam mana nak komen kan. Betul, "Blog aku, suka hati aku lah nak bebel apa. Ada aku kesah?". Kalau macam ni lah pemikiran korang, nasihat aku, tak payah lah masuk blog orang, then carik shoutbox, tulis " hi, singgah sini, jom la datang blog sy pulak". Tak malu ke?
kepada yang ada kepandaian dalam software tertentu tu boleh lah berkongsi dengan memberikan tutorial. Bukan hanya blogger yang baca tetapi pembaca biasa yang memerlukan maklumat pun maybe akan terpikat dengan blog anda melalui carian carian dari mana mana enjin carian seperti yahoo, google, bing, Ask.com dan macam macam lagi.
Papai!
Papai!
1 comments:
hmmm....betul jugak kan ? yelah.. baisenye mstilaa kite buat entri nak mintak pendapat org..tp kalo die kate mcm "blog aku, bukan blog kau. suke hati aku nak tulis ape2 bla bla bla"
perasaan exccited nak komen pun boleh ilang..
Post a Comment