Wang Hantaran Mahal?

Saturday, June 11, 2011

Situasi 1


truuut! Truutt!

Siti: Assalamualaikum. Ye. Nak cakap ngan sape?

Makcik: Waalaikumussalam. Siti ada?

Siti: Siti bercakap. Haa, nape makcik? 

Makcik: Takde. Ni haa. Makcik nak tanye, berapa kau letak untuk hantaran ko nak kawen esok?

Siti: Ntah la makcik. Saya tak bincang pun lagi.

Makcik: Letak la mahal sikit. Sekarang ni degree RM 10 ribu ke atas tau. Makcik pergi meminang untuk sepupu kau pun dah RM 11 ribu. 

Siti: Oh. Yeke makcik? Erm.. Saya tak tau lagi. Ha, tengok laa nanti saya bincang balik. 

Makcik: Bla, bla, bla....

Hang off.


Situasi 2


Tempat: Kursus Pra Perkahwinan


Penceramah: 


"... Walaupun takde hitam putih, Kerajaan negeri dot dot dot sebenarnya telah menetapkan wang hantaran bagi gadis yang mempunyai degree adalah RM 7 ribu ke RM 9 ribu, yang ada STPM RM 5 ribu ke RM 6 ribu, SPM pulak RM 3 ribu ke RM 4 ribu, bla bla..."


Situasi 3


Setelah mengenali hati budi, Zaid dan Zainab telah membuat keputusan untuk mengakhiri zaman "single" mereka. Zaid telah menghantar rombongan meminang ke rumah Zainab. 


Pihak lelaki: Kira-kiranya semuanya dah setuju lah ye. Jadi kami ni nak tanyala. Berapa wang hantaran yang pihak perempuan letak?


Pihak Perempuan: Tak banyak la. RM 10 ribu je.  


Pihak lelaki: Hmm... kami ni bukan lah keluarga senang dan bukan lah nak tawar menawar dalam hal nikah kahwin ni. Tapi kalau diikutkan dah macam susah sikit tu.

Pihak Perempuan: Tak pe lah kalau macam tu. Kami memang dah tetap banyak tu. 



Dah dengar pihak perempuan cakap macam tu, pihak lelaki terus angkat kaki. 


Tapi seminggu lepas tu, rombongan pihak perempuan datang rumah lelaki dengan meletakkan jumlah wang hantaran yang lebih rendah dari yang sebelumnya.


Malu kan?



***********
Nampak tak situasi sekarang ni? Anak dara dah diletak harga berdasarkan tahap pendidikannya. Dan mungkin juga harga ni diletakkan oleh masyarakat kini dengan beranggapan sebagai "penghargaan diri" seperti yang dikatakan oleh Pakcik Maslow. Dan mungkin juga disebabkan oleh harga minyak naik, harga barang barang dapur naik, harga roti pun naik, so, harga anak dara pun turut naik. 


sumber: Binsajen

Mungkin tak salah jika aku katakan, ada yang tak kahwin sampai sekarang sebab isu wang hantaran. Tu tak cerita lagi bab barang hantaran, barang kemas berset set. Lelaki pun dah jadi takut nak masuk meminang. Maksiat pun bertambah tambah lah. Free la katakan. 


Betul. Kahwin sekali je. Mesti la nak havoc kan? Tapi berpada pada lah. Ikut kemampuan dan keselesaan. Ni, orang buat, nak buat jugak. Mulalah berhutang, buat loan. Anak dah 3 tak habis habis lagi bayar hutang kahwin.


Walau apa pun alasan dan sebab musababnya, dalam kes kes begini tak salah kalau nak letak mahal tapi, tengok la situasi. Jangan sampai menyusahkan bakal suami. Dan mesti lah berkemampuan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Jangan disukarkan. kalau boleh dimudah, dimudahkan. 


Akhir kata " Perempuan yang baik adalah yang tidak menyusahkan bakal suaminya".

12 comments:

Dear Weirdo Me on June 11, 2011 at 9:38 PM said...

wuwuwuwu..sy suka quotation hok last tu.. tp leni, bile main cmpur tgn org sekeliling..memang pening bab2 duit hntrn. kesian plak tgk bile ade yg kna buat loan semata-mata utk kawen

IeDa on June 11, 2011 at 9:44 PM said...

JLaa: yes! tenkiyu! mmg pon.. campur tgn mmg menyukarkan keadaan. sgt!!!!!! buat loan, mmg kesian. lalalala~~

Afiq Din on June 12, 2011 at 12:16 AM said...

tu la pasal.... rmi yg kawen lmbat...

Hans Hanis on June 12, 2011 at 3:32 PM said...

yups betul tu
sokong sangat2
salah satu punca orang xkahwin tapi bersekedudukan

Cita - Cita Hans Dolu - Dolu

Mun on June 13, 2011 at 1:41 PM said...

sangat suka ayat ni>>> " Perempuan yang baik adalah yang tidak menyusahkan bakal suaminya"

*kita nak mendirikan rumah tgga bukan kerana harta dan kekayaan... kalau sebelum kawen dah menyusahkan bakal suami..bagaimana kehidupan slps kawen?

niesasukasuki on June 13, 2011 at 1:50 PM said...

elok wg hntrn yg bnyk2 tu simpan buat khidupn lps kwen nnt,lg berbaloi... :)

IeDa on June 13, 2011 at 1:56 PM said...

afiq Din: tu la, sume kes wang hantaran.

Hans: akibat paling menakutkan.

C.M.A. @ CikMoonAdnan: Thanks! betul3! awal2 dh nampak gila duit.. na watpe..

Niesasukasuki: yg tu I setuju! Yeah!

Hans Hanis on June 13, 2011 at 4:29 PM said...

yups
tu la pasal
skrg semua duit

Juvana Episod 8

IeDa on June 13, 2011 at 4:35 PM said...

Hans: xde duit xde cinta.. apo lah mereka2 itu.. lalalala~~

Amie on June 14, 2011 at 12:00 PM said...

assalam,
apa yg penting ialah kehidupan kedua suami isteri selepas diijabkabulkan...

Unknown on June 14, 2011 at 5:43 PM said...

kadang2 parents yg mintak lebih2...anak2 terpaksa kunci mulut....

IeDa on June 14, 2011 at 8:12 PM said...

Amie: setuju..

Papa Mifz: tu yg mslh tu.. msg2 nk berlumba2 menunjuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!