Berakhirnya 2010

Friday, December 31, 2010

Ari ni last day kita berada dalam tahun 2010. Banyak kenangan manis dan pahit aku lalui tahun ni. Bila sebut pasal tahun baru, mesti masing-masing dah create azam baru. Maybe azam yang betul-betul baru tak pon azam dari tahun-tahun sudah yang tak pernah tercapai. Kita sebagai manusia hanya merancang, nak itu, nak ini, tapi Allah yang dah tentukan segalanya untuk kita. Dan kena ingat, tu semua yang terbaik. Kena la terima dan Redha.  Okeyh! aku pon ada harapan jugak. Kalo nak tau jom baca!

Kuat berangan betol kucing ni.

Semoga 2011:

  • Akan jadi tahun yang lebih baik.
  • Aku dapat kerja best. (nak tolong mak, ayah dan adik-adik dan jugak diri sendiri).
  • Aku kurus. (sebab dah makin tembun skang).
  • Jumpa Prince Charming. (dah tak sabar nak kawen neh. haha. Mode merenyam).
  • Sentiasa bahagia + hepi.
  • Dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Rindu korang sume!.
  • Kesedihan dan kekecewaan tahun 2010 takkan datang lagi. Papai!.
  • Jadi perempuan solehah! Amin...(kawan-kawan, tolong doakan sekali ye, Thanks).
  • Dapat membahagiakan family. Luv so much!.
  • Dapat menghepikan kawan-kawan.
  • Dapat tambah kawan baru. (Dah dapat ramai kawan baru dah. Sape? Korang sume lah!).
  • Tak nak wat benda bodoh dah. Nak jadik orang pandai tiap masa hokey!.
  • Nak jadi kaya! (Matlamat tiap tahun. Haha)
  • Nak tengok sume adik-adik aku berjaya. Jangan malas-malas belajar tau!
  • Nak melancong tempat best-best lak. 
  • selalu cool. baru la cool. hehe.
  • Nak tambah ilmu masakan. (Orang tak pandai masak memang macam ni).
  • Nak wat mak ayah hepi.
Tak lupa gak, aku nak mintak maap la kat kawan-kawan sume. Kot-kot la ada terpecahkan hati or jantung sape-sape. Sama ada sengaja mahupon tidak. Almaklumla, aku ni mulut kadang-kadang tak sedar (kadang-kadang sedar) lazer benor. Kadang-kadang niat nak gurau je tapi dah terasa, terover. Mintak maap jugak la ye. Dah semakin muda ni, tak nak la wat sakit sakit hati orang lagi. tak guna. Kalo orang wat sakit hati kita takpe. Nanti lama-lama dia mesti sedar. (Kalau dia jenis manusia baikla). 

Okey dah, dah banyak dah request aku wat. Semoga 100% tercapai. Kalau tak tercapai gak, usaha lagi sampai dapat! Chayo'! Chayo'! 

Semoga hari esok lebih baik dari semalam! Yang semalam jadikan pengajaran!

2 comments:

shahjiehan on December 31, 2010 at 11:14 PM said...

MOGA jadi wanita solehah~

IeDa on January 1, 2011 at 9:00 AM said...

shahjiehan: Thanks! Amin..:).. sama2 la kita k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!