Aku nk kawen tahun 2012!!

Thursday, December 16, 2010

Ya.. Begitu lah al kisahnya. Aku mau kawen pada tahun tersebut. Macam mana aku tau tahun keramat ni sedangkan special boyfriend pon aku masih mencari-cari. haha. Jap-jap, perlu ke boyfriend? Sebenarnya objektif ni wujud setelah aku bercakap hati ke hati (cewah) dengan salah seorang my BFF semalam. 

Ateh yang best!

 Yeah! Kami yang Hepi! 

Dia cakap kita kena ada "minda separa sedar". Apakah itu? katanya Minda Separa Sedar ialah minda yang kita bina hasil dari apa yang kita ingin capai. Dan aku pilih, jodoh! hehe.. Satu cerita oleh Ateh yang menarik perhatian aku. Macam ni:

Ada seorang wanita kat atas muka bumi ni yang boleh dikatakan mempunyai segala yang diinginkan oleh setiap orang kat dunia ni. Kerja tetap, kereta mewah, rumah banglo, duit, harta kekayaan yang melimpah ruah, kebahagiaan dan banyak lagi. Pendek cerita semuanya complete. Pada suatu hari dia merasakan ada sesuatu yang masih belum cukup. Puas dia berfikir sampai la berminggu-minggu. Akhirnya dia telah berhasil menemukan jawapannya, iaitu seorang 'Lelaki' a.k.a. 'suami'. Tiada seorang yang benama lelaki disamping untuk menjaga dan membimbingnya. 

Mulai dari hari itu, kehidupannya telah berubah. Dia telah membina apa yang dikatakan sebagai "minda separa sedar". Dia telah bercita-cita ingin mempunyai seorang suami dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Jika biasanya setiap hari dia akan park keretanya di tengah-tengah kawasan parking rumahnya, tetapi hari itu, dia telah menyediakan satu ruang di sebelah keretanya sambil membayangkan itu adalah untuk kereta bakal suaminya. Begitu juga dengan di tempat tidur. Sebelum ni dia akan tidur menggunakan semua ruang yang ada. Tetapi sejak hari itu, dia akan hanya tidur dengan meninggalkan satu ruang untuk bakal suaminya. Dan begitulah dengan semua aktiviti lain termasuklah hatinya. Semuanya akan dikhaskan untuk bakal suami yang diidamkannya. 

Akhirnya pada suatu hari, dalam jangka masa yang telah ditetapkan berjumpalah dia dengan seorang lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Ruang kosong yang ditinggalkannya selama ini telah diisi oleh suami tercinta dan dia bahagia hingga ke akhir hayat. Tamat. ^__^

Aku pun sekarang cuba untuk membina "Minda Separa Sedar" itu, iaitu mau kahwin pada tahun 2012! haha.
Harap-harap menjadi kenyataan. tapi kalau tak jadi nak wat macam mana kan? Jodoh-jodoh. Susah nak cakap. hehe. Okeh! Anda pula bagaimana? Apa yang nak diisi dengan "minda separa sedar" yang bakal diwujudkan? Fikir-fikirkanlah..^_<

Thanks to Ateh sebab sudi belanja our lunch yang sangat best dan memberi aku peluang untuk merasa Organic Tomato juices itu. "macam epal". haha. 

 Menu lunch yang best bersama Ateh!

Aiskrim Goreng! Nyum nyum!

1 comments:

Anonymous said...

ada aku kisah...bodoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!