Maafkanlah, Walau Sebesar Mana Salahnya.

Saturday, December 18, 2010

Mudahkan memaafkan seseorang?
Susah. Anda susah nak memaafkan seseorang kerana anda di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ni musuh khalifah Allah yang paling nyata.
Jika anda mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang anda lakukan, pasti anda berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalah seseorang pada anda. Tak ada guna menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.
Dendam dan sakit hati menghalang anda dari maju. Sekuat manapun usaha anda, jika masih ada dua perasaan ni (dendam dan sakit hati) kemajuan yang anda capai tak akan berkembang.
Dendam menyemarakkan ego kita, sebab anda tak akan puas hati selagi orang tu tak lutut meminta maaf pada anda atau selagi orang tu tak susah hidupnya.
Apabila anda berbuat kesusahan pada seseorang, maka akibatnya anda akan dibalas kesusahan, bahkan mungkin kesusahan lebih berat hingga anda merasa sungguh menyesal.
Sumber: iMotivasi

Yup! memaafkan adalah sebaik-baiknya. Tak ada salah dan ruginya kalau kita memaafkan orang lain lebih-lebih lagi dia kawan kita. Orang yang memaafkan adalah orang yang sangat hebat kerana kita terpaksa bertarung dengan rasa marah, tak puas hati, dendam dan banyak lagi. So, start from now, berusahalah untuk memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti kita.  Ingatlah, tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang sempurna dan tidak melakukan sebarang kesilapan.

Ketenangan akan bertandang! Alangkah indahnya... (sedang merasainya...) ^__^
"Iman dibangunkan di atas empat pilar iaitu keyakinan, kesabaran, keadilan dan jihad (perjuangan)". (Ulama)

1 comments:

IeDa on December 19, 2010 at 7:04 AM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!