Kerana Nafsu.

Wednesday, December 8, 2010

Pada Suatu hari, Muadz bin Jabal duduk berhampiran dengan Nabi Muhammad S.A.W ketika berada di rumah Ayyub al Anshari. Muadz pun bertanya, "ya Rasulullah, apakah maksud ayat ' iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang Mahsyar)?" Rasulullah S.A.W. menjawab, " wahai Muadz, kamu telah bertanya tentang sesuatu yang berat". Rasulullah S.A.W. memadang jauh jauh sambil berkata, "umatku akan dibangkitkan menjadi sepuluh golongan. Allah memilih mereka dari orang muslimin dan mengubah bentuk mereka iaitu:
  1. Berbentuk monyet- penyebar fitnah yang memecahbelahkan umat.
  2. Berbentuk babi- orang yang memakan harta haram.
  3. Berjalan terbalik dengan kaki di atas dan muka di bawah lalu diseret-seret- orang yang memakan riba.
  4. Buta merayap-rayap- Pemerintah yang zalim.
  5. Tuli dan tidak berfikir- Orang yang takjub dengan amalannya sendiri.
  6. Menjulurkan lidahnya yang mengeluarkan cairan menjijikkan- Para Ulama' atau hakim yang perbuatannya bertentangan dengan perkataannya.
  7. Mempunyai kaki dan tangan yang terpotong- Orang yang menyakiti jiran tetangga.
  8. Disalib pada tiang yang terbakar- Para pengampu pemerintah yang memburuk-burukkan orang lain.
  9. Memiliki bau busuk daripada bangkai- Orang yang hanya mengejar kesenangan jasmaniah dan tidak membayar hak Allah dalam hartanya.
  10. Memakai jubah ketat yang mengoyak kulitnya- Orang yang sombong dan takbur.
Inilah sepuluh bentuk atau rupa manusia yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak. Oleh itu, berwaspadalah dengan nafsu. berusahalah mengawal kehendak, dorongan dan ajakan hawa nafsu untuk mengelakkan kita dari terjebak dengan keburukan dan kemaksiatan. Sesungguhnya jihad yang paling besar dan berat adalah jihad melawan hawa nafsu. 

sama-sama lah kita berusaha untuk sampai ke sini!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!