Belog Best

Thursday, January 13, 2011

Salam semua!

Kat dunia ni berjuta juta blog yang ada. Dan yang aku baru view entah lah. Tak penah kira la plak. Tak sampai puluh ribu kot. Al maklumlah still new dalam dunia berbelog belog neh. Dan macam macam jenis, rupa, ragam, rasa belog yang aku tengok. So aku boleh buat rumusan tentang belog belog yang aku dah view dan yang aku hepi je bila bukak belog dorang!


  • Tak Berat
Okeh! Pertama sekali ialah tak berat. Bila tak berat senang dan cepat la loading. Dan ni akan menambah minat blogger blogger untuk baca dan view lagi sekali pada masa lain. Aku ni yang jenis tak suka tunggu lama lama ni lagi la tak suka. Sape yang suka kan?

  • Tak terlalu crowded dan tak terlalu simple 
"Cute kan widget tu". So kita pon letak la kat belog kita. Tak salah nak letak widget tapi pilih pilih la. Kalau yang memberatkan dan menyerabutkan mata tak payah la kot ek. Kadang kadang benda benda tu semua boleh mengganggu pembacaan. Nak entry power ke nak belog "cantek"? "Nak dua dua!!" Sila hias dengan berhemah! Tapi kalau terlalu simple pon taksyok jugak kan? Kosong je. 

  • Entry yang menarik
Haruslah! bukan kah ni tujuan kita nak ramai ramai orang datang bukak belog kita? Dah susah susah bukak mesti la kene sediakan imbalan yang bagus kan? Bila dah sekali orang masuk, baca, suka, komen, terus follow! Mesti nanti dia nak bukak lagi kan? Susah tu nak pikir idea update belog! chayo2! Hehe.

  • Tulisan
Tulisan jugak memberi impak kepada pembaca. Font saiz berapa, jenis font apa nak pakai. Mesti sesuai. Tak terlalu kecik dan jugak tak terlalu besar. Jangan tak tau, saiz tulisan ni pon boleh melambangkan peribadi penulis. Paham kan? Kalau tak paham sila bertanya. 


Ni antara yang aku boleh rumuskan sepanjang aku berblogging beberapa bulan ni. Baru je lagi. Walau apa pon lain orang, lain pendapat dan apa yang berlaku di belog dorang tu ada sebabnya. Dah terang terang cakap "kalau tak suka jangan baca" Hehe. Kalau salah tolong tunjukkan ye! 

15 comments:

^mRs MatAHarIEy^ on January 13, 2011 at 3:07 PM said...

yes.. setuju sgt dengan yg no 1.. blog berat nk loading.. penat seyh.. pastu ad ag.. background music.. kadang2 terkjut ha. nseb bek xder heart attack..

sayangku on January 13, 2011 at 3:57 PM said...

klu widget dh bsepah2 dlm blog..t org dtg tgok widget je la...tgok comel..dia pon nk letak sme. widget je...entry xnk bc. hehe

IeDa on January 13, 2011 at 4:11 PM said...

bukak la belog kumpul widget.. haha

Unknown on January 13, 2011 at 5:45 PM said...

jenis tulisan macam saya??
sifat per?

hans on January 13, 2011 at 5:50 PM said...

blog den amacam?

Jom Baca Kisah Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!

IeDa on January 13, 2011 at 6:06 PM said...

Ery: kalo nk tau yg tepat xdapat la.. hehe.. cume yg sy leh ckp, kalo tulisan besar2 die jenis yg yakin, berani.. kalo kecik2 smpai ssh nk bc, mknanya sebaliknya la.. =)

hans: belog anda? cantek....!! hehe

Lan Bingka on January 13, 2011 at 7:46 PM said...

kadang2 terpaksa blogwalking dengan off speaker sebab ada blog yg letak lagu autoplay...heh

IeDa on January 13, 2011 at 8:12 PM said...

sampai mcm tuh skali? haha.. kesian...

Anonymous said...

paling tak suka bila blog terlau berat nak load....
kadang2 nak bukak amik masa yang lama....
tapi blog saya tak tau la macam mana....hii....

IeDa on January 13, 2011 at 9:15 PM said...

tu la.. smpai letih tunggu... hehe.. meh sy test..

fiqkbe on January 13, 2011 at 9:25 PM said...

yeah, setuju ngan kamu =D erm, fiq rasa cm berat je blog fiq tu. ieda kalau bkk blog fiq dia cpt load ke lmbt?

IeDa on January 13, 2011 at 9:29 PM said...

mm.. xde la berat sgt.. sdg2.. ieda kira td, nk habis loading dlm 2-3 minit.. tp ok la sbb entry dh kuar sume.. cuma maybe ada widget yg xhabis loading =)

fiqkbe on January 13, 2011 at 9:40 PM said...

alamak.. lmbt gak tu.. nk buang widget mna ni.. huhu.. syg suma.. =(

Anonymous said...

ekeke....bila dah internet lembap pastu nak tggu load lmbt sgt trs je tekan 'X'....
hiii......

IeDa on January 13, 2011 at 10:46 PM said...

Fiq:hehe.. pilih2... mn yg plg xpenting.. hehe

nurul hidayah: mcm yg sy selalu buat.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!