Assalamualaikum
Korang ada pengalaman kehilangan sijil SPM tak? Mesti ada yang hilang kan? Senasib ngan aku. Aku ni antara salah sorang dari ribuan yang tak mempunyai sijil SPM tu lah. Sedih woo takde sijil SPM.
Al kisahnya begini:
Ianya bermula sejurus selepas tamatnya pengajian di universiti. Biasala, time tu tengah berkobar kobar cari kerja. So perkara pertama yang digeledah ialah sijil sijil yang ada dan jugak sijil sijil ko kurikulum. Time ni baru sedar betapa pentingnya ko kurikulum sebab majikan atau syarikat syarikat kat luar sana tu tak pandang pointer yang utama. Tetapi ko-k atau aktiviti selain kurikulum. So time ni aku agak menyesal sikit la, sebab time universiti, aku ni malas sikit nak join aktiviti kat sana. Tapi nasib baik ada la jugak.
Okeh, dipendekkan cerita, aku pon pergi la photostat sijil sijil tu. Dah siap sume, dengan gembiranya aku balik tanpa "mengecek" dulu sume sijil dan salinannya. Dah sampai rumah baru terperasan yang sijil SPM dah takde! Haru la jugak time tu. Tapi JAP JE. Pastu wat dono sebab slip SPM kan ada. Apa apa, guna slip tu je la.
2 tahun berlalu, aku yang masih gigih mencari peningkatan dan perubahan dalam kerjaya yang tak pernah sudah, sampailah suatu hari, aku dapat offer untuk sambung belajar lagi. Tapi yang sangat mengaru dan mengacau bilaukan kehidupan aku ialah, SIJIL SPM, SLIP SPM TIDAK DITERIMA. Tersedak la jugak. Time tu hanya ada 2 pilihan:
a. Melalui pos.
b. Pergi sendiri ke Putrajaya
Then, fikir punya fikir. Aku pilih b. sebab masa dah semput. So, on da spot aku turun Putrajaya dari Dungun malam tu jugak. Sampai 4 pagi, rehat jap, kul 8 sampai di KPM, Putrajaya, settle semua, gerak balik ke Dungun pagi tu jugak.
Fuh! Memang menyayat hati. Dan akhirnya usaha aku berbaloi. Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tu.
Moral of the Story:
Jangan cuai. Mesti alert setiap masa!
Jangan ambil remeh tentang sesuatu perkara.
Jangan ambil remeh tentang sesuatu perkara.
Jangan mengalah sebelum usaha. Chayo'! Chayo'!
19 comments:
yup kene alert wooii klu pahang die cakap jangan seydey hahah
klu pilihan A cmne??? sy nye sijil spm pon ilang! T_T
PANDUAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN
Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
Nombor kad pengenalan lama dan baru
Tarikh lahir
Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
Nama peperiksaan
Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima.
Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
untuk muat turun borang boleh la layari laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm
pegi pada link muat turun then pilih menu sijil dan muat turun link PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.
Untuk pergi sendiri ke Lembaga Peperiksaan, dia bertempat di Blok E11, Parcel E, Komplek Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya...Anyway, good luck.....
wah mmg susah kan klu hilang sijil...mau nangis jadinye...huhuhu
http://takmungkinbenar.blogspot.com
yup! bkn stkat mau nangis.. siap meleh la air mata.. hihi
salam..nk tya klo pegi sndri d putrajaya trus blh amik ke sijil tu?huhu...
yup, boleh dpt terus.. kene tunggu dlm sejam kot kalo xsilap.. boleh la pg minum2 dulu.. =)
nk tanya...kalau pg putrajaya terus..pembayaran still guna wang pos juga or byr cash kat situ?
stayreo: Takyah buat wang pos.. terus bayar kat sana. =)
kalau pegi ambil sendiri kene isi borang ape2 x??
najihah: kene tapi isi kat sana terus.. dorang mmg dah ada borang.. tapi kalo nak isis siap2 pu boleh, just download dr lmn web dorang..
owh..then kalau suruh wakil ambilkan die kene isi jgk lah borang tu? on time siap ke kene tunggu 1hari?
najihah: tak pasti blh suruh wakil ke x.. kalo xsilap mcm xboleh.. mmg kene isi brg..blh siap dlm ms 30minit..
klau hilang kali ke-3 mcmn? dlu kali ptame rmh tbakar,g putrajaya amek n duk rmh sewa.. hilang lg.. mcmn nk amik lg ye?
Askm...sya nk tnyr kalau kte hilg slip dgn sijil spm...sukarkah sya mencri kerja...mohon jwpn...
no pusat pengambilan peperiksaan ,dan angka gilran saya lupa,bagaimana cara nak dapatkan.
Nak tanye.... Kalau sijil kokorikulum hilang mcm mana nk buat huhu
Huhu tolong
salam sis, nak tanya yang wakil tu kan kalau kawan boleh tak agak-agak?
Post a Comment