Bermain-main di pantai!

Tuesday, December 21, 2010

Salam.
Pantai Kemasek

Okeh! kali ni aku nak cerita pasal aku with one of my BFF a.k.a. adik aku yang tersayang, Nurhida Ashikin berlari larian di pantai. Persis cerita Hindustan gitu! Walaupun cuaca tak berapa nak mengizinkan, namun aktiviti yang sangat syok sambil menghirup udara segar di Pantai Kemasek tempoh hari sangat "menerujakan" kami.  Oh! hampir lupa. Selain kami berdua, adik cik Ekin iaitu cik Yaqira juga turut menemani dan menyertai kegembiraan kami dan juga selaku juru gambar tak bertauliah yang kami lantik atas dasar kepercayaan kami yang tinggi. Ehem2!

Ni la adik beradik tu.

Kebiasaanya, sebut je orang Terengganu, sape yang tak kenal pantai, ombak, batu-batuan, ketam, siput, kulit kerang dan banyak lagi. Menjadi peneman sejak kecik lagi. Sebut pasal ombak, teringat pulak aku kat satu iklan kat tv tu. "Ombak jahat! ombak jahat!" kesian budak tu kan. Tunggu ayah dia tak pulang-pulang. Aku suka kutip kulit kerang, kononnya nak buat perhiasan untuk akuarium kat rumah. So cari la kulit kerang yang paling cantik. Tapi sekarang dah tak berapa cantik. Dah pupus agaknya. hmm.. 

Merenung masa depan. Apalah lah nak jadi ngan aku ni. 

Batu batan yang cantik memanggil-manggil kami untuk bergambar bersamanya.

Dan kami lagi.

Aktiviti bergambar ni memang feveret kami. Sebab selain boleh meningkatkan keyakinan diri (erk. yeke?) juga boleh menghilangkan rasa serabut aku time tu. Sebab ada kawan-kawan dan Laut serta ombak yang menenangkan. Kalau ada problem, sedih, sunyi or apa-apa je la, aku selalu pegi pantai. Duduk la mengadap laut dan ombak tu berejam- rejam pom takpe. Tak kesah. Korang camana? sama tak? hehe.. tak semua orang sama. Ada orang suka panjat gunung, suka masuk hutan, suka pegi shopping (memerlukan tahap kewangan yang kukuh), suka pegi melalak kat bilik karoke (yang ni aku tak minat sebab sedar diri) and macam-macam lagi. 

Nak panjat gak tapi segan pulak. Nanti tak leh la jadi "Perempuan Melayu Terakhir"

Okeyh! Tamatlah episod kami meroyan di Pantai Kemasek. Thanks to Ekin sebab sudi menjemput dan menghantar saya dengan selamatnya selain mendengar luahan perasaan yang tak seberapa tuh. Hihi. Nanti kita jumpa lagi ye! Miss you so Much! Em, nak ucap jugak, "Selamat bertunang Kin!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!