Dari kecik sampai tua pun tak pernah lekang dari dileter? Malang sungguh nasib anda. Tapi yang perlu anda tahu cara tangani bila dileter. Nak tahu? Jom baca.
1. Gunakan pendekatan yang diplomatik
Bukan negara sahaja yang perlu gunakan pendekatan seperti ini, malah dalam perhubungan juga boleh dipraktikkan. Ketika si peleter sedang asyik membebel maka anda sebagai mangsa leteran perlulah diam bagi mengelakkan perbalahan menjadi semakin hangat. Secara tidak langsung emosi si peleter akan kembali terkawal bila tiada tindak balas dari anda.
2. Perjelaskan keadaan sebenar
Sekiranya berdiam diri tidak mampu mengurangkan leteran, cubalah berikan penjelasan yang mudah. Mungkin ia boleh mengurangkan rasa curiga atau marah di hati si peleter.
3. Jangan main dengan api
Elakkan membakar perasaan ketika dia sedang berleter. Tentunya ia memburukkan keadaan yang pada mulanya boleh dikawal. Carilah pendekatan terbaik dengan memperbaiki komunikasi serta menjaga perasaannya.
4. Muhasabah diri
Lelaki memang tinggi egonya. Tetapi tidak salah jika anda, sebagai mangsa peleter nilai kembali ego tersebut pada suasana hangat tersebut. Mungkin anda juga bersalah dalam hal tersebut dan bertoleransilah dengan pasangan. Carilah salah sendiri sebelum menunding jari ke arah orang lain.
5. Berkomunikasi secara baik
Salah satu punca yang menyebabkan isteri berleter ialah kurangnya masa berkomunikasi. Sebaiknya duduk empat mata dan berbicaralah secara aman tentang masalah yang sedang dihadapi. Usah terlalu emosional jika keadaan bertukar tegang. Selang selilah dengan gurauan atau panggilah manja yang mampu menenangkan hati si dia.
6. Ringan tangan untuk membantu
Tidak jatuh martabat suami jika mereka membantu isteri mengurus rumah tangga. Perlu diingat, hidup bersama memerlukan tolak ansur serta sikap saling memahami antara satu sama lain. Mungkin dari Isnin hingga Jumaat isteri terperuk di rumah menguruskan rumah tangga, apa kata hujung minggu anda pula mengambil alih tugasnya sebagai tukang masak. Tentu isteri gembira.
7. Betulkan keadaan
Sedarkah anda bahawa "penyakit" membebel isteri pada awal perkahwinan kurang berlaku? Mengapa begitu? Ini kerana pada awal perkahwinan, percintaan masih hangat malah hubungan anda dan pasangan juga sentiasa berjalan lancar. Tambahan pula ketika itu sepenuh perhatian diberikan kepada isteri. Namun, setelah betahun melayari bahtera rumah tangga, keadaan sebegitu mula pudar ditelan masa. Disebabkan itulah maka anda perlu kembalikan kehangatan yang kian hilang. Carilah masa yang sesuai untuk bersama dan lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh menggembirakan isteri tercinta. Mungkin selepas ini anda bukanlah "mangsa" yang perlu mendengar bebelannya.
Dah habis baca? Nanti boleh la praktik.
Semoga berjaya!
sumber: Majalah Wanita
0 comments:
Post a Comment