Seperti Menghina Al-Quran!

Saturday, June 25, 2011

Kelas Dr. Kamaruddin selama 6 jam tanpa henti tadi langsung tak membuatkan kami bosan sama sekali. Sungguh aku kagum dengan P&P beliau. Set induksi yang sangat menarik, isi pengajaran yang diselang selikan dengan pengalaman, video, cerita yang sangat best membuatkan kami sangggup tahan walau untuk "melabur" sekali pun. 

Sponsor untuk ke Sabah yang kemungkinan besar akan kami dapat itu sangat menambah nambah lagi keterujaan kami untuk buat semua apa yang telah dirancang. Semoga menjadi kenyataan.


"Roh guru, watak guru, kemenjadian guru". kata kata yang sering dipacakkan ke hati dan jiwa kami.


*********

Selepas tamat sesi P&P, aku dan Hana terus ke pusat bandar, survey barang sikit. Puas pusing pusing, Kitorang masuk ke sebuah kedai menjual alatan perkahwinan yang turut menyediakan perkhidmatan menempah gubahan untuk hantaran. Owner nye orang Cina. satu kedai kami ronda. Maka terpandanglah satu gubahan hantaran perkahwinan yang telah hampir siap, masih di touch-up oleh penggubahnya Sangat simple. Nenek aku pun tau buat macam tu. Dah kaya kot kalau bukak butik pengantin. 


Tapi yang membuatkan kami sangat terkejut, di atas salah satu hantaran tersebut terbaring sebuah Al-Quran! Anak mata aku berselang seli melihat antara Al-Quran tersebut dengan orang yang sedang menggubah hantaran tersebut yang merupakan seorang Cina. 


Apa sudah jadi ni? Sedangkan wanita yang sedang uzur tak dibolehkan memegangnya apatahlagi orang Kafir. Kot ye pun nak upah mereka, Al-Quran tu boleh diletakkan kemudian kan? Perkahwinan sesuatu yang mulia, jangan dicemarkan dengan benda yang sepatutnya tak boleh berlaku. Jangan sampai berkat tidak hadir. Tak ada otakkah mereka?  Sudah la jarang membuka, diperkotak katikkan sedemikian rupa pulak. 


Hati-hati lah kawan kawan seagama sekalian. Jangan diambil remeh tentang perkara sebegini. Al-Quran kitab suci. Panduan kita di dunia sehingga ke akhirat. 


Wallahualam. 


P/s: Pic takde sebab tidak dibenarkan snap pic kat kedai kedai kawen. 



Bosan

Friday, June 24, 2011

Minggu yang paling bosan di kolej. Dulu bising sebab busy. Pagi kelas, petang kelas, senja kelas, malam kelas, tengah malam assignment. 

Sekarang, kelas tak berapa nak ada, lepak kat bilik je kerja, berjimba tiap tiap hari bosan pulak. Duit mencurah curah keluar. 

Nak apply sticker kereta je kisahnya. Nak meleleh air mata aku. Orang lain punya kes, orang lain yang kena. Tapi dek kecekalan aku memujuk lecturer disiplin itu, akhirnya membuahkan hasil. Yahoo! Boleh la merjalan tiap tiap hari. Keh keh keh. 

********
Tiap tiap hari mak call. Excited betul mak bila anak dia dah "dewasa". Takpe mak. Semua perancangan akan berjalan lancar. Hehe. 

Adik adik pun macam tak sabar nak tunggu semua famili berkumpul ramai ramai. Semoga sedikit yang renggang tu dapat dieratkan kembali. 

Kadang kadang anak anak ni lagi percayakan kawan kawan dari mak ayah. Takpelah. Semoga nanti "kamu" sedar ye. 

********

Apa lah yang aku duk merapu kat atas tuh. Lalala~~

Parasit

Sunday, June 19, 2011

"Aku tak kacau kau, so jangan ganggu aku"

Ayat paling sesuai untuk makhluk makhluk yang suka jaga tepi kain orang.

Bila aku anggap kau sahabat, aku tegur kau walau itu pedih. 
Tapi bila teguran tu dianggap satu kejian, ok. Maaf. 
Tiada lagi teguran mahupun ambil tahu. Cukup untuk kata kata yang menyakitkan itu.

TAPI bila kau masih menyibuk pasal aku, sungguh itu tak adil.
Tak perlu cakap belakang belakang. Tak tahu tanya la depan depan. Kan senang. Konon take care la tuh? Kalau macam tu la caranya. No, thanks. 

Pergi dari kacau hidup aku boleh?

Perangai Aku Di Facebook!

Tuesday, June 14, 2011

Facebook

Semua orang tahu apa itu Facebook. Tak perlu diterangkan secara kritikal. 

Bila berfacebook, aku ade ciri ciri atau undang undang untuk diri sendiri yang sentiasa diaplikasikan mengikut pergerakan kematangan usia.

Offline chat setiap masa
Kenapa ye aku suka offline? Bagi aku,fb terlalu open. Dan aku jenis yang tak suka chat secara beramai ramai. Serabut weh. Sorang tanye itu, sorang tanye ni. Soalan paling terdesak "weh, bila ko nak kawen?" Jawapan terdesak " Cari la untuk aku sorang." So, just pm kalau ada something urgent.

Takkan approve orang yang tak dikenali
Kita kena selalu beware. Nak cari kawan bukan dengan cara approve orang sesuka hati. Kadang kadang orang yang add kita just nak tengok pic, nak tahu info tentang kita. So, aku tak suka. 

Ada sorang pompuan tu add aku. Aku tengok agak ramai mutual friends kami. So, bagi aku maybe betul dia nak berkawan so I approved! Tapi makin lama aku makin meluat menengok status dia. Ko sorang je ke yang ada BF?? " Thank you syg hntr I td, Syg.. sorry tau. I tak buat lg pasni". Kalo takde kredit pon agak agak la, pm sudah. Akhirnya, aku berrjaya mendelete dia. Aman!

Suka like status orang
Sebab malas nak cakap banyak. So like je la. Lagipun nak watpe cakap banyak banyak sangat. Kalau orang tu dirasakan agak rapat baru aku komen. Sebab aku komen suka "kutuk" sikit. Hehe. Sampai satu hari tu ada member aku sorang tu wall to wall "Cikgi, like je keje". Aku terus like.

Game!!
Mafiar Wars, Farm Ville, dan yang terbaru Empires & Allies! Antara hobi yang tak pernah padam. Hobi keturunan. Hehe. Dari kecik duk mengadap game, sampai muda remaja tak boleh buang. Tapi time free je tau. Bukan setiap masa. Keje lain masih berkualiti okey! Nanti masuk sem baru dah kene stop. Takleh la game selalu.

Pic Stalker
Haa, sape suh letak pic banyak sangat kat fb kalo bukan untuk dijadikan sebagai tontonan umum. Kan? Inilah salah satu kerja aku di fb. Tengok pic member member lama, pic tunang orang, pic kawen orang. Carik ilham la katakan. Lalalala~~

Poke
Ntah apa la duk poke poke. Aku tak poke orang, orang poke aku. Aku balas je. Lalalala~~ Bosan weh time cuti ni. Orang kacau, kita kacau la balik. 100 poke sehari. Hihi. Apo lah!

Macam macam kan yang kita boleh buat kat FB. Jual barang, Sembang sembang, carik jodoh, kutuk orang, meluahkan perasaan yang ntah apa apa tuh, dan membuang masa. 
Kehkehkeh. 

Wang Hantaran Mahal?

Saturday, June 11, 2011

Situasi 1


truuut! Truutt!

Siti: Assalamualaikum. Ye. Nak cakap ngan sape?

Makcik: Waalaikumussalam. Siti ada?

Siti: Siti bercakap. Haa, nape makcik? 

Makcik: Takde. Ni haa. Makcik nak tanye, berapa kau letak untuk hantaran ko nak kawen esok?

Siti: Ntah la makcik. Saya tak bincang pun lagi.

Makcik: Letak la mahal sikit. Sekarang ni degree RM 10 ribu ke atas tau. Makcik pergi meminang untuk sepupu kau pun dah RM 11 ribu. 

Siti: Oh. Yeke makcik? Erm.. Saya tak tau lagi. Ha, tengok laa nanti saya bincang balik. 

Makcik: Bla, bla, bla....

Hang off.


Situasi 2


Tempat: Kursus Pra Perkahwinan


Penceramah: 


"... Walaupun takde hitam putih, Kerajaan negeri dot dot dot sebenarnya telah menetapkan wang hantaran bagi gadis yang mempunyai degree adalah RM 7 ribu ke RM 9 ribu, yang ada STPM RM 5 ribu ke RM 6 ribu, SPM pulak RM 3 ribu ke RM 4 ribu, bla bla..."


Situasi 3


Setelah mengenali hati budi, Zaid dan Zainab telah membuat keputusan untuk mengakhiri zaman "single" mereka. Zaid telah menghantar rombongan meminang ke rumah Zainab. 


Pihak lelaki: Kira-kiranya semuanya dah setuju lah ye. Jadi kami ni nak tanyala. Berapa wang hantaran yang pihak perempuan letak?


Pihak Perempuan: Tak banyak la. RM 10 ribu je.  


Pihak lelaki: Hmm... kami ni bukan lah keluarga senang dan bukan lah nak tawar menawar dalam hal nikah kahwin ni. Tapi kalau diikutkan dah macam susah sikit tu.

Pihak Perempuan: Tak pe lah kalau macam tu. Kami memang dah tetap banyak tu. 



Dah dengar pihak perempuan cakap macam tu, pihak lelaki terus angkat kaki. 


Tapi seminggu lepas tu, rombongan pihak perempuan datang rumah lelaki dengan meletakkan jumlah wang hantaran yang lebih rendah dari yang sebelumnya.


Malu kan?



***********
Nampak tak situasi sekarang ni? Anak dara dah diletak harga berdasarkan tahap pendidikannya. Dan mungkin juga harga ni diletakkan oleh masyarakat kini dengan beranggapan sebagai "penghargaan diri" seperti yang dikatakan oleh Pakcik Maslow. Dan mungkin juga disebabkan oleh harga minyak naik, harga barang barang dapur naik, harga roti pun naik, so, harga anak dara pun turut naik. 


sumber: Binsajen

Mungkin tak salah jika aku katakan, ada yang tak kahwin sampai sekarang sebab isu wang hantaran. Tu tak cerita lagi bab barang hantaran, barang kemas berset set. Lelaki pun dah jadi takut nak masuk meminang. Maksiat pun bertambah tambah lah. Free la katakan. 


Betul. Kahwin sekali je. Mesti la nak havoc kan? Tapi berpada pada lah. Ikut kemampuan dan keselesaan. Ni, orang buat, nak buat jugak. Mulalah berhutang, buat loan. Anak dah 3 tak habis habis lagi bayar hutang kahwin.


Walau apa pun alasan dan sebab musababnya, dalam kes kes begini tak salah kalau nak letak mahal tapi, tengok la situasi. Jangan sampai menyusahkan bakal suami. Dan mesti lah berkemampuan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Jangan disukarkan. kalau boleh dimudah, dimudahkan. 


Akhir kata " Perempuan yang baik adalah yang tidak menyusahkan bakal suaminya".

Terimalah Dia Yang Mencintaimu

Wednesday, June 8, 2011


Ditinggalkan? Sedih? Merana? Mengapa begitu? Sedarkah kau, sedang kau menangis mengenangkan cinta semalam yang tak membawa apa apa makna lagi, dia sedang bergelak ketawa, bergembira tanpa rasa simpati. Berhentilah dari berharap. Apa yang kau cari padanya? Kau bukannya tak cantik, dan dia bukanlah sehebat mana pun. Dia bukan siapa siapa. Tak berbaloi menunggu pada dia yang tak jujur. Hidup masih panjang, bukan lelaki jadi keutamaan. Jangan menyiksa diri. 

Ya, memang sakit ditinggalkan orang yang sangat dicintai. Aku juga akui. Aku pernah mengalami itu semua. Dan ya. Aku pernah sebodoh itu. Tapi sampai bila? Usah diharap pada yang tak sudi. Usah dirayu pada yang hanya pandai memberi harapan. Usah dilayan pada pujuk rayu nafsu lelaki itu. Biarkan dia pergi. Hilangkan dari ingatan. Tidak rugi sesen pun. Malah, lebih dari untung. Masa tak terbuang melayannya, bil tak melambung, pemikiran lebih berkualiti dari terus mengingatkannya. 

Hanya satu cara. Semuanya hanyalah kerana doa. Jika kau pernah berdosa, Allah sedia mengampunkan asal kau benar insaf dan menyesal. Usah dicari sumber dosa. Jangan diikut kata nafsu. Tak perlu berdendam terhadap si pendusta. 

Menerima orang menyayangimu adalah lebih membahagiakan. Aku akui. Berusahalah untuk turut menerimanya sepenuh hati. Carilah bahagia yang sebenar. Semoga apa  yang dirancang berjalan lancar. Amin.


Semuanya Kenangan

Monday, June 6, 2011

Tadi duk bersenang lenang sambil menonton berita sensasi di TV3, nenek tiba tiba bising bising.

"Haih! beg sape ni? Kalau takde orang nak bagi nenek la. Nenek nak bagi cicit nenek  buat pergi sekolah tadika".
Terganggu dengan soalan tu, terus aku menjeling ke arah beg tu. "Ha, beg orang tu. Tapi dah taknak. Amik la. Tapi tu bukan beg sekolah. Tu beg jalan jalan. Buku pon tak muat nak letak nek".

Nenek membelek belek beg tu. Dibukanya zip dan ruang ruang yang ada padanya. Semua dikeluarkan. " Ni kertas, kad, gambar apa nih. Amik. Kang hilang susah pulak".

Aku terus membelek belek kad dan kertas kertas lama yang ada. Macam macam perasaan tiba tiba muncul. Sedih. Rindu. Kelakar. Bercampur baur. Sebab ni:


 Ni kad daripada arwah Nora Ain. My BFF eva afta.


seriously, aku sangat sedih dan rindu bila terbaca kad ni. Arwah sangat baik. Tiap tiap tahun aku takkan terlepas beraya di rumahnya. Lepas pemergian arwah, anaknya yang aku jenguk. Dah 2 tahun lebih umur Sofia sekarang. Muka sebijik macam mak dia. Lebih kurang 40 hari umur Sofia, arwah pergi meninggalkannya. Al Fatihah.


 Surat cinta dari my mom sempena aku nak amik PMR. Al maklumlah. Duk asrama. Henpon takde lagik time tuh. Surat la menjadi ganti diri.


 Pernah menjadi warga KYM suatu masa dahulu. Tembam weh muka aku time ni. Haha.


 Kad Bestday dari sape ntah. 


 Key chain. Ni pon lupa gak dari sape.


Lesen L. Ada lagi rupanya. Hehe.


Dah siap belek belek, baca baca, sengeh sengeh, gelak gelak, Nenek tiba tiba bersuara. " Huh, nasib baik aku tengok, kalau tak, takde la nak sengeh sengeh". 


Semuanya kenangan. ^__^

Driving VS Sleeping!!

Sunday, June 5, 2011

Hye kawan kawan!

Nak tanya sikit
penah memandu? 
Penah tidur?
yang mana lagi best? 


Mesti la tidur kan? Hihi

Tapi kali ni aku nak buat statement baru. 
Memandu sambil tidur adalah satu aktiviti yang amat menerujakan".

*********
Mmm.. Tak. Salah sebenarnya. Tido sambil memandu adalah satu aktiviti yang boleh membunuh diri. 

Ntah macam mana la aku boleh tetidur sambil driving semalam. Siap mimpi lagi. Bukak je mata kereta duk kat tengah tengah lane. Nasib baik takde kereta lain time tu. Puas buat macam macam benda nak bagi hilang ngantuk. Antaranya:

1. Pasang radio kuat kuat. Tapi masalahnya, lagu pulak jiwang hampeh. Lagi la mengulit mimpi ceritanya. Tak jalan!



2. Tutup air cond. Bukan tingkap. Kasi muka kena angin. Hmm. Boleh tahan gak cara nih.  Tapi bertahan untuk setengah jam pertama je. 



3. Makan gula-gula. Hai... Apa la sangat yang ada dengan gula gula tuh. Bukan makan nasik lauk budu pon. 



4. Berenti. Order Nescafe. Antara minuman yang paling jarang aku minum. Harap harap berjaya. Dan untuk memastikan kejayaan, mi goreng 1 pinggan!



Meneruskan perjalanan. Oh! tidak! Semakin parah!. 

5. Memaksa mak yang sedang tido untuk bersembang. Keh keh keh. Yeah! berjaya! 

Akhirnya... 

Selamat tidur di katil empuk dengan amannya.

Krohhhhhhhh.......

Pulau Tinggi: Outdoor Edu & B.I.G.

Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum

Hai semua! 

Sudah lebih 4 hari sunyi dari online. Semuanya kerana mengikuti program Pendidikan Luar & BIG di Pulau Tingggi, Mersing. Overall semua aktiviti yang dijalankan di sana sangat amat best sekali. Apa yang kami buat di sana ya? Jom scroll bawah lagi.


Pose sebelum bertolak ke Pulau Tinggi


"Kelinik"






KFC pun ada kat sini rupanya. Tapi harga agak mahal. Dah macam kat Genting.


Best gak duk macam ni. Tido je keje aku duk atas bot.


Melalui beberapa buah pulau lain sebelum sampai ke destinasi sebenar


Ok! Hampir 2 jam atas bot, sampai jugak akhirnya! Santek sekali!!


Sebebnarnya nak amik pic dugong kat belakang. Tapi dugong kat depan pulak over. hakhak.


Mencari siput.


Ni untuk aktiviti kembara. sebelum memulakan kembara, kami diarah untuk mengutip siput kat dalam sungai ni untuk dimasak di dalam hutan nanti. Sudahnya, aku la antara orang yang tak kutip. Malas nak basahkan kasut. Semangat dorang kutip. Banyak lak tuh.  


Tengok. Berpeluh peluh dorang turun naik bukit.


Time ni ada yang sampai tergolek ke bawah. Jalan licin sebab baru pas hujan.  Ngeri tengok. Alhamdulillah takde apa apa. 


Masak nasik


Punya lah berpeluh nak hidupkan api. Tau tau je la bila semuanya basah. Camne nak hidup. Sampai sume dah bau asap.


Okeh! Ni aktiviti menyiang siput. Kepada sesiapa yang tak tau camne nak siang siput kena la tambahkan pengetahuan.


Cara siang siput: Potong hujungnya. (Bahagian yang paling runcing)
Cara makan siput: sedut isinya. (sekuat hati. kehkeh)


Mengada ngada namanya


Proses memasak sedang dijalankan. Masak lemak Siput sedut. Sedap hingga menjilat jari.




Terliur tak?


Ni pemandangan di Pulau Tinggi. 


Berangan: Nanti nak Honeymoon kat pulau pulau camni la. Best.






Bot bot yang membawa kami ke sini


Dah balik. Muka muka keletihan. 


Aktiviti dalam gambar di atas bukanlah merupakan aktiviti yang paling aku suka. Yang paling aku suka ialah Snorkeling! Dari tak tau apa apa dan boleh dikatakan antara orang yang paling takut nak jejak laut yang takde lantai tu, tapi sudahnya aku la orang yang paling lambat naik sampai dipanggil berpuluh kali oleh group 5. "sorry kak Zura" Hehe. Nampak nemo nemo yang banyak, terumbu karang yang comey comey. Pasni nak snorkeling lagi lah!


Pastu antara aktiviti yang agak aku tak suka ialah, abseiling. Bukan sebab tak suka abseiling tapi disebabkan tempatnya agak menakutkan. Dan semoga Dayah cepat sembuh ye! we pray for u! 


Berkayak di laut luas. Letih weh. Macam tak bergerak pon ada kayaknya. Tapi dapat no 2 kira dah puas la tuh. 


Lastly, Thanks to Lectures for giving us support and tunjuk ajar yang begitu banyak. Sangat best. Dan ni mungkin kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke Pulau Tinggi, Mersing. Jauh. 


Papai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!