Kisah Makanan!

Wednesday, September 28, 2011

Salam kawan kawan!

Haih! Sudah lama rasanya tak update belog dan melawat belog kawan kawan. Agak sibuk dengan kelas. So cerita basi je lah yang sempat aku update kali nih. 

Kisah berkisar dengan makanan. Aktiviti yang paling aku gemari sepanjang hidup. 
Bagi menghilangkan bosan dan tensen sepanjang minggu dek kerana observation yang mendatang, aku dan kawan kawan telah mengisi masa yang ada dengan aktiviti makan makan dan makan. 

Makanan pertama!

Pizza Chunky Loaded.

Disebabkan ramai yang cakap benda ni sedap, so aku pun order la benda ni. Sebelum ni dah carik kat Mesra Mall tapi habis! Lagi la aku tercari cari dan tertanya tanya. "Sedap sangat ke, sampai habis?". Dan aku dah mendapatkan pizza ni di JJ Melaka. Rasa? Boleh tahan sedap. Boleh makan lagi pasni. 

Next round!

 J.PoPs!

J.Co punya. Saja try J.Co pulak. Sebelum ni asik makan Big Apple je. Aku pilih yang mini. Yang mini ada filling. Sedap! Roti nya lembut walaupun agak lama aku simpan. 10 marks for J.poPS baby donuts!

Semuanya 24 biji untuk RM 18.

Aku kongsi 2 orang. Kalau makan sorang ni confirm tak habis. Lagi pun setiap perasa ada 2 biji. So fair la kan. 

Next!

Cupcakes!

Orang punya. Cantik kan? Dapat la aku merasa 2 ketul. Sayang betul nak makan kek ni. Dalam dia perasa blueberry. Boleh tahan. Kek pun lembut.

Next detination!

Yes! Seperti di dalam sign board! Bersama model tak berbayar.

Sepanjang duk Melaka ni aku panas dengan ayat ayat "best la Klebang Coconut Shake tu. Sampai sanggup diorang beratur panjang panjang semata mata coconut shake tu. Ko tanak try ke?".

Dan akhirnya. Aku sampai jugak!

Hah! tengok. Ni baru separuh.

Ada lagi separuh tengag beratur. Sampai jem la jalan ni. Ada lagi satu barisan lain tengah menunggu turn untuk duduk. Masa ni aku dah ada kat depan. Tak sabar sangat dah nak rasa. Aku dah terfikir " Ni betul betul sedap ni sampai orang sanggup perpeluh beratur panas terik nak beli ni"

Antara menu yang sediakan

Gelas yang sedang menunggu turn untuk diisi. 

Akhirnya. Dapat jugak aku merasa Klebang Coconut Shake ni.

Alang alang beratur hampir sejam, aku beli special terus. Baru la berbaloi baloi. RM 2.30. Gelas dia besar. Aiskrim banyak. Rasa kelapa pun ada. 

Ok. Dah puas makan. Jum sambung buat keje balik!

P/s: Observation dah habis. Horrey!

New One Please!

Friday, September 23, 2011

Seharian pakai lens. sungguh seronok! Dah lupa yang aku ni sebenarnya manusia rabun. Mentang mentang ada jamuan raya rini. Konon bajet hot la tak pakai spek? 

Hambek kau! 

Dah takleh pakai dah. Tau gelabah. Nak g toilet cane ni? Kang tak pasal masuk dalam mangkuk tandas. 

Nak buat baru? Takde maknanya aku nak wat baru. Poket tengah nipis ni. Jangan ber hati nak buat baru. 

Think! Think! Think! 

Yeah! Korek punya korek. 

Akhirnya...

Penyelamat!

Spek lama. Yang masih kusayang. Yang masih kurindui. Nasib baik ada lagi. So untuk beberapa bulan ni kau la jadi penyelamat time time bila aku malas nak pakai lens. 

Alhamdulillah. Lega.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Friday, September 16, 2011

Salam semua!

Hari ni aku menulis di kampung halaman terchenta. Sungguh fresh dan aman sekali. 

Kematian seekor anak kucing telah menyebabkan kesedihan yang amat pada adikku Ipah. Hari tu, Hari Raya ke-3. Ibu kucing tu, "Minah" malas sangat nak menyusu anak anak dia yang comel tu. So, Ipah dah keluarkan salah sekor anak kucing yang paling comel yang paling bising (maybe lapar) untuk menyusu dengan ibu kucing yang lain "Belang" kat bawah meja. Belang rajin, keibuan, penyayang bagi je la susu dia yang berlebihan tu. Lagi pun anak dia sekor je pun. 

Dah agak sejam kot menyusu, Ipah pegi la tengok anak kucing tu dan Belang. Tapi time tu Belang dah takde. Yang ada hanya lah anak kucing tu yang sedang berbaring. Ingatkan tengah tido, upanya tengah sakit. Bila diangkat ada darah keluar dari hidung dia. Kepala dah dah senget skit. Aku rasa la ada yang terpijak. Kebetulan hari tu rumah aku ada majlis, So pagi tu dah ada yang datang. Maybe ada yang tak perasan. 

Air mata Ipah dah berkaca. Aku buat tak nampak je. Sehari lepas tu anak kucing tu mati jugak. Sedih kemain Ipah. Maybe lepas tu dia ngadu kat cik Abang dia. Beberapa hari lepas tu Cik Abang dia hadiahkan anak kucing umur 2 bulan. Lagi comeyyyyyyyy dari yang sebelum ni. Semua orang sayang dia sampai Minah dan Belang pun jeles. 

Ni la dia Boo

Di ni aktif betul. Lari sana lari sini. Dia nye accessory pun lebih dari tuan. Dengan makanannya, pasir berak pun ada, shampoo, conditioner lagi, vitamin die lagi. Memang patah tumbuh hilang berganti lah.

Malam tadi lepas bagi dia makan vitamin dia terus ngantuk. Sebab vitamin tu ke or dah overdose pun tak tau. Punya la dia tersenguk sengguk. Hehe.

Suka betul dia main ngan rode ni

Boo dah ngantuk. 

K lah. Nak g main ngan Boo jap. Papai!

HB Kemurungan

Monday, September 12, 2011

Entah apa yang tak kena pun aku tak pasti. Tapi yang aku pasti aku hanya boleh diam atau kurang bercakap dari hari hari biasa. Seperti ada yang tak kena pada diri. "Frustrated" pada sesuatu yang diharapkan. Budak baru belajar. Don't aspect me lebih dari extravaganza. Belajar pun tak. 

" I know you tak belajar benda ni kan? I'm understand"

So, kalo paham kenapa macam tu? I know, you are very very very expert on that. Tapi judge la aku pada tahap yang sepatutnya. 

Arrgghhhhh!! Kenapa la aku asyik fikir benda ni. Belah la hoi.

Apa yang aku fikir sekarang adalah hanya nak menamatkan semua ni secepat mungkin. Sesabar yang mungkin. Sebaik yang mungkin. 

******************************

12 September 2011. 

Hari lahir Incek Tunang. Hepi Bestday kamu! Dah sama umur pun kita kan? Semoga panjang umur. Dimurahkan rezeki (ayat standet). Tercapai semua impian. Semoga apa yang kita rancang tak lama lagi akan terlaksana dengan jayanya dan kekal ke akhir hayat dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. 

Kamu, saya mahu anak 10 orang boleh? Heh.

Yang banyak banyak lagi tu tambah sendirik ek. 

And really sori sebab sedikit terlambat untuk ini. Punya la buat reminder awal. Lepak punya lepak, tunggu punya tunggu dah lena sampai pagi. Tapi still pagi kan U dpt wish tu? Tapi sebaik Incek Tunang sporting. I sayang u lebeh la. 

Nah, kek untuk ditatap. Nombor 13 tu pandai pandai la tukar sendiri. (credit to google)

*****************************

Lagi tinggal beberapa minggu. Diharap semuanya ok, baik and maybe jugak excellent!

P/S: Wish me luck! 

Tako Tao VS Begedil

Sunday, September 11, 2011

Setelah sekian lama tak shopping, disebabkan macam macam payment yang nak disetelkan dulu pada bulan lepas, (baju raya, kasut raya, sume sume lah pun tak sempat beli) akhirnya semalam aku dah berjaya membeli belah dengan seronok sekali. Dan antara benda yang paling banyak aku beli ialah MAKANAN. Punya lama aku pusing JJ, lapor la plak. Salah satu makanan yang first time aku makan ialah TAKO TAO. 

Aku pilih chicken & cheese. 

 Ni pulak tempat masak Tako. 

Dari pemerhatian aku la, Tako Tao ni makanan orang Jepun. Rumit betul tengok dia buat tapi expert. Lagi lagi masa dia masukkan kubis dalam kentang tu. Laju weh! Memang la, tiap hari duk mengadap benda ni kan. Aku pon syok je tengok dia buat. Ada la dalam 10 minit. Tak puas tengok. Tup tup dah siap.

Tako ni diperbuat dari kentang, pastu kubis yang dipotong halus. Pastu kat dalam dia korang boleh pilih nak letak apa. Nak udang ke, ayam & cheese ke, ikan ke sotong. 

Tako Tao kat JJ Melaka.

Ha. Ni la dia rupa Tako yang dah siap. 3 bijik je? 

Rasanya boleh la tahan sedap. Lagi lagi untuk aku yang memang dah sedia lapor. Dia letak mayonis, kicap dan apa tah satu lagi. Pejam mata je dah abis aku kerjakan. 

Bila aku sampai rumah, ada begedil. Aku sebat la beberapa ketul. Makan punya makan lebih kurang je sama macam Tako Tao tadi. Lagi sedap kot. Apa lagi, aku bedal la banyak banyak lagi. 

Burp!!! Alhamdulillah. Kenyang. 

Isteri Suka Berleter? Ada Caranya

Saturday, September 10, 2011

Dari kecik sampai tua pun tak pernah lekang dari dileter? Malang sungguh nasib anda. Tapi yang perlu anda tahu cara tangani bila dileter. Nak tahu? Jom baca.




1. Gunakan pendekatan yang diplomatik
Bukan negara sahaja yang perlu gunakan pendekatan seperti ini, malah dalam perhubungan juga boleh dipraktikkan. Ketika si peleter sedang asyik membebel maka anda sebagai mangsa leteran perlulah diam bagi mengelakkan perbalahan menjadi semakin hangat. Secara tidak langsung emosi si peleter akan kembali terkawal bila tiada tindak balas dari anda.

2. Perjelaskan keadaan sebenar
Sekiranya berdiam diri tidak mampu mengurangkan leteran, cubalah berikan penjelasan yang mudah. Mungkin ia boleh mengurangkan rasa curiga atau marah di hati si peleter.

3. Jangan main dengan api
Elakkan membakar perasaan ketika dia sedang berleter. Tentunya ia memburukkan keadaan yang pada mulanya boleh dikawal. Carilah pendekatan terbaik dengan memperbaiki komunikasi serta menjaga perasaannya.

4. Muhasabah diri
Lelaki memang tinggi egonya. Tetapi tidak salah jika anda, sebagai mangsa peleter nilai kembali ego tersebut pada suasana hangat tersebut. Mungkin anda juga bersalah dalam hal tersebut dan bertoleransilah dengan pasangan. Carilah salah sendiri sebelum menunding jari ke arah orang lain. 

5. Berkomunikasi secara baik
Salah satu punca yang menyebabkan isteri berleter ialah kurangnya masa berkomunikasi. Sebaiknya duduk empat mata dan berbicaralah secara aman tentang masalah yang sedang dihadapi. Usah terlalu emosional jika keadaan bertukar tegang. Selang selilah dengan gurauan atau panggilah manja yang mampu menenangkan hati si dia.

6. Ringan tangan untuk membantu 
Tidak jatuh martabat suami jika mereka membantu isteri mengurus rumah tangga. Perlu diingat, hidup bersama memerlukan tolak ansur serta sikap saling memahami antara satu sama lain. Mungkin dari Isnin hingga Jumaat isteri terperuk di rumah menguruskan rumah tangga, apa kata hujung minggu anda pula mengambil alih tugasnya sebagai tukang masak. Tentu isteri gembira.

7. Betulkan keadaan
Sedarkah anda bahawa "penyakit" membebel isteri pada awal perkahwinan kurang berlaku? Mengapa begitu? Ini kerana pada awal perkahwinan, percintaan masih hangat malah hubungan anda dan pasangan juga sentiasa berjalan lancar. Tambahan pula ketika itu sepenuh perhatian diberikan kepada isteri. Namun, setelah betahun melayari bahtera rumah tangga, keadaan sebegitu mula pudar ditelan masa. Disebabkan itulah maka anda perlu kembalikan kehangatan yang kian hilang. Carilah masa yang sesuai untuk bersama dan lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh menggembirakan isteri tercinta. Mungkin selepas ini anda bukanlah "mangsa" yang perlu mendengar bebelannya.


Dah habis baca? Nanti boleh la praktik. 

Semoga berjaya!

sumber: Majalah Wanita

010911

Saturday, September 3, 2011

Me n Ipah (my sis)

Alhamdulillah. satu step dah tamat. Tunggu step seterusnya plak. 

Menu Hari Raya Ke 2: Carrot Cake with Cream Cheese Icing

Thursday, September 1, 2011

Salam semua!

Selamat Hari Raya ke dua! 

Sempena hari raya yang mulia ni, aku nak berkongsi satu resepi yang aku rasa rasanya sangat sedap. Tapi perjalanan dan proses membuatnya memakan masa yang agak lama, bukan susah nak buat, tapi nak carik bahan bahannya tu yang payah, lagi lagi bulan pose hari tuh. Nak cari cream cheese punya lah susah. Satu daerah pusing takde. Tapi disebabkan kecekalan yang mendalam, akhirnya, carrot cake yang senang lagi sedap ni siap serta licin sekelip mata!



Nak tak resepinya? Nak ke tak nak nak bagi jugak! 

A
375g flour (shifted)
1 tsp bicarbonate soda (sifted)
1 1/2 tsp baking powder (sifted)
1/2 cinnamon powder (sifted)
220g castor sugar
2 tsp vanilla essence
3 eggs (large)
200ml oil

B
300g grated carrot
200g canned pineapple (drained and chopped)
50g raisins
70g chopped walnut

C (cream cheese icing)
250g cream cheese
70g butter
2 tsp vanilla essence
40g icing sugar (sifted)

Method

1. Cream castor sugar, vanilla and eggs together until fluffy.
2. Add in oil slowly and continue beating. Fold in sifted flour and stir in Ingredients B.
3. Spoon mixture onto greased and lined cake pan (24cm x 24cm). Bake cake at 180 C for 45 to 55 minutes or until the cake is done.
4. Remove cake and cool on wire rack. Beat cream cheese icing until well combined. Spread evenly on cake cut it into any desired shapes. 

Done!

Try la! 

P/S: Thanks to my bakal adik ipar coz tolong belikan cream cheese. Dah upah sepotong besar kan? hehe. N thanks jugak kat my sis sebab dah tolong siapkan kek ni sama sama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!