Haa! kali ni kisah ayah aku plak. Eh, takpe kan cite pasal ayah kan? takpe kan? ala sekali sekala. hihi. Kisahnya macam ni.
Ayah aku ni jenis tak kesah kalau kau nak sepah-sepahkan rumah pon. Tapi sendiri mau ingatla, pandai buat kecah pandai la kemas balik. Bukan ayah aku marah, tapi kau mesti la tak suka kan bila selerak sana sini. Ayah aku rileks je. Okeh, berbalik pada kisah kehilangan.
Borang-borang, surat saman (Oops!), geran tanah or kereta, sijil-sijil, buku bank and macam-macam dokumen penting mak yang simpankan. Biasala bank negara kan. Kecuali aku punya la. Dah besar kan. Takkan nak suh mak ayah simpankan lagi kot. malu lah. Berdikari beb! Kalau benda kecik pon takleh nak buat sendiri apatah lagi benda besar-besar kan.
Bila ayah aku nak tengok or nak guna balik dokumen tu dia akan cari sampai jumpa. (masalahnya dia tak tau mana mak aku letak. hihi). Habesla bilik ayah tu tunggang tebalik. haha. Tu baru bilik. Kalau satu rumah, jawabnya aku la yang kena kemas. Pengsan!. Balik je mak, mengucap panjang la dia tengok bilik dia yang "comey" tu. Ayah wat muka slumber je. Aku tukang gelak je. Kata ayah "dah tu letak barang merata-rata sape suruh.." Berasap je mak dengar. haha.
Best gak kadang-kadang bile tengok dorang gaduh-gaduh ni. Bukan gaduh betul la. Gaduh gaduh manja. Boleh merapatkan hubungan, kate orang tua tua. Kalau hepi je, takde bnde nak bertekak pon tak best gak kan. Gurau gurau la sikit. Baru kecoh famili. Macam ayah selalu buat. Suka sakat mak. Time mak tido la biasanya. Ayah amik la benang ke rumput ke letak kat hidung mak. Kitorang pon komplot sama. Sume diam je time tu. Bila mak sedar, mengamuk la dia. "Orang nak senang senang sikit pon tak boleh!" marah mak. haha.Satu famili gelak. hihi.
Tapi kan kalau aku, aku suh laki aku kemas balik! "Kemas balik! dah pandai sepah-sepahkan, pandai la kemas balik!" haa.. Garang tak? haha. Takut tak encik-encik sekalian kat I neh? Sila takut. Sape suh malas-malas? Alamatnya jadik andartu la kalu wat macam tu kot. hihi.
Okey! dah abis dah bab neh. Korang suka tak nyakat-nyakat orang? Aku suka! Beware! haha
0 comments:
Post a Comment