Ditinggalkan? Sedih? Merana? Mengapa begitu? Sedarkah kau, sedang kau menangis mengenangkan cinta semalam yang tak membawa apa apa makna lagi, dia sedang bergelak ketawa, bergembira tanpa rasa simpati. Berhentilah dari berharap. Apa yang kau cari padanya? Kau bukannya tak cantik, dan dia bukanlah sehebat mana pun. Dia bukan siapa siapa. Tak berbaloi menunggu pada dia yang tak jujur. Hidup masih panjang, bukan lelaki jadi keutamaan. Jangan menyiksa diri.
Ya, memang sakit ditinggalkan orang yang sangat dicintai. Aku juga akui. Aku pernah mengalami itu semua. Dan ya. Aku pernah sebodoh itu. Tapi sampai bila? Usah diharap pada yang tak sudi. Usah dirayu pada yang hanya pandai memberi harapan. Usah dilayan pada pujuk rayu nafsu lelaki itu. Biarkan dia pergi. Hilangkan dari ingatan. Tidak rugi sesen pun. Malah, lebih dari untung. Masa tak terbuang melayannya, bil tak melambung, pemikiran lebih berkualiti dari terus mengingatkannya.
Hanya satu cara. Semuanya hanyalah kerana doa. Jika kau pernah berdosa, Allah sedia mengampunkan asal kau benar insaf dan menyesal. Usah dicari sumber dosa. Jangan diikut kata nafsu. Tak perlu berdendam terhadap si pendusta.
Menerima orang menyayangimu adalah lebih membahagiakan. Aku akui. Berusahalah untuk turut menerimanya sepenuh hati. Carilah bahagia yang sebenar. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Amin.
8 comments:
kuatkan hati sis, ada masanya kita up dan ada masanya kita down..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Setiap kesulitan ada kesenangan, setiap kesulitan ada kesenangan.
banyakkan bersabar dan solat, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang2 bersabar [AQ]
anyways, nice entry =]
Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
► Play. ▌▌Pause.
ok.. thanks for da advises.. TQ bro.. =p
mmg mnyakitkan tapi yakin la semua tuh ad hikmah..
mungkin ada pelangi selepas hujan.
siapa taw..=)
Yap, jangan mengejar...datang saja pada mereka yang datang kepada anda...beri peluang...bahagia bukan hanya pada pandangan mata^^. peace!
arEnyss dyla: betul3! mn tau kn? hehe
taliff: yes, bkn hanya pp pandangan mata tapi juga kena merasa dan mengalaminya.. =)
berbalik kepada qada dan qadar... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaek untuk kita dan Allah Maha Mendengar setiap doa kita... yakin dan percayalah pada Allah yang Maha Agong
betul.. Allah maha mengetahui.. Dan penggantinya adalah jauh lebih baik.. InsyaAllah..
Post a Comment