Best tak jadi anak sulung? Best tak? Soalan ni biasa jugak la menerjah telinga aku. So, skang aku nak berceloteh sikit pasal kerjaya aku sebagai anak sulung selama ni. Tak sume indah, dan jugak tak semuanya ngeri. Ehem! Jom kita tinjau apa yang bestnye jadi anak sulung ni.
Menjadi role model kepada adik-adik
Haruslah kan? Dah nama pon anak sulung. Adik-adik kat bawah mesti la tengok yang paling atas. Apa kakak/abang dia buat. Setiap tingkah laku akan diperhatikan oleh adik-adik yang lain. Kalau salah, mesti ada yang mempetikaikan. Mesti tunjukkan yang terbaik. So, kenala hati-hati. Untuk adik-adik yang tersayang jugak kan?
Kena pandai masak
Haa.. Ni pengalaman aku la. Sebagai anak sulung perempuan. Mak ngan ayah kerja. So sape lagi nak masak kan kalau bukan kakak dia yang baik hati ni (sekali sekali angkat bakul). Kena la memerah otak fikir masakan apa yang nak ditelan setiap hari. Paling senang goreng telur mata pastu makan ngan kicap! haha! Sedap kan? Tapi kalau hari-hari nak telan lauk ni mau kene hempuk ngan kuali ngan adik-adik aku. Hihi. Belajar la apa-apa masakan asalkan tak kebulur.
Jadi Bos
Yang ni paling best. Boleh jadi bos a.k.a. ketua keluarga. Dah mengalahkan ayah nampaknya. Hehe. Kadang-kadang ayah pon dah takleh handle, so anak sulung la menjadi penyelamat keadaan. Ni jugak sebab mak ayah percayakan anak sulung untuk jaga adik-adik. Anak sulung jugak boleh menjadi pengarah terhebat. Adik-adik mesti ikut. Jangan nak salah kuasa dah la.
Dihormati
Untuk situasi ni, anak sulung biasanya akan dihormati. Adik-adik akan lebih hormat pada kakak/abang sulung sebab mereka yang paling tua. Pendapat yang sulung akan lebih diterima dan matang berbanding yang lain. Yelah, paling tua kan, kalau tak matang jugak tak tau la nak cakap apa.
Mengutamakan yang lain
Kebiasaannya anak sulung bersifat mengutamakan yang lain terutamanya kepada adik-adik yang lebih muda. Sebab tu lah kadang-kadang ada yang kita boleh tengok anak sulung ni kahwin lambat or tak kahwin sebab jaga adik-adik sampai dah lepas sume dulu. Lepas tu baru la fikir pasal diri sendiri. Kalau anak sulung tu dah kahwin pon tanggungjawab untuk memastikan adik-adik selesa masih diutamakan.
Okeyh! Kesimpulannya tugas anak sulung ni berat. Ni berdasarkan pengalaman aku la. Ada banyak lagi yang tak tersenarai. Tapi tak semestinya anak sulung je yang ada peranan besar. Anak ke dua, ke tiga, hatta anak bongsu pon ada jugak. semuanya ada peranan masing-masing.
6 comments:
kalau dapat adik-adik yang degil? huhu
ha, ni la namanya adventure.. hehe.. cara kita melayan adik2 mesti boleh membuatkan dorang hormat kita.. so, kena bijak.. marah2 bkn penyelesaian. =D
hye slm perkenalan!kite pun anak sulung,kdg2 stress gak kena semua perfect.nk nakal2 skt pun susah he3..tp bgs jd anak sulung ni,sifat tegas,berdikari,btggjwb akan mjadikan anak sulung sng hdp di mana2 pun.kiranya campak kt mana2 pun blh hdp(dr pglmn sdri)
betul3! sangat setuju! semua benda buat sendiri n xbnyk bergantung ngan org sgt. tang campak mn2 bleh hidup tu sgt setuju! hehe
jadi anak sulung ney lbih paham tgjawab ooo...nak wat ape pown kene pkir pjg...takot adik terikut...huhu n mostly mmg anak2 sulung ney senang berdikari...^_^
setuju! ^_^
Post a Comment