Patah Tumbuh Hilang Berganti

Friday, September 16, 2011

Salam semua!

Hari ni aku menulis di kampung halaman terchenta. Sungguh fresh dan aman sekali. 

Kematian seekor anak kucing telah menyebabkan kesedihan yang amat pada adikku Ipah. Hari tu, Hari Raya ke-3. Ibu kucing tu, "Minah" malas sangat nak menyusu anak anak dia yang comel tu. So, Ipah dah keluarkan salah sekor anak kucing yang paling comel yang paling bising (maybe lapar) untuk menyusu dengan ibu kucing yang lain "Belang" kat bawah meja. Belang rajin, keibuan, penyayang bagi je la susu dia yang berlebihan tu. Lagi pun anak dia sekor je pun. 

Dah agak sejam kot menyusu, Ipah pegi la tengok anak kucing tu dan Belang. Tapi time tu Belang dah takde. Yang ada hanya lah anak kucing tu yang sedang berbaring. Ingatkan tengah tido, upanya tengah sakit. Bila diangkat ada darah keluar dari hidung dia. Kepala dah dah senget skit. Aku rasa la ada yang terpijak. Kebetulan hari tu rumah aku ada majlis, So pagi tu dah ada yang datang. Maybe ada yang tak perasan. 

Air mata Ipah dah berkaca. Aku buat tak nampak je. Sehari lepas tu anak kucing tu mati jugak. Sedih kemain Ipah. Maybe lepas tu dia ngadu kat cik Abang dia. Beberapa hari lepas tu Cik Abang dia hadiahkan anak kucing umur 2 bulan. Lagi comeyyyyyyyy dari yang sebelum ni. Semua orang sayang dia sampai Minah dan Belang pun jeles. 

Ni la dia Boo

Di ni aktif betul. Lari sana lari sini. Dia nye accessory pun lebih dari tuan. Dengan makanannya, pasir berak pun ada, shampoo, conditioner lagi, vitamin die lagi. Memang patah tumbuh hilang berganti lah.

Malam tadi lepas bagi dia makan vitamin dia terus ngantuk. Sebab vitamin tu ke or dah overdose pun tak tau. Punya la dia tersenguk sengguk. Hehe.

Suka betul dia main ngan rode ni

Boo dah ngantuk. 

K lah. Nak g main ngan Boo jap. Papai!

2 comments:

khairul on September 17, 2011 at 12:13 PM said...

cute nya

Anonymous said...

Nice posting. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!