Makan dan Makan Lagi!

Saturday, December 25, 2010

yeah! Kali ni aku nak bawak korang makan-makan lak. Jangan tak tau makan adalah antara hobi tersayang aku (Tengok badan la). Best woo makan. hihi. Sape tak suka makan? ha, cakap! cakap!. Sume suka makan kan? So, takpe la kalau makan ni aku nak jadikan makan sebagai BFF aku kan? hehe. Okeh! Bagus sume! Dengar cakap Tuan Puteri. (Perasan sangat!). Tujuan entry ni aku tulis nak kenalkan kat korang (untuk yang tak tau lagi) tempat makan (Western) yang bagi aku sedap. (Bila sifu makan berbicara). Aku baru test semalam. Memang sedap. Areanya kat Kemaman. Tapi agak susah nak cari tempat makan ni sebab aku pon sesat. Siap upah budak tunjukkan jalan lagi. Punya la semangat nak makan. Sebab dah ramai orang cakap sedap. Aku ni, ape lagi, sangat pantang bila dengar ada tempat makan best. Mesti nak serbu. 

Akhirnya sampai gak aku ke restoran tersebut (sengaja wat ayat skema). Lokasi kat Taman Sri Jaya. Tanya la orang kalau nak tau. Macam aku wat. hihi.

 Ha. Ni la tempat tu. 

Aku suka suasana macam ni. Macam tengah main pondok pondok. Teringat zaman kecik kecik.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai gak waiter. Apalagi, bila je menu terhampar depan mata, mata dan otakku mula memainkan peranan bersama selera serta perut yang berbunyi bunyi. Antara menu yang aku pilih ialah:

Grill Chicken with steak 

Sangat sedap. Daging tak terlalu masak. Coleslaw pon ada rasa lemak lemak manis masam masin (senang cite cukup rasa). Sos black pepper nye pon nyam nyam. Puas hati! Sampai buncit sikit (tipu) perut aku. 

Menu ke dua: 

 Lamb chop

Sorry. Ni bukan aku punya. tapi kawan aku punya. Aku tak suka kambing. Nanti bau macam kambing. (Mana ntah ilmu aku korek ni). Kata si pemakan, sangat sedap. Lagi sedap dari western restaurant yang lain. Bila dia ni yang cakap sedap kira memang sedap la tuh. Sebab dia pon pemakan yang hebat! hihi. 

Menu ke tiga:

 Pizza (chicken) *aku lupa nama penuh dia.

Juga sedap. Ayamnya terasa hingga ke tulang. (takde tulang pon sebenarnya). Keju dia banyak. Aku suka! Lagi sedap dari domino's pizza. Kata orang yang suka makan pizza la. Dan tak rasa roti lebih. Sebab sesetengah pizza yang kita makan tu yang banyak and tebal rotinya je kan? Yang ni tidak sama sekali. Try la!

Last menu: 

Cheese chocolate cake

okeh! yang ni kureng sikit. Korang takyah order la. Takleh lawan cake kat secret recipe. Nyesal order.

Ish. Lupa nak cakap. Air,  self service. Amik sendiri. Boleh tambah berapa banyak kali korang nak sampai penuh tangki. Ada air blackcurrant, Milo, Ice lemon tea and macam-macam lagi. Aku lupa sebenarnya. Air panas pon ada. Burppp!! Alhamdulillah... Kenyang... hehe.

Dah abes bab makan memakan untuk bulan ni a.k.a. tahun ni. Wah! pejam celik pejam celik dah tinggal lagi lima hati nak masuk tahun baru omputeh! Cepatnya masa berlalu. Dan aku pon kena la terima hakikat bahwa usia ku juga akan meningkat. TAPI hanya pada usia. BUKAN pada wajah! lalala~~~

1 comments:

IeDa on December 28, 2010 at 3:13 PM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!