Seperti Menghina Al-Quran!

Saturday, June 25, 2011

Kelas Dr. Kamaruddin selama 6 jam tanpa henti tadi langsung tak membuatkan kami bosan sama sekali. Sungguh aku kagum dengan P&P beliau. Set induksi yang sangat menarik, isi pengajaran yang diselang selikan dengan pengalaman, video, cerita yang sangat best membuatkan kami sangggup tahan walau untuk "melabur" sekali pun. 

Sponsor untuk ke Sabah yang kemungkinan besar akan kami dapat itu sangat menambah nambah lagi keterujaan kami untuk buat semua apa yang telah dirancang. Semoga menjadi kenyataan.


"Roh guru, watak guru, kemenjadian guru". kata kata yang sering dipacakkan ke hati dan jiwa kami.


*********

Selepas tamat sesi P&P, aku dan Hana terus ke pusat bandar, survey barang sikit. Puas pusing pusing, Kitorang masuk ke sebuah kedai menjual alatan perkahwinan yang turut menyediakan perkhidmatan menempah gubahan untuk hantaran. Owner nye orang Cina. satu kedai kami ronda. Maka terpandanglah satu gubahan hantaran perkahwinan yang telah hampir siap, masih di touch-up oleh penggubahnya Sangat simple. Nenek aku pun tau buat macam tu. Dah kaya kot kalau bukak butik pengantin. 


Tapi yang membuatkan kami sangat terkejut, di atas salah satu hantaran tersebut terbaring sebuah Al-Quran! Anak mata aku berselang seli melihat antara Al-Quran tersebut dengan orang yang sedang menggubah hantaran tersebut yang merupakan seorang Cina. 


Apa sudah jadi ni? Sedangkan wanita yang sedang uzur tak dibolehkan memegangnya apatahlagi orang Kafir. Kot ye pun nak upah mereka, Al-Quran tu boleh diletakkan kemudian kan? Perkahwinan sesuatu yang mulia, jangan dicemarkan dengan benda yang sepatutnya tak boleh berlaku. Jangan sampai berkat tidak hadir. Tak ada otakkah mereka?  Sudah la jarang membuka, diperkotak katikkan sedemikian rupa pulak. 


Hati-hati lah kawan kawan seagama sekalian. Jangan diambil remeh tentang perkara sebegini. Al-Quran kitab suci. Panduan kita di dunia sehingga ke akhirat. 


Wallahualam. 


P/s: Pic takde sebab tidak dibenarkan snap pic kat kedai kedai kawen. 



2 comments:

shh on June 25, 2011 at 9:37 PM said...

Quran tu memang suci tapi jangan sampai letak di tempat tinggi dalam frame sampai susah nak baca.

dzafira on June 25, 2011 at 10:30 PM said...

Kalau macam tu baik tak payah jadikan Al-Quran sebagai hantaran.. Beli asing je untuk letak kat umah sendiri nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!