Follower and History

Monday, December 27, 2010

Assalamualaikum...




Okeh! hari ni saja saja gatal tangan menulis. takde point sangat pon sebenarnya. Cuma nak cakap hepi sangat! sebab Follower dah semakin bertambah. Walaupon tak la seramai kawan kawan yang lain semua. Almaklumla. Newbie. Hehe. Apa apa pon, nak ucap ribuan dan jugak jutaan ucapan terima kasih kat kawan kawan tersayang semua yang sudi follow tu ye. Luv u lebih la. Muaahh2 cikit. Hehe. Okeyh! diharap terus mendapat sokongan and blog ni tak bersawang dan jugak takkan pupus. 

Dah alang alang ada follower ni, nak cite la sikit history kewujudan belog neh. Aku mendengar pasal aktiviti blogging ni pada tahun 2006 dari salah seorang lecturer ICT kat UUM dulu. Best woo duk UUM. 1st sem kalau tak silap. Masa tu benda ni sangat tak familiar pada aku mahupun kawan-kawan aku. Aku pon sangat tak berminat nak create atas beberapa sebab. sebab yang utamanya sumber internet. Wireless mana la wujud lagi time tu. Kalau ada pon sangat la limited dan mahal. Yang ada hanyalah computer lab. 

Bile sebut pasal lab, tau tau je la kan. Mesti penuh, nak menunggu tak de la aku. Makan lagi best. Pastu dipenuhi dengan virus yang sangat la menyerabutkan aku. Tak pasal je ilang sume assignment kesayangan aku tuh. Lagi satu sebab Friendster adalah antara Laman social yang dah kira hebat la time tuh. Aku pon antara penggemar Friendster. Skang ni dah bersawang pon. Jarang sangat bukak. Boleh kata ramai yang dah tak active Friendster. Semuanya dah beralih arah ke Facebook and Twitter which are more interesting.Termasuklah aku. Tapi skang Facebook pon aku rasa dah macam boring dah. Maybe dah lama sangat. 

Time belajar ramai kawan yang boleh dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. So hidup ni tak pernah sunyi. Rindu sume ngan kawan kawan lama. Best sangat time belajar. So, kepada sesiapa yang sekarang masih belajar, nasihat aku, jangan sia siakan masa anda. Masa study, masa berkawan, masa enjoy. Tapi nak enjoy berpada pada lah. Jangan lupa kita sebagai orang Islam dan orang Melayu. Ada mak ayah. Ada family. Jangan sampai memalukan diorang. Ceramah pulak dah.  

So skang dah habis belajar. Masa kerja la pulak. suasana masa bekerja sangat la berbeza. Lagi lagi aku ni yang suka kerja merantau. So kawan-kawan agak limited. Tak macam dulu. Boleh dikatakan skang ni agak bosan. Nak bercerita masalah, bersembang, tanya pendapat sure la lagi limited kan. Nasibaik la ada broadband. Boleh la online. Aku godek punya godek. Datang lah idea untuk mewujudkan belog. So, lahir la belog ni. Apa apa je aku conteng kat sini. Dah macam diari dah. Tapi tak semua la. Hehe.

Okeh dah! Panjang pulak bebelan aku ari ni. Nak cakap hepi je. Dah masuk macam-macam bab lak. Hehe. Selamat membaca! Adios! 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!